Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, April 27, 2010

Terkenang Dua Minggu Yang Lalu

Assalamualaikum dan salam sejahteran,terima kasih kerana menanti dan ternanti posting terbaru daripada saya. sejak pulang daripada Cyberjaya agak kurang bahan untuk entry maka elok saya menggunakan kesempatan ini rehatkan fikiran,pengoperasian saya di hf bermula kembali,sesekali membuat pematauan di 10m namun jarang kedengaran stesen yang memanggil CQ,mungkin masa saya tak match dengan rakan-rakan atau band masih belum membuka sepenuhnya.

Hari-hari yang berlalu tiada sebarang idea yang dapat saya penuhi entry selepas pulang dari bercuti,ntah macam bad mood aja...Seminggu sebelum pergi KL ada sekali call pak saudara dengar khabarnya sakit ada beritahu beliau nak ke KL nak pergi ambil mak yang ada dekat rumah adik,saya cakap lagi mak pun tak sihat kena ghout ,masa call beliau cakap KL dengan Mentakab bukan jauh mana,saya cakap balik inysaallah satu masa nanti saya akan sampai....Hinggalah 12hb saya dikejutkan dengan panggilan daripada mak sedara yang menetap di Mentakab Pahang,saya dimaklumkan keadaan bapa saudara dalam keadaan kritikal,khabarnya sekarang berada di hospital Temerloh,saya pada ketika itu dalam perjalanan
pulang daripada Bagan Serai,saya dan emak flash back 4 tahun sudah di mana ketika Pak njang saya menghembuskan nafas terakhirnya di hospital besar Kuala Lumpur,kata emak pak njang namanya Ramlee arwah atuk letak nama bersempena arwah pak njang

Arwah pak njang lahir pada hari Rabu,Pak ndak pula Shafie lahir pada hari selasa,kata mak lagi orang dulu-dulu  suka letak nama anak mengikut hari,contohnya macam Halim(Hamis atau Khamis),Samad(Sabtu)Jamilah,Jaharah,Jamaliah(Jumaat)
dan orang tua-tua dulu suka sangat tanam pokok kelapa mempelam dan bemacam pokok untuk memperingati usia anak-anak mereka, emak pernah bagitau usia pokok macang yang tepi jalan dekat rumah atuk tu..sama usia arwah panjang,begitu juga pokok-pokok yang lain.Berceita mengenai kematian kata mak lagi kita kebanyakkan orang mati pada hari kita dilahirkan atau hari dimana pusat kita gugur, sebagai hamba yang kerdil memang kita sendiri tidak mengetahui bila kita akan mati,jenerasi lama mempunyai congakan tersendiri saat-saat akhir ketika seseorang itu dalam keadaan kritikal,wallahualambisawap yang pasti segala-galanya sudah tertulis.


Maka perancangan diatur untuk mengumpulkan sedara terdekat untuk pergi ke sana,atas pertolongan 9M2RZL saya mendapatkan nombor 55 RZL Temerloh,sebaik menghubungi beliau agak terkejut apabila ditanya bila saya hendak ke sana,saya maklumkan yang saya perlu segera ke sana atas urusan keluarga.9M2RZL dah maklumkan kepada beliau yang saya akan ke sana,saya mohon pertolongan beliau untuk mendapatkan maklumat status terkini bapa sedara saya yang ditempatkan di sana.



Saya dan emak beserta 2 lagi adiknya berangkat ke Pahang,pada awalnya kami plan untuk singgah di kuala Lumpur namun  
selepas mendapat panggilan daripada sepupu yang menyatakan keadaan Pak ndak dah kritikal yang dengup jantungnya terhenti 3 minit
kami meneruskan perjalanan terus ke Pahang,saya tak perasan yang Rizal Temerloh ada menelefon saya untuk memaklumkan sesuatu nak telefon balik pun agak lewat mungkin dah tidur agaknya,sepupu saya yang berada di kuala Lumpur maklumkan akan menunggu kami di lebuh raya karak,saya memang tak mahir dengan jalan ke sana,jam 2.10 pagi selepas memasuki plaza tol karak kami menerima panggilan daripada 
anak beliau yang memaklumkan yang Pak Ndak dah tiada,suasana sedih menyelubungi kami seketika.....

