Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, January 5, 2008

KERINDUAN TERUBAT

Dah lama aku tak menulis untuk blog aku ni,ketiadaan idea adalah satu puncanya,Selama bergiat dalam bidang radio ni suatu ketika dahulu di zaman sebelum adanya linking nasional Astra,ramai rakan-rakan ham sebelah utara on the air

Antara Callsign yang aktif pada ketika itu ialah 9W2BL,9W2ZY,9W2PS,9W2LM,9W2ER,9W2ED,9W2KL,9W2EB,
9W2KO,9W2RN,9W2NN,9W2MW,9W2IB,9W2BI,9W2DD,9W2MF
,9W2DI,9W2KL,9W2XD,9W2MV dan lain-lainnya,yang aku tak sebutkan di sini harap tak kecil hati sebab aku sendiri pun gagal mengingati kesemuanya.Aku tak pasti adakah lesen mereka masih hidup atau tak,namun pada hari Selasa yg lepas aku dikejutkan dengan kehadiran rakan lama di repeater iaitu 9W2EB dan 9W2TRX ( 9W2DI) aku cukup gembira atas kehadiran mereka,yerlah lama tak jumpa hampir 6-7 tahun menyepi daripada frekuensiterputus hubungan langsung,apa-apa pun aku amat mengharap rakan-rakan di utara khasnya untuk kembali menceriakan, menghangatkan repeater seperti suatu ketika dahulu kala.

Friday, November 30, 2007

CARA MEMBUAT PEMBETULAN SEMASA SENDING/PENGHANTARAN

Pada penghantaran teks atau ayat-ayat anggaran jumlah perkataan ialah sebanyak 36 patah perkataan iaitu dengan kelajuan setiap ayat 12wpm masa yang diperuntukan ialah sebanyak 3 minit.

Di sini saya lampirkan contoh ayat pendek untuk pelajaran.

contoh ayat dalam klip video ini ialah VVV VVV Mcmc akan mengadakan ujian kod morse pada tahun hadapan.

***Perhatian VVV VVV tidak dikira sebagai ayat ia adalah tanda isyarat "standby for incoming mesej"

Saya letakkan 2 contoh kesalahan iaitu pada pada ayat AKAN dan TAHUN.

Pembetulan perlu dilakukan pada ayat AKAN,oleh itu mulai sending semula pada ayat AKAN dan diikuti dengan ayat yang seterusnya.

Pembetulan kedua juga perlu dilakukan pada ayat TAHUN,oleh itu mulai sending semula pada ayat TAHUN dan diikuti dengan ayat yang seterusnya.

*Jangan lupa untuk hantar error signal iaitu 8dit dihantar berterusan kemudian diikuti dengan ayat yang hendak dibuat pembetulan.
error signal ialah ........(8 dit dihantar berterusan)

Thursday, November 29, 2007

Kod Group Nombor

Sebelum mainkan mana-mana file video tolong offkan muzik dekat last fm dengan cara ini tidak akan menyukarkan kosentrasi pendengaran anda.