Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, April 22, 2009

KENAPA KAHWIN SUSAH???

Apa kahwin pun susah, Aisey mann....lain macam jer tajuk posting saya kali ini.Harap jangan salah faham.

Apa pun syabas dan tahniah kerana anda telah melangkah setapak kehadapan lagi dalam peroses pembelajaran cw untuk sampai ke tahap ini bukanlah mudah anda sebenarnya tentu telah mengenali tiap-tiap karektor atau cw rythm cumanya pada peringkat ini kerja-kerja mengkahwinkan atau menyatukan tiap-tiap karektor perlu dilakukan bermula
daripada 2,3 dan 5 karektor yang sama atau berbeza, sekiranya lebih banyak lagi bagus,namun saya menasihatkan anda supaya bermula daripada 2,3 dan terus menambah lagi setiap satu karektor apabila anda telah dapati ada kemajuan,untuk proses pembelajaran mengkhawinkan karektor sessi pendengar perlu diteruskan.

Ya,faktor utama umur antara salah satu sebab yang menjadi jurang perbezaan cepat atau lambat penguasaan dalam prosess megenalpasti bunyi rythm.

Umpama pepatah belakang parang kalau diasah pastikan tajam,begitu juga dengan pembelajaran pada tahap ini.Anda perlu mendengar ulang berulangan A hingga Z,Z hingga A juga disamping mendengar karektor yang dikahwinkan AA AB AD CC,proses mendengar pada tahap ini,otak anda pasti akan cuba mentafsir apa kod yang dimainkan
INGAT jika anda masih pada tahap sebegini penguasaan kepada pengenalan karektor cw anda masih ditahap rendah.

Bagaimana anda betul-betul menguasai tiap-tiap karektor cw,ya!!! anda boleh menyatakan dengan spontan apabila mendengar single charecter cw dimainkan,anda mampu menyebut tanpa mengambil masa atau teragak-agak,pada tahap ini lah telah dicapai 'BREAK THE CODE'!!!

bila anda sudah melepasi tahap ini,maka anda perlu ke sessi mencampurkan karektor-karektor cw 2,3, dan seterusnya.Jika jawapannya tidak maka perlu teruskan sessi mendengar sehingga anda sampai pada tahap yang saya nyatakan
di atas,walaupun saya menyatakan anda boleh mengikuti langkah yang seterusnya,ini tidak bermaksud anda boleh melupakan sessi mengenal karektor cw,mainkan juga A hingga Z dan Z hingga A pada permulaan sessi atau sessi penutup.

Ingin saya kongsi pengalaman yang saya alami ketika mula belajar/mendengar pada tahap mengkhawinkan karektor cw.Saya mengalami kekeliruan apabila karektor berikut dimainkan atau dikahwinkan contohnya:

ETER KTA ITU IEE itu adalah sebahagian contoh saya tunjukkan percayalah.....pada tahap in. kita akan terganggu dengan emosi dan keletihan ET kita akan tafsirkan sebagai ALFA dan ETE sebagai ROMEO begitulah dengan contoh-contoh yang saya pamerkan pedulikan!!!!otak kita ni kekadang "jahat", maaf kerana gunakan istilah itu,hehehehe.....otak cuba mengajak kita melihat dari sudut pandangan yang berbeza...

Untuk menerangkan lebih terperinci mungkin akan membelitkan pemikiran anda,jika anda memerlukan tunjuk ajar atau nasihat saya dan rakan seperjuangan tidak teragak-agak untuk membantu anda.

Kebolihan mendengar CW ialah satu kelebihan anda didalam hobby ini.......73

Monday, April 20, 2009

"CW TEST"CERITA YANG TAK PERNAH DICERITAKAN SEJAK 1998

Saya antara ham yang sempat menduduki peperiksaan ( RAE ) pada penghujung era pentadbiran JTM namun selepas MCMC mengambil alih pentadbiran tersebut saya juga antara sebilangan ham yang tertunggu saban hari bilakah ujian morse akan dilaksanakan.kenapa mengapa begitu lama masanya yang diambil oleh MCMC untuk mengadakan ujian morse ini?apakah pergolakan yang terjadi? sehingga mengakibatkan
jurang populasi antara 9M dan 9W terlalu jauh kebelakang sehingga memberikan impak yang ketara.


Saya cuba menyingkap kisah yang telah berlalu,pada hemat saya seharusnya mereka-mereka ini diberikan pujian ke atas apa yang mereka telah perjuangkan di sebalik tadbir,sinifikasi yang besar "jatuh dan bangunnya ujian cw di Malaysia."Selingkar kisah bermula sebaik episod pengambilalihan JTM ke tangan SKMM bermula pada 1997,
kali terakhir pihak Jabatan Telekom mengadakan ujian CW ialah pada tahun 1997.

