Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, October 26, 2009

SEBAK HATI SAYA APABILA MENGENANGKAN.....


NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL
Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan

ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada
kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami
cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap
penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan
jarang ditemui di benua asia. Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana
penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses
respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati
yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia
juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia
juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap
masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan
untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia  memerlukan pembelanjaan perubatan
melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan
wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.
Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan
simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH

ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah)  bagi
membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia
yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.

Sumbangan ikhlas anda amat di hargai:

Noor Ismail Bin Mohd Ali  (bapa Alia) 6012-671 9840
F-03-04 Mentari Court,
Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2


Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL  and sekiranya ada tidak mampu

memberI sumbangan,diharapkan anda menyambungkan posting ini atau emailkan kepada rakan-rakan anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.

Saturday, October 24, 2009

PROGRAM MINDA

Untuk menjadi jutawan anda perlu berfikir secara jutawan,mereka ini hanya berfikir bagaimana untuk menjadi kaya dan lebih kaya,mereka melihat berbagai peluang sebagai "money generator"mesin penjana wang"sebab itu kita lihat jutawan semakin kaya dan terus kaya,inilah yang dapat saya petik daripada sebuah buku yang sempat saya baca sebulan yang lepas bezanya mereka tak bekerja untuk dapatkan wang tapi sebaliknya "wang mereka bekerja untuk mereka...apa pun saya setuju dengan kata pengarang buku tersebut,ya betul,untuk berjaya anda perlu bergaul/berkawan dengan orang-orang yang berjaya.Sama juga dengan cw anda perlu mendekati mereka-mereka ini bertanyakan sebarang masalah yang anda hadapi dan tips-tips pembelajaran.
Saya pernah meletakan nama saya sebaris pengamal "Reiki"ditahap master,semata-mata untuk memahirkan diri dengan ilmu kuasa minda yang teramat hebat,sebagai manusia  saya tak lari dari melakukan kesalahan,alhamdulillah saya kini kembali kepangkal jalan,ilmu dari al quran lebih hebat.
Saya tak nak ulas panjang lebar dengan perkara yang telah lama saya tinggalkan,namun cukuplah saya katakan sebagai manusia Allah S.W.T telah menganugerahkan kuasa minda yang sedia ada pada diri setiap manusia walaupun tanpa ilmu "Aura"Reiki"atau apa sahaja ilmu yang jadi bualan saat ini.

Kita cukup taksub dengan keupayaan sebuah komputer kerana mampu untuk menyimpan pelbagai data dan melakukan pelbagai aturcara,namun kita acap kali terlupa manusialah yang menciptanya dengan anugerah illahi yang teramat hebat.
Bagi berusaha ke arah kejayaan anda seharusnya sentiasa meletakkan diri anda di landasan yang betul,target anda untuk lulus cw maka,oleh yang demikian berusahalah ke arah itu,susah ke nak jaringkan bola ke gol,bola kejayaan diletakan hadapan gol kemenangan...sepak ajalah...sepaklah dengan sekuat usaha anda.

Lupakan 2meter seketika,bukan tinggalkan terus...saya sering ingatkan mereka yang mempunyai cita-cita ke arah  9m persediaan awal ialah Lupakan 2m seketika"jadikan satu kebiasaan kalau masuk dalam mobile sebolehnya tutup rig atau biasakan dengan teruskan onkan cw mp3.

Tanyakanlah pada mereka yang telah berjaya,displin mereka amat hebat,mereka sentiasa patuhi prinsip-prinsip asas.
Tentu sekali mereka punyai idola mereka sendiri idola saya ialah 9M2GL,9M2AR,9M2PZ,9M2RS dan YB6LD suatu ketika dahulu saya bercita-cita ingin meletakan nama saya sebaris dengan nama mereka...cikgu Rahman dalam pandangannya peribadinya memberikan saya 5 tahun untuk saya "Pukul@Atasi"beliau,saya teruja dengan kemampuan beliau ketika sessi qso cw dengan Don YB6LD.Saya sedang berusaha ke arah itu insyaallah Haris dan saya mempunyai impian yang sama.

Mereka yang telah berjaya setiap masa yang berlalu dipenuhi dengan sessi mendengar,dalam posting saya yang lepas-lepas saya telah nyatakan kemana sahaja saya pergi pastikan cw bersama saya sehinggkan ke kamar kecil...heheheh..

PROGRAMKAN MINDA ANDA
Suatu perkara yang berulang dilakukan insyaallah akan membawa kejayaan,sabar,usaha dan yakinlah ianya tidak akan sia-sia.Bagi yang tegar nak belajar cubalah "tuliskan afirmasi seperti berikut pada sehelai kertas jangan panjang sangat cukup sekadar contohnya"Pelajari morse adalah mudah saya akan berjaya "tulis pada sehelai kertas bersaiz kad nama cukup sekadar hanya untuk anda baca sahaja,letakan dalam beg duit pada bahagian tempat letak IC,bila buka aja beg duit anda akan terpandang afirmasi ini,lekatkan pada depan pc anda masa buat kerja anda akan terbaca afirmasi ini..insyaallah tanpa anda sedar anda sedang memprogramkan minda bawah sedar anda,langkah seterusnya susun jadual belajar.

Saturday, October 10, 2009

SEJARAH PERNAH TERCATAT

Ini maklumat yang baru saya terima daripada Haji Rashid(9m2RS)


Izinkan saya memberi maklumat mengenai keluarga yang paling ramai mempunyai callsign pernah terdapat di Malaysia.Keluarga ini berasal dari Melaka. Mungkin boleh dimasukkan dalam Guiness Book of Records.

1.Ketua Keluarga 9M2FS Mendiang Soon-masih tercatat di log IK6BAK cw QSO 1988.
2.Anak Lelaki 9M2GW George Wee
3.Isteri George... Valerie 9M2VT
4.Anak Perempuam ..Irene Wee 9M2WE
5.Suami Irene ...Alex 9M2BD
6.Anak Perempuan.. Nellie Wee 9M2NW
7.Suami Nellie... Chong 9M2TM
8.Anak ....Jerry Wee 9M2WB
9.Anak ....Jannie Wee 9M2JW
10.Suami Jannie.... Sunny 9M2SL




Keluarga ini boleh buka Kelab sendiri.AJK terdiri dari ahli keluarga...hehehe,Tetapi sekitar tahun 2000, ada sedikit salah faham telah berlaku di antara 9M2GW ( ketika itu beliau menjadi Bendahari MARTS dan saya President MARTS ) dengan AJK MARTS.

George telah mengundur diri dan satu persatu ahli keluarganya mengikut langkah beliau. Pada masa ini semua callsign yang tersebut diatas telah terbatal.Group photograph keluarga ini ada terdapat dalam Souvenir Programme SEANET Convention 1994.
Itu lah Alkisahnya...de9M2RS

**Klik sini untuk lihat QSL kad mereka dan beberapa ham dahulu.



Terima kasih haji di atas info ini.


The B E R A Familys masih/akan mencatatkan rekod di antara ham Melayu teramai...hehehehe