Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, August 11, 2007

QRP

Istilah QRP merujuk kepada "low power transmitter / pemancar berkuasa rendah,ada juga yang mentafsirkan sebagai radio orang miskin..hehehehe...qrp sebenarnya adalah satu keunikan dalam hobi sebagai ham,bagi yang menggunakan qrp rig mereka sebenarnya enjoy dengan cara sebegini dan boleh juga dikatakan golongan ini lebih cenderung kepada mode cw ( morse ),bayangkan dengan radio buatan sendiri mereka dapat berhubung dengan mana-mana ham di seluruh dunia.Ring yang kecil bersaiz kotak mancis dengan berkuasakan bateri 9 volt dah memadai untuk bersantai menikmati hobi ini.Bagi yang suka berekspedisi menjelajahi hutan rimba,gunung- ganang
qrp adalah pilihan yang terbaik,ringan,mudah dibawa ke mana sahaja adalah sesuatu yang praktikal.
Anda tak perlu risau akan radiasi daripada alatpancar sebegini kerana kuasanya yang rendah tidak merbahayakan.
Selain daripada mode CW PSK/SSTV /RTTY sesuai juga untuk dipraktikan dengan qrp.

Antenna Tumbang

Aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari xyl( isteri) yang menyatakan tiang antenna aku tumbang,menerjah masuk kawasan rumah jiran,aku difahamkan dahan pokok mempelam yang menyokong paip aluminum tu patah kerana penangan semut yang membuat sarang di dalam batang dahan pohon mempelam tersebut,aduh!!! malasnya aku nak penaik balik antenna tu.Bila hal sebegini terjadi dah tak ada mood nak buat kerja.Balik aja aku terus ke tempat di mana antenna tu tumbang,aku kena potong dahan yang patah tu kabel RG58 nasib baik tak putus,berat juga sehinggakan paip aluminum 11/2" pun patah dua.Antenna 2 meter aku pisahkan dulu dari tiang tu rasa aku dekat nak masuk waktu maghrib juga baru kerja-kerja tu selesai.Kerja penaik antenna aku buat secara ringkas sahaja,ketinggian antenna aku dah berubah dari 22 kaki dah jadi dalam 15 kaki sahaja.Pada mulanya aku ingat nak penaik tinggi tu, cuma untuk monitor sahaja,tapi masa aku break masuk 9M2AU dan 9M2AR boleh copy aku
dengan elok rasanya biarkanlah dahulu.Banyak benda lain yang perlu diuruskan.

Saturday, June 16, 2007

PROJEK DUAL BAND DIPOLE

2 bulan yang lepas ribut kuat melanda kawasan kampung aku,akibatnya inverted vee dan dipole 7mhz putus.Pada malam berlakunya ribut aku dah memang meramalkan antenna tu pasti putus.Sesungguhnya ham macam aku ni tinggal di kampung pokok nyoq/kelapa adalah alternatif terbaik bagi mengambil alih peranan tiang-tiang besi atau tower,guide rope yang mengampu element antenna pada pokok kelapa dah putus.Sejak 9M2CP dan 9M2LN datang bertandang ke Qth aku masa hari raya lepas memang terfikir nak buat sesuatu yang baru,melihat pada bentuk rupanya rasa malu pun ada juga apabila antenna tu terlalu simple sangat tiada kekemasan saling tak tumpah macam penyidai/ampaian apa pun itu sajalah antenna yang mampu aku buat tak kala dah terlalu nak cepat on the air di hf,tapi masih dalam sukatan yang ok, aku potong pada ukuran frekuensi 7.043 untuk local band swr measure sekitar 1.2 ,dengan antenna ni aku pernah cuba operate dengan 5watt masa breakin ketika 9M2AU(Bangi) Qso dengan 9M2FX(Muar) lepas 9M2FX panggil masuk, aku maintain dengan 50watt.Antenna tersebut juga bekerja baik untuk sessi Dxing apabila report diterima oleh setesen JA,VU2 dan JA .Berbalik kepada antenna tu aku dah bawa turun dan potong coaxil RG58,kali ni teringin nak buat twin dipole 14mhz dan 7mhz dalam satu feeder.
Bermula dengan membeli auto cable yang bersaiz besar Rm36/40meter aku pun mula membuat hitungan bagi freq 7.043mhz dan 14.175mhz,spreader antenna aku perbuat daripada pvc paip 1/2" yang digunakan dalam kerja-kerja wiring setiap satu panjangnya 8",kerja menebuk paip dan membuat holder bagi feeder antenna satu persatu dilakukan memakan masa 3hari iaitu hanya dilakukan ketika masa terluang aku memilih pada sebelah malamnya ketika semua jiran dan keluarga hanyut dibuai mimpi,bertemankan nyamuk aku memasang sperader, pada mulanya aku fikir ia suatu kerja yang mudah namun ternyata mencabar juga,didahului dengan merentangkan sebelah element twin dipole di atas tanah sejauh 30kaki lebih sudah tentu rentangan tersebut memasuki kawasan halaman rumah jiran ,dalam sejuk titis embun yang menitis semuanya dilakukan dengan senyap takut nanti mengejutkan mereka pula,keletakan 3pc spreader setiap sebelah element antenna perlu diaturkan dengan sama jarak ukurannya supaya apabila dinaikkan memperlihatkan kekemasan yang sempurna jika tidak ia menjengkelkan pandangan mata.Alhamdulillah berkat usaha yang nakkan improvemet terkini antenna tu siap pada sebelah petang Ahad tapi satu saja yang ralatnya aku tidak menyokong fedeer tersebut dengan 1:1 balun,satu yang aku perasaan ialah walaupun antenna tu aku potong pada ukuran yang sebelumnya ia gagal untuk memberikan swr yang baik seperti sebelumnya,dari segi teorinya apabila lebih satu antenna diletakkan pada satu feeder matching antenna tersebut tidak sama namun itu tidak menjadi persoalan utama kerana aku dah punyai ATU,masa yang dinantikan dah tiba untuk test antenna terbaru dalam Qso bersama cikgu Rahman 9M2AR report yang aku dapat masa sessi cw adalah 599 sama kualiti dengan antenna sebelumnya,signal lebih mantap sejak adanya ATU.Sedikit kecewa apabila band 20meter tidak membuka maksudnya propagation tidak mengizinkan,cuma pada suatu hari ketika band membuka untuk sekejap saja aku menjawab CQ call daripada E20WXA yang beroperasi di Bangkok dengan report 59.Selepas 3-4 kali mencuba aku lebih menyukai inverted vee yang terletak di pinggir dapur,untuk makluman korang semua antenna aku tu dalam ketinggian 6 meter atau bersamaan dengan 18kaki.