Selepas daripada itu sehinggalah 2006 populasi "9M" terbantut ini tidak diambil kira conversion ke 9M daripada warga negara asing.Menyedari dan memandang serius akan hal ini akhirnya pada tahun 2005 9M2RS, 9M2SZ dan 9M2AU berbincang dan membuat kertas kerja berkaitan perkara di atas,dengan bantuan 9W2SO dan beberapa orang rakan lagi telah mengadakan lawatan ke Institut Komunikasi Angkatan Tentera Malaysia atau dulu di panggil Sekolan Latihan Semboyan Sg Besi.
Lawatan adalah untuk mengenalpasti dan mendapatkan kerjasama daripada pihak ATM yang sesungguhnya mempunyaiperalatan dan kepakaran mengendalikan ujian cw begitu juga halnya dengan ALAM (Akedemik Laut Malaysia ) yang sedia ada.


Setelah beberapa kali naik turun MCMC membincangkan perkara CW ini, akhirnya pada tahun 2007 MCMC telah mengadakan Ujian CWnya yang pertama untuk Radio Amatur yang dikendalikan dengan kerjasama pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia)Spekulasi yang sering digembar-gemburkan yang mengatakan CW akan di mansuhkan ini adalah berdasarkan pada Garis panduan SKMM di mana pada tahun 2007 CW mungkin di hapuskan terjadi sebaliknya.Untuk pengetahuan umum perkara ini sebenarnya telah dibincangkan dan di usulkan oleh pihak IARU dipersidangan antarabangsa di WRC 03.(World Radio Conference) yang di adakan di Geneva pada bulan Jun 2003.

Tidak sekadar memeluk tubuh MCMC di peringkatnya juga telah menubuhkan working group untuk membincang perkara-perkara yang berkaitan komunikasi tajuknya amat luas,dianggarkan lebih kurang 6 kumpulan kerja dengan berbagai tajuk dari broadcasting,border crossing, Broadband,Satellite, Navigational dan termasuk juga Radio Amateur, dan Emergency Communication.

Seawalnya penubuhan kumpulan kerja ini amnya kumpulan Radio Amatur ia dipelopori oleh ( 9M2DX,9M2SQ,9W2ZC,9W2CP)9M2DX juga mewakili bagi pihak UKM terlibat dengan pengkajian saintifik dan lain-lain.9M2AU juga pada awalnya terlibat dalam kumpulan terbabit tetapi bertukar ke kumpulan kerja EMERGENCY COMMUNICATION.Perkara-perkara yang melibatkan polisi dibincangkan dalam masyuarat ini dengan MCMC yang diadakan beberapa kali pada tahun 2001 dan 2002, Pada tahun 2003 beberapa orang kakitangan MCMC membawa segala yang diperlukan berbincang di peringkat antarabangsa di Geneva. Sesungguhnya mereka-mereka yang di balik tadbir pada ketika itu berpendapat CW perlu dikekalkan dan memperkenankan supaya kelajuan WPM di turunkan sehingga kepada 8wpm.

Semasa persidangan (WRC) pihak IARU mencadangkan agar CW di mansuhkan dan hal ini telah pun diluluskan,namun pihak ITU menyatakan bahawa walaupun di peringkat antarabangsa bersetuju yang CW ini dimansuhkan namun iannya terpulang kepada setiap negara untuk menentukannya beberapa Negara seperti India China,Rusia dan juga Malaysia masih mempertahankan CW,di UK contohnya walaupun CW telah dimasuhkan namun ujian nya tetap diadakan kepada mereka yang berminat.Walaupun terdapat banyak negara yang sudah memansuhkan ujian CW,namun mode komunikasi ini masih mendapat tempat dihati peminatnya sesunggunhnya "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam"bagi yang setia pada mode ini ia sememangnya "Tak Lapuk Dek Hujan,Tak Lekang Dek Panas"Jika anda selalu monitor di HFanda akan dapati masih ramai stesen-stesen radio amatur yang masih lagi menggunakan mode CW.

Tahukah anda akan wujudnya "Becon Station" di HF? 9W yang aktif dalam 10 meter pasti tahu,becon station memancar ID nya dalam bentuk cw ia bertujuan untuk dipantal oleh rakan amatur diseluruh dunia,jika isyarat ini dapat didengar dengan kuat maka ia membawa maksud band tersebut telah membuka.Terdapat juga becon khas untuk panduan bagi kapal terbang disesetengah negara,isyarat cw dipancar dan ini dapat membantu juruterbang mengenalpasti kedudukan terkini mereka.

Walaupun CW mendapat tentangan yang hebat daripada mereka yang inginkan ianya dimansuhkan namun apa yang kita lihat hari ini ialah pihak SKMM dalam menjalankan ujan CWnya ternyata cuba memberikan keselesaan kepada semua peserta,jika keselesaan tiada daya usaha bersama maka kandas jua yang bakal diterima.

