Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, March 31, 2008

AISEY LECEH BETUL APA NAK DIBUAT SABAR JER LAH

Emmm...2 hari lepas band condition amat bagus sekali dan lecehnya 2 hari tersebut berlangsungnya CQ Contest,Saya cuba cari dekat internet apa jenis contest yang berlangsung namun hampa.Sepanjang saya monitor dan joint contest station ada 3 jenis contest yang sering diadakan:

1.CQ Zone contest anda cuma laporkan signal report 59 28 (28 CQ zone bagi Malaysia)station contest akan maklumkan signal report anda dan CQ zone beliau.

2.Age contest err saya tak beberapa pasti tapi anda cuma laporkan signal 59 35 ( 35 umur anda dan station contest akan maklumkan report anda dan umurnya.
Info yang saya dapat daripada Haji Rashid-9M2RS ialah jangan tanya kepada ham contest YL jika beliau memberikan report 59-00 kerana mungkin dah jadi satu prosidur/amalan yang setiap stesen YL akan merahsiakan umur mereka dan jangan tanya kenapa.

3.Serial number Contest anda laporkan signal report 59 001-Untuk beliau station pertama yang anda contact 002 untuk station kedua anda contact 003 ketiga untuk station ketiga begitulah seterusnya.Bagi station contest pula akan maklumkan signal report untuk anda jika diberikan report 59 4322-anda adalah station yang ke 4322 yang telah memangil beliau.

Apa pun pada rakan-rakan yang akan mendapat tiket untuk ke DX harap ambil perhatian,daripada pemerhatian saya dan pengalaman saya tiada mana-mana station akan aktif membuat Dxing call pada masa CQ contest dijalankan,mungkin dah satu habbit jika ada contest Dxing station tidak akan aktif pada masa tersebut oleh itu harap bersabar jangan lakukan sesuatu yang boleh memalukan atau dipandang pelik oleh orang luar.
Jika ada ham yang arif mengenai CQ contest dan kenapa tiada station yang jalankan Dxing pada berlangsungnya contest harap dapat berikan komen supaya ramai rakan dapat info yang berguna daripada anda.

2 comments:

Jurukaka said...

Man.. Depa dah booking majoriti hari-hari yang bad terbuka

peihong said...

ini kut bang man?

http://www.cqwpx.com/

source http://9w2cbl.blogspot.com/