Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, November 23, 2009

JALAN-JALAN DI UTARA




Dah lama tak berkesempatan bawa anak pergi jalan-jalan,asyik kerja-kerja kerja,em…Ahad dan Isnin lepas saya ke Alor Setar itu pun sebab bawa emak mertua menjenguk abang ipar yang dah lama tak balik,sejak bertugas di Universiti Insaniah memang jarang benar dapat bertemu dengan beliau,sambil menyelam minum air kata orang tua-tua,hari pertama sampai memang dah agak cuaca hujan,tahun sudah ada sekali pergi itu pun dipandu arah oleh adik ipar yang tahu jalan ke rumah abang
Kali ini cuma kami 4 beranak ditemani oleh mak mertua,saya kalau tanya pasal jalan sekitar Alor Setar memang hampeh,kalau setakat nak pergi town tu tak ada hal tapi kalau daripada town nak pergi ke mana-mana memang pening,saya dimaklumkan oleh abang ipar kalau nak mudah keluar ke susur keluar tol selatan,bertolak selepas zohor sampai di Alor Setar dah jam 3.00 petang lebih memang agak lewat sampai,saya tak suka rushing sebab kata rakan ham seberang “utamakan keselamatan daripada kecepatan”sampai tol selatan biras cakap ikut jalan kangar,so jalan ajalah….3-4 kali juga kena phone beliau,dalam hati terfikir betapa mudahnya jika mereka suami isteri tu adalah ham,kan mudah guide dengan radio sahaja,kedatangan saya ke sini pun saya tak ada plan,mula memang bercadang nak ke selatan tanahair untuk ke rumah adik,memandangkan beliau akan pulang kesini, hasrat ke sana terpaksa dibatalkan,tiket dah ambil terpaksa jual balik,nasib baik tiket terjual klau tak memang langsailah.




Jalan agak sibuk juga oleh kerana tak berapa confident dengan laluan terpaksalah bawa perlahan,selepas membelok 4-5 simpang dah rasa lega sebab dah sampai tempat yang dituju,selepas  melepas penat dan mengisi perut yang berkeroncong selepas maghrib berlalu Tesco adalah destinasi ke2 yang dituju,hujan masih belum reda,parking kawasan bawah dah penuh jadi terpaksa parking diluar aja,ntah macam mana boleh terlupa nak ke tingkat atas,saya tertarik dengan tanda harga barangan di Tesco di bahagian roti contohnya harga label Rm1.59,Rm1.69 ceh! Buang karan apa motif pihak pengurusan meletakkan tanda harga sedemikian bukankah kerajaan telah membuat pengenapan mana-mana harga yang hampir atau kurang lebih dikira dengan harga hampir eh!...macam mana nak cakap ni….mungkin anda faham kot.Bulan sebelumnya saya berkunjung ke Tesco Taiping daripada pengamatan memang harga di mana-mana pun sama harganya,sebagai pengguna kita wajar berfikir perlu atau tidak untuk membeli,langkah terbaik beli aja mana yang perlu….betul tak?

Hari ke2 memang dah bercadang nak ke pusat Bandar(Alor Setar)sekitar hampir jam 8.00pagi rutin harian ialah qso dengan rakan-rakan di repeater Bukit Bendera,sambil mencari juadah sarapan dan roti canai saya sempat berhubung dengan rakan pagi 9W2DHL,9W2AWD,9W2JID mungkin agak jauh dengan capaian transmisi kurang memuaskan saya terpaksa meninggalkan group pagi.Jam 9.30pagi bertolak ke Alor Setar plan nak pergi Pekan Rabu memang dah plan nak beli kuih kea pa ke…nak call rakan takut nanti diperlawa datang ke rumah pula,main belasah jalan sajalah,tengok sign board Alor Setar,jalan,jalan,jalan….sampai dah terlepas parking pula turn balik masuk parking pun susah…issshh macam nk kata tobat tak datang lagi tapi…..walaupun tak seperti dahulu Pekan Rabu ni macam ada sesuatu yang menarik tarikan saya.Kuih sana,kuih sini juling mata seketika,perang tarik pelanggan di mana-mana sahaja,”bang,kak mai pilih,mai tengok”….saya agak terkejut apabila ada adik manis bersuara”tengok apa tu?”isshhh…pelik benar ayat tu keluar daripada mulut dia,hehehehe….saya cakap dekat  xyl berkenaan hal tadi dan xyl saya cakap saya ni tegok dia kot lebih..lebih…issshhh….kesitu pula perginya….turun daripada jejatas menarik perhatian saya ialah jeruk asam jawa,ni tak pernah saya jumpa mungkin orang boleh kata saya jakun…memang pun….tengok ajalah sempat sanp gambar blurrr sikit,saya tak beli bukan tak nak tapi memandangkan yang sikecil tu nanti meminta alamat teruklah,kata orang banyak makan asam otak lembab…..errrr betul ke?



