Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, March 24, 2010

RAKAN DAH BERJAYA...ANDA BILA YA????

Episod cw kali ini merupakan satu detik bersejarah buat mereka yang sememangnya sudah membuat

persediaan terlebih awal,sejarah apabila mereka yang julung kali pertama menduduki ujian ini dan melepasinya dan sejarah juga bagi mereka yang dah berkali-kali berusaha untuk kali ke 2,3,4 dan ke 5,tanpa saya nyatakan di sini anda juga pasti mengenali siapa antara yang saya maksudkan.


Apa pun pada sesi ujian cw kali ini adalah bersih,tiada lagi kedengaran "rumah siap pahat berbunyi"

Kelainan pada kali ini ialah pada speed/karektor, speed ada sedikit perubahan gap yakni spacing antara karektor Saya tak sempat membuat pemantauan sesi penerimaan,namun daripada feedback rakan-rakan serta daripada Haris yang copy dari luar memaklumkan memang terdapat perbezaan jika dibandingkan dengan sesi ujian yang lepas-lepas.



    ADA RAKAN RAKAN CUBA COPY HANTARAN DI CELAH CELAH PINTU DEWAN



Bagi perserta kali ini keadaan menjadi kecoh bila mana berlaku masalah cw tone yang tak seragam maksudnya tone lari saya difahamkan pihak kawal selia terpaksa membuat setting sehingga 2 kali,sebagai peserta keadaan ini sedikit sebanyak mengoncangkan ketenangan mereka,sesi percubaan 2 kali dan sesi ujian diulang 3 kali disebabkan masalah teknikal memang membuat peserta seram sejuk.Konsentrasi mereka agak goyah apabila keadaan menjadi tak terkawal.Harapan saya di masa hadapan harap pihak kawal selia "menetapkan standard pada sesi ujian"


Antaranya ialah:


1.Sekatakan tone 600hz standard ujian tak perlu berikan tekanan kepada perserta yang ternanti dok adjust tone...yang mengambil masa mereka yang dah gementar,duduk dalam dewan ujian 3 minit pun dah rasa macam 3 jam....hehehehe


2.Andai benar pihak SKMM memberikan kelonggaran pada sesi ujian tolong standardkan kelajuan dan gap

tak perlu ada perbezaan setiap sesi ujian berubah-ubah.


Saya tercari-cari kelibat keluarga dari BERA untuk memecah tradisi,namun wajah mereka tak kunjung tiba,Kak Ruby tak hadir pada sesi ujian kali ini,mungkin beliau punyai urusan yang perlu dibereskan,apa pun saya mengharapkan kak Ruby akan mengukir kejayaan di masa hadapan,begitu juga kepada yang kandas....jadikan Pak Yop sebagai ikon cw anda 5 kali Woooooo!!!!

Pada kali ini agak rugi bagi rakan-rakan dan saya kerana kopi mahal tiada lagi disediakan.......hampeh!!!
Kepada 9W yang dah punyai set HF dan sistem antenna yang canggih banyak band yang menunggu anda,alang-alang dah ada set HF gunakan semua band yang tersedia...eeeehhhhh...ambik cw dululah....cw sebagai pra syarat jerr.....



                                                 9W2VEB PAK ASHARD



Kalau Pak Yop (9W2YR) yang 5 x ambik tak patah semangat dan Pak Arshad (9W2VEB) kedua-duanya angkatan veteran boleh membuktikan tiada yang tak mampu dilakukan, anda tentu sekali boleh melakukannya.Saya dimaklumkan Pak Arshad hanya mengambil masa 5 1/2 bulan untuk mempelajari cw,alhamdulillah berkat usahanya yang tak kenal penat,sekali aja dah melepasi ujian tersebut.              

Kejayaan ujian cw semua nya terletak pada diri sendiri jika kemahuan ingin kejayaan berusahalah...
jika tidak anjakan kepuasan anda tidak kemana......73