Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, June 16, 2007

ELECTRONIC KEY AND CIRCUIT


Lihat betapa mudahnya electronic paddle ini dibuat blok kayu serta 2pc pembaris berukuran 6",klip buaya(crocodile clip dan kepingan zing/tin biskut melengkapkan elektronik ruller paddle,kosnya murah apabila siap ruller paddle ini,jangan lupa circuit tonenya ok!

HOMEBREW MORSE KEY AND TONE GENERATOR



Satu unit key dan tone oscillator yang bagus mungkin mencecah kepada ratusan ringgit ini mungkin menjadi bebanan kepada anda untuk melengkapkan diri bagi persiapan untuk mempelajari morse,sebagai seorang ahli radio amatur anda tak perlu bergantung kepada peralatan komersial sahaja,anda boleh menggunakan barangan terpakai atau kitar semula untuk tujuan ini, contohnya seperti projek morse tone generator yang saya paparkan di sini,keynya diperbuat daripada hacksaw blade(mata gergaji besi yang terpakai) dan knobnya diperbuat daripada penutup botol air minuman,speakernya mungkin daripada alat permainan anak anda yang telah rosak.

Wednesday, June 13, 2007

ANTENNA TUNNING UNIT



ATU atau antenna tunning unit adalah satu tool gadget yang amat diperlukan bagi pegoperasian di band hf,tanpa ATU anda tidak berupaya membuat pemancaran dengan sempurna dan terpaksa menggunakan single band antenna.Walaupun aku pernah beroperasi tanpa ATU dan mendapat lebih daripada 400 setesen Dx dengan menggunakan antenna inverted vee,tak bermaksud ATU itu tak penting,dengan ATU kita akan merasa lebih selesa dan yakin,dengannya kita dapat beroperasi di multi band.Sebagai ham anda juga perlu berpengetahuan dalam membuat antenna dan beroperasi tanpa ATU ini bertujuan jika terjadi hal-hal kecemasan/darurat anda tanpa alat sokongan seperti ATU dan seumpamanya masih dapat berhubung dan memberikan bantuan,bagi tujuan ini Aku syorkan anda merujuk mereka yang mahir untuk mendapatkan tujuk ajar.Jangan pandang remeh kepentingan ATU ini kerana ada terdapat kes rig yang KO sebab antenna yang digunakan miss match maksudnya impedance antenna dan transceiver tak match,bila ini terjadi power pemancar akan susut dan lama kelamaan transceiver itu KO.Jadi nasihat aku jangan operate tanpa ATU jika anda tak yakin dengan antenna yang anda gunakan kecuali antenna tersebut dibuat oleh mereka yang memang mahir dan berpengalaman.
Lihat pada diagramnya ringkas sahaja tapi nilainya mencecah kepada ratusan dan juga ribuan ringgit.