Semasa mobile pusing-pusing town ternampak Star Prade,singgah kejap dan terus balik,candang nak pergi ngintai qth rakan sekejap sepertimana tahun lepas beliau datang senyap-senyap ke qth saya tanpa
Bagi tahu,tapi dek kesuntukan masa terpaksa lupakan hasrat tu.40km tak jauh mana dengan Kangar qth abang ipar saya tu,candang-cadang timbang-timbang teringin nak ke Kangar nak pergi tengok tower GET OUT,boleh cakap sajalah nak pergi…cuti apply sehari sahaja…hehehehe..lain kali ajalah kot.
Hp saya lupa nak aktifkan selepas masuk GPRS konon nak tengok jalan ke Alor Setar,masa on the way balik baru perasan ada 4 miss call daripada rakan selatan,saya call dia cakap OUT tinggal pesan dekat shoutbox katanya ajak saya ke 40m main cw,wah! Hebat sungguh si dia ni sehati sejiwa secouple semesra mereka berdua,saya tak berani nak janji kalau senang saya akan naikkan antenna dalam masa terdekat ni…saya dah plan nak naikkan NVIS antenna dan mungkin Windom Carolina,kalau segan habis pakai dulu dipole yang lama tu….congak pi congak mai memang nak kena sambung aluminium paip dua batang untuk jimatkan ruang.Apa pun bergantung kepada……urat baloq kalau besaq nala dok timbul maka apa kheja pun tak jadi hehehehehe….

Dah lama tak dengar cw 20wpm still ok,kalau ada orang cakap 20wpm tak boleh nak tulis saya tak pasti bagi saya 20wpm agak selesa untuk tulis 20wpm ke atas memang hancusss!! Hehehe….memori mungkin agak load untuk 25wpm dah setahun lebih saya masih belum capai impian,30wpm 0.75s tak ada masalah,mungkin kena lupakan dahulu,inventory item hampir 6000 lebih item terpahat dalam kepala ,untuk eksess ram kecik hehehehe…..cikgu letakkan 5 tahun untuk  saya berada pada rangking beliau masih ada 3 tahun untuk ke arah itu,9M2RIE,9M2PRO?,9M2GET,9M2OUT ,9M2MZR,9M2JEN mungkin ketika ni tekun untuk ke arah 30wpm,apa pun syabas jika anda ber nasib baik anda boleh berjumpa high speed station 9M2TO dan YB6LD,9M2FK dan jangan lupa 9M2AGC dan 9M2AR dengan straight key mereka.

Saturday, November 21, 2009

KOD GROUP BAGI LATIHAN PENGHANTARAN

Untuk belajar membuat penghantaran sila buat latihan dengan berpandukan group-group kod dalam susunan di bawah,sambil menghantar amati rythmnya lakukan penghantaran 12wpm dan ke atas.

