Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, March 14, 2010

ANTENNA DIPOLE MUDAH

Ini adalah antenna dipole yang paling ringkas boleh anda siapkan dengan menggunakan bahan-bahan mudah
antaranya ialah pvc tee 1/2" pvc paip,pvc cap 1/2",insulation tape dan copper wire yang diambil daripada step down transfomer.Kepada mereka yang ingin mencuba untuk homebrew sila antenna dipole bolehlah ikut step by step,mudahkan?oh ya antenna ini masih digunakan oleh saya dah lebih daripada 4 tahun....

Saturday, March 13, 2010

KEJAYAAN ATAU KECUNDANGAN BAKAL MENANTI ANDA?

Tak berapa hari lagi,penggemar radio amatur yang akan menaik taraf akan berhempas pulas di gelanggang Cyberjaya,pastinya tarikh keramat 17hb Mac ini akan menyaksikan episod kegembiraan dan kecundangan.
Mereka yang telah menyiapkan diri mereka sebelum ini pasti akan menanti dengan penuh kesabaran dan bagi yang hanya berbekal kail dan tali sejengkal mungkin hanya ingin menduga sