Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, November 2, 2009

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT

Alhamdulillah syukur kepada kehadrat Allah swt atas limpah kurnianya
masih membolehkan saya menaip untuk posting seterusnya walaupun sejak kebelakangan ini saya
mensibukan diri dengan sessi kelas orang-orang tua.
Kini saya tak pasti berapa lama masa yang perlu saya ambil bagi menamatkannya,apa yang pasti tututan dunia
yang dikejar oleh saya kini telah berapa pada klimaksnya "pssst Rizal maaf saya pinjam ayat anda ni",saya mungkin tersilap selama ini kerana meletakkan kepentingan duniawi pada puncak kehidupan peribadi,Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita sebagai hambanya yang sentiasa
laqhor"lupa ataupun taksub yang bila menulis,kerakusan saya mencipta satu benteng negatif pada rakan-rakan walaupun ada juga yang
menerima dan yang menempelak dibelakang.Saya tidak dapat lari daripada apa yang telah diperkatakan.


Sebagai pengemar radio amatur yang masih mentah dalam dunia seantero ini,melalui komen-komen membina
saya akui mungkin ada yang tersentuh dengan posting saya pada kali ini berhubung dengan "PRA SYARAT UNTUK MENJADI GURU MORSE"
Saya berterima kasih kepada Zek,Arifshah,Haris,IBR dan beberapa lagi mereka yang menghantar maklumbalas,saat ini
mungkin sedang hangat diperkatakan,kata pepatah pena itu lebih tajam daripada mata pedang,dah terhantuk baru tengadah.....
Saya akui saya salah dalam memperkatakan hal berkenaan oleh itu "MAAFKAN SAYA"


Apa pun tanggapan rakan seperjuangan itu adalah hak milik mereka,bagi diri ini siapalah saya jika tanpa anda yang
menemani perjalanan kehidupan ini,saya akui tidak semua YANG BENAR itu BETUL dan tidak semua yang SALAH itu SALAH.

Saturday, October 31, 2009

PRA SYARAT NAK JADI GURU MORSE????

Untuk jadi seorang guru bagi mengajar kelas morse adalah lebih afdal jika seseorang itu mempunyai kelayakan seperti dibawah:

1.Dapat mengajar dengan teknik beliau tersendiri,beliau perlu memahami mana abjad atau huruf yang pelru didahulukan supaya pelajar-pelajarnya tidak rasa susah,tertekan dan giveup.

2.Mempunyai kemahiran menggunakan straight key,electronic paddle dan tidak hanya bergantung kepada komputer semata-mata.Keadaan ini membuatkan beliau sebagai tenaga pengajar yang tidak hanya bergantung kepada  komputer sahaja.

3.Pengalaman sebagai pelajar tidaklah mencukupi, mempunyai skill menerima dan menghantar 18wpm ke 20wpm adalah satu kelebihan kerana akan ada seseorang yang akan menguji anda apabila anda memperakui bahawa diri anda seorang guru morse,keadaan ini biasalah dalam cerita kung fu mana-mana tok guru yang buka pusat kung fu mesti ada orang nak test,tak pun anak murid itu sendiri akan menguji gurunya...eeemmm....pernah berlaku anak murid hantar laju tapi guru yang mengajar tak dapat copy.

4.Mengajar dan menunjukkan teknik belajar adalah satu yang berlaianan,namun jika anda berkeupayaan melakukan kedua-duanya sekali ternyata anda sememangnya berkelayakan.


5.Sifat berkongsi ilmu merupakan satu yang amat dituntut,maka sekiranya anda diperlukan ajarkan apa yang anda tahu sahaja,selebihnya minta mereka berguru langkah atau step yang lebih advance daripada rakan yang senior.

6.Sebaik menerima tali pinggang hitam bukan bererti anda layak untuk menjadi guru dan membuka gelanggang sendiri perkara yang sebaiknya terus berusaha untuk terus memajukan kemahiran diri.

Monday, October 26, 2009

SEBAK HATI SAYA APABILA MENGENANGKAN.....


NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL
Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan

ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada
kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami
cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap
penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan
jarang ditemui di benua asia. Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana
penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses
respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati
yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia
juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia
juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap
masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan
untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia  memerlukan pembelanjaan perubatan
melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan
wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.
Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan
simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH

ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah)  bagi
membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia
yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.

Sumbangan ikhlas anda amat di hargai:

Noor Ismail Bin Mohd Ali  (bapa Alia) 6012-671 9840
F-03-04 Mentari Court,
Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2


Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL  and sekiranya ada tidak mampu

memberI sumbangan,diharapkan anda menyambungkan posting ini atau emailkan kepada rakan-rakan anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.