ETA  AET  GME  MEG    CKE    KEC   ETA   AET

MEG  GME   CKE  KEC    INF    FIN   RAE   AER

KNT  NTK   REL  LRE    EDL    LED   AIL   LAI 

FUE  UEF  OTM   MTO   TMO    QMA   MAQ   QGT

GTQ  MAQ  GTQ   TSB   EOJ    TAK   ANP   PAN

KTA  ITU  UIT   TEN   NTE    WAT   SIE   HSE

BDE  DTI  HSE


Sending ANTENNA-KECIL-BERSIH-KOMONDO-SELISIH-TOMOTO-SISIH-FISH-VHF-SEIH


WEPWATAERGMEUITYNMKNTVSTLAIBDEXDT

RAESEIHSECKEKECJATZGENTERETEOTTT



ETERWETTVXOYQKECITUNTENKNT

TENGTTETTTTTEEEEENNNNNIIII

VVVVITVITVITVITTTTTVVVVIII

YYYNMNMYNMYNMYYYNMNMYYYTEMTEMTEMYYYY

GGGMEMEMEMEMGGGMEGGMEGGGMEMEMEGMEMEG

RAERRRRAEAEAEAEAERRRRAERRRAERRAERRAE

Sunday, November 15, 2009

MASIH JAUH PERJALANAN KITA

Takala uban mula kian menambah di kepala,dan hampir berakhir 2009 maka kian berginjak usia kita semua,Adakalanya seperti terasa baru semalam saja meninggalkan bangku persekolahan,life begin 40 itu kata mat salleh,apa pun sebagai insan ciptaannya kita perlu melihat sejauh mana amalan yang terlaksana sudah, apakah tuntutan duniawi melebihi daripada yang diperintahkan,tentu sahaja anda dan saya mampu menjawabnya.suka saya mengingatkan anda dan saya bahawa apabila meninggal anak adam itu hanya 3 perkara yang akan terus berkekalan,pertama sedekah jariah,keduanya ilmu yang menafaat untuk dunia dan akhirat dan terakhir sekali anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.
Berdasarkan 3 perkara di atas adakah kita semua mempunyai kesemuanya atau masih ada yang kurang?apakah saham akhirat kita sudah memenuhi syarat,bagi saya ada baiknya kita lebihkan pada zakat kurangkan pada (CT)apakah kita bersedia untuk menemuinya sedangkan masih banyak yang belum kita penuhi,Inilah antara soalan yang kekadang kita sedar atau tidak sedar seolah lari daripada untuk tidak memikirkan jawapannya,inilah juga soalan yang bakal kita berhadapan,kemana masa hidup kita peruntukan?ingatlah 5 perkara ,sihat sebelum sakit,senang sebelum susah,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

Kita tinggalkan seketika semua itu,saya tak pasti berapa ramai antara kita yang pernah menempuh kepayahan hidup,bagi mereka yang lahir sezaman saya ketika celik mata air telaga dan lampu minyak tanah sahaja yang ada,pasti masih segar dalam ingatan,itulah hakikatnya yang tidak dirasai lagi anak-anak zaman sekarang,pelita minyak tanah hanya mewarnai kehidupan apabila syawal bertandang dan selepas itu diketepikan itulah realiti kehidupan zaman ini,perlahan-perlahan ditelan zaman peredaraan lampu berkelip mula mengambil tempatnya..tak kala anak-anak kecil sebaya anak saya membaca al-quran saya agak malu kerana baru masih belum tamatkan Qiraati jilid ke 3,saya akur akan kejahilan lepas tak pernah kembali akibatnya seperti Ramlee baca tak bunyi apa...daaa....saya bersyukur kepadanya kerana menyedarkan saya bahawa tiada panduan yang berguna bagi memimpin saya ke alam sana.Telah menjadi pengajaran kepada saya sesuatu ilmu jika tidak diamalkan ianya pasti hilang dalam kealpaan kita,bagaimana dengan anda??


Ketika zaman 5 sen mempunyai nilainya,Rm1 seumpama Rm10 terlalu besar ertinya dalam sebuah kehidupan,masih terasa sengal bahu ini mengalas bebanan sejauh hampir 3 km saban hari untuk mencari secangkir ilmu,oh! betapa saat itu amat dirindukan,A,B,C 1,2,3 mengajar kita betapa perit dan derita untuk mengajar kejayaan,basikal tua pelantar besar punyai sejarahnya dalam mendewasakan saya,apakah sejarah anda pernah tercatat akan kehadirannya?mungkin bagi mereka yang celiknya berkereta kehadirannya tiada makna.Itulah nostalgia yang tak dapat dibeli oleh sesiapa yang tidak melaluinya,seperti yang saya katakan “seperti baru semalam semua itu berlalu”Siapa peduli semua yang saya nyatakan di atas siapakah mahu mengingati kisah sukar yang pedih untuk dikongsi bersama?berkawan biar ramai bercinta biar satu,teman ketawa ramai teman menangis cuma satu?peredaran zaman banyak berubah manusia dan tingkah laku,ada yang rasa hebat bila dah maju,lupa akan susahnya dulu,hakikatnya belut takkan tinggalkan lumpur tapi insan yang bergelar manusia terus alpa bila diuji dengan pangkat dan harta,Rm50 rasa kecil bila beberlanja di market tapi rasa besar bila dibawa ke masjid.Ramdhan dah lama berlalu kini Zulhijah bertandang, masa untuk melakukan korban tak semestinya harta atau ternakan,yang paling penting perubahan ke atas diri anda dan saya sendiri moga apa sahaja yang kita lakukan akan membawa kerahmatan.