Sememangnya Pak Ndak tiada punyai saudara terdekat tinggal berdekatan,paling hampir pun mak long yang tinggal di felda lepar itu pun memerlukan
perjalanan sekitar 2 jam untuk sampai.Nak jadikan cerita semua ahli keluarga berada di hospital,jiran-jiran dekat taman tak menyangka bahawa
arwah akan mengehembuskan nafas terakhirnya di hospital Temerloh,kami yang dalam perjalanan menasihati mereka supaya jangan biarkan jenazah arwah dimasukkan ke rumah mayat nanti khabarnya susah untuk urusan mengeluarkannya,mungkin mereka 4 beranak dah buntu fikiran agaknya untuk menunggu kami yang memerlukan 2 jam lebih perjalanan untuk sampai,takkan jenazah arwah dibiarkan 2 jam semata-mata untuk menanti kehadiran kami...pokok pangkalnya di sini Temerloh dan Mentakab kurang lebih 17km,siapa yang akan pulang seawal jam 2 pagi untuk memaklumkan kepada penghuni-penghuni taman akan kematian yang agak baru ini,siapa yang perlu menyelenggara keadaan rumah untuk membawa jenazah balik itulah pertanyaan kami yang mengharungi lebuhraya karak dalam keadaan hujan yang agak lebat.



Kami meneruskan perjalanan terus ke hospital sebaik sahaja memasuki pekan Temerloh kami diarah supaya berpatah balik ke Mentakab, sangkaan jenazah arwah telah dibawa pulang namun sebaliknya,kami faham sekiranya perkara begini terjadi kepada sesiapa sahaja yang tak punyai saudara terdekat sememangnya akan berlaku konflik.Dalam keadaan yang agak letih agak sukar untuk mengecam jalan ke rumah
arwah,namun kami bernasib baik kerana anak arwah yang sulung telah tiba dengan jiran membawa kami ke rumah arwah di Taman Saga Indah.

Kami dimaklumkan oleh isteri arwah mereka memang dah buntu fikiran kerana seawal jam 2 pagi mana mungkin untuk mereka menguruskan jenazah pak ndak. Esok pagi saya maklumkan kepada saudara Rizal yang kami sekeluarga akan menuntut jenazah,saya agak terkejut kerana berita tersebut
telah disampaikan kepada rakan-rakan ham Temerloh yang berdekatan,turut hadir adalah 9W2TLA,9W2MHR,9W2KBM,9W2CPR dan saya dimaklumkan oleh saudara Rizal bahawa terdapat seorang doktor pakar juga ham di sini.Walaupun eyeball hanya seketika saya mengucapkan
jutaan terima kasih kepada mereka semua terutama Rizal yang mempercepatkan urusan van jenazah serta membayar kosnya sekali


Rizal Bakal 9M2



Kepada rakan-rakan yang sempat menyembahyangkan jenazah berbanyak-banyak terima kasih,keakraban antara rakan ham yang hadir
mengundang pertanyaan daripada kaum keluarga saya,bagaimana saya boleh kenal mereka dan begitu akrab walaupun pertama kalinya bertemu,inilah yang istimewanya dengan hobi ham radio,kepada Rizal yang tak sempat beramah mesra mungkin jodoh kita untuk bertemu di tempat anda.Selesai jenazah dikapan dan disembahyangkan ianya dibawa balik ke rumah untuk pengormatan terakhir oleh jiran tertangga
dan sekali lagi dibawa ke Masjid untuk disembahyangkan dan langsung dikebumikan.



Arwah meninggalkan seorang balu beserta empat orang anak,yang sulung masih mencari pekerjaan,yang ke2 masih melanjutkan degree lagi setahun lebih di Uitm Shah Alam,yang ke3 bersekolah dalam tingkatan 3 dan yang bongsu masih dalam tahun 4,saya berpesan kepada beliau supaya setiap hari dalam solat doakan untuk ayahnda beliau bacakan yassin bila kerinduan membuak dihati,sebelum arwah pergi beliau banyak menceritakan perihal kematian dan soal jawab Nungkar dan Nangkir,kematian arwah adalah berpunca daripada jangkitan kuman di dalam darah disamping penyakit kencing manis yang terlampau tingi ,arwah memang takut sangat nak ke hospital apatah lagi bila mengenangkan arwah atuk,nenek dan arwah abang yang menghembuskan nafas terakhir di hospital,nasib yang sama terjadi kepada arwah,dalam kehidupan kita jodoh pertemuan dan ajal kita sendiri tak mengetahuinya,satu kisah benar yang pernah berlaku apabila allahyarhamah nenek kepada adik ipar saya tetiba rasa sakit meminta anaknya membaca surah yassin dan akhirnya meninggal,begitu mudah sesorang itu pergi....saat arwah atuk perempuan saya meninggal adik ipar mengandungkan anaknya yang sulung,saat bapa mertua saya meninggal isteri saya baru melahirkan anak ke3,saat bapa saya meninggal isteri saya mengandung yang ke2,bila kita lihat sekeliling patah tumbuh hilang berganti......namun mungkin perkara yang terjadi kepada sesorang hanya satu kebetulan sahaja...bagaimana dengan anda????


Alfatihah untuk arwah semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.