Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, September 16, 2007

HF TRANSCEIVER YANG TERMAMPU AKU BELI



Walaupun harga set ni tak lah mahal mana tapi memang ianya "user friendy"
function button yang simple/ringkas memudahkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya.
Malangnya set ni memang tak sesuai untuk diletakan dalam mobile.
Memang dah jadi tabiat bagi aku masa DX aku push habis 100w tapi bila di local 40-50w
saja hehehehe...mungkin 40-50 pun dah ok buat apa nak bazir power.

Friday, September 14, 2007

ANTARA NEGARA-NEGARA YANG TELAH BERJAYA AKU TEMBUSI DENGAN IC718

BELGIUM
DENMARK
ENGLAND
ESTONIA
FRANCE
GERMANY
INDIA
INDONESIA
JAPAN
LITHUANIA
NETHERLANDS
NORWAY
POLAND
ROMANIA
RUSSIA (EUROPEAN)
SCOTLAND
SINGAPORE
SWEDEN
TAIWAN
UKRAINE
USA
AFRICA
AUSTRALIA
UAE
BANGLADESH
VIETNAM
THAILAND
TAIWAN
CHINA
HONG KONG
PHILIPINE
MOSCOW

Kad Qsl yang diterima secara direct banyak yang cantik sayangnya aku tak punya scanner uploadkan kad-kad tersebut untuk tatapan korang semua.

Sunday, September 9, 2007

FIKIRKAN SEJENAK

Belajar morse pada peringkat permulaan seperti bayi baru belajar memahami bunyi,konsepnya sama semasa kita masih kecil kita dengar ayam jantan berkokok,bunyi salakan anjing,bunyi kicauan burung,bunyi itik,kambing mengembek,lembu menguak dan harimau mengaum,bagaimana kita boleh mengenali bunyi-bunyi ini?
Ya kita mendengar dan dimaklumkan itu bunyi burung,itu bunyi ayam jantan berkokok,apabila setiap hari kita dengari bunyi-bunyi tersebut kita akan tahu dan faham yang mana satu bunyi ayam,itik,kambing,burung dan lain-lain,kita lupakan pasal morse....eemmmm! apabila kita dengar semua bunyi tersebut dimainkan kita akan tahu ada itik,ayam,burung,anjing...nah! inilah yang harus kita faham kenapa belajar morse kita perlu mendengar.Dengarkan bunyi A-B-C-D dan lelain dengarkan iramanya,setelah kita kenal iramanya apabila dimainkan kita akan faham apa maksudnya.