Wednesday, April 15, 2009

MASIH AKU TERKENANG WALAUPUN SUDAH BERLALU

Mengenang kembali saat kepayahan yang dilalui bagaimana saya dan rakan-rakan seperjuangan dapat menguasai morse ada manis dan ada pahitnya.Pahit apabila terkenangkan diri ini yang tak punya teman untuk belajar bersama-sama.
kalau ada pun nun jauh di Selatan,saya berterima kasih kepada 9W2HKL(9M2ALL) sessungguhnya pertemuan singkat di repeater RKW juga pertemuan empat mata dengan beliau di Uitm Shah Alam mengajak saya kembali bersama menduduki cw untuk kali yang ke2 dan ke3 bagi bagi beliau.Pertemuan yang sesingkat juga mempertemukan saya dengan haji Idris yang pada ketika itu mengadakan kelas persediaan menghadapi RAE yang dianjurkan oleh Mares.

Saya memperkenalkan diri dan memaklumkan saya antara pendengar setia sessi pembelajaran morse kod yang kedalikan oleh beliau ketika itu,namun nasib masih tak menyebelahi saya kerana berbekalkan ilmu yang tipis saya kandas di medan cw Cyberjaya.Beliau sempat memberikan beberapa tips dan nasihat yang amat berguna,latih-tubi dan terus mendengar adalah yang disarankan oleh beliau.

Berbalik kepada 9W2HKL saya mengenali beliau secara tak langsung ketika sessi kelas cw dijalankan sebelum ini oleh arwah haji Idris di sub repeater RKW yang terletak di puncak Bukit Larut pada ketika itu.Seingat saya antara yang setia mengikuti
kelas cw adalah( 9W2ABC-Hasni 9M2ABC),(9W2JPJ-Lokmal 9M2CIA),(9W2RV-Mior 9M2MMM),(9W2KD Dr Khairudin 9M2KMA)dan juga Rizal-9W2RZ 9M2RZL)dan Nazali 9W2NAZ(9M2NAZ)

Episod pengenalan dengan beliau tidak hanya berakhir di situ sahaja,ada masa beliau menelefon saya atau saya menelefon beliau,saya akan mainkan group group ringkas cw,kami berdua antara anak didik 9M2GL arwah Haji Idris iaitu seorang yang memperjuangkan cw sehingga ke akhir hayatnya.Apabila beliau balik ke sini,ke Seberang Jaya kesempatan yang ada kami mengadakan pertemuan mentelaah bersama-sama,
beliau dengan laptopnya saya bersama "poor man key saya"sesambil kena teh sesambil adakan sessi penghantaran/penerimaan,ada sesekali pak cik kedai kedai makan tu bertanyakan.....senyum sinis kami menceritakan serba ringkas sedar tak sedar kedai pun nak dah ditutup hehehehe,menyedari betapa sukar perjalanan kami berdua untuk mencapai ke tahap ini,maka wujudlah keazamanan untuk teruskan usaha yang telah dimulakan oleh arwah haji Idris.

Walaupun tidak secara langsung namun bahang pembakar semangat tetap dirasai bagi yang memahami niat yang tersemat di hati.Haris pernah beritahu saya beliau pernah menjemput GL dan bawa ke suatu tempat padang atau sebagainya dan minta beliau mengajarnya cw,begitulah hakikatnya apabila kemahuan belajar diletakan pada tahap tinggi dan berada pada landasan yang betulnya,tiada erti malu,tiada erti menganggu.
Semasa sessi kelas cw berlangsung di udara kami saling sms sesama untuk bandingkan apa jawapan yang masing-masing dapat,untuk terus jawab soalan tiap kali diajukan mungkin akan nampak monopoli sessi kelas langkah terbaik adalah rujuk sesama sendiri.
"Ada sapa-sapa sudi nak jawab""Haris! 9W2HKL adakah Haris?" itu panggilan yang sering ditujukan kepada Haris apabila tak ada respon daripada sesiapa di frekuensi,bagi saya agak sukar untuk memancar cuma sesekali sahaja saya berpeluang untuk respon kepada beliau.

"mungkin daripada seberang longkang kot"itu antara bait kata yang masih saya ingat, beliau tujukan kepada signal-signal yang menganggu pancaran beliau ketika sessi kelas diadakan.Pertemuan pertama di Uitm adalah yang pertama dan untuk selama-lamanya,sms terakhir "all the best saya doakan"ringkas tetapi cukup bermakna saya terima daripada beliau sebelum memasuki bilik ujian.Alhamdulliah berkat doa beliau dan kesungguhan, kami berjaya dalam sessi ujian kali ini.Saya sempat berhubung beliau untuk memaklumkan pengkhabaran gembira.

Semua itu telah berlalu,bagi saya detik itu cukup manis pasti terpahat di sanubari,mungkin juga sebagai hadiah hari jadi saya yang genap ke33 pada hari itu,detik itu juga merupakan detik yang pahit di mana saya telah dimaklumkan oleh Haris sejurus dalam pejalanan pulang ketika sampai di Simpang Pulai yang 9M2GL telah pergi mengadap illahi.


Ramai yang tidak tahu callsign saya yang pertama adalah 9M2AZA,kemudian ditukarkan kepada 9M2MGL dan Haris pula adalah 9M2HKL kemudian juga bertukar kepada 9M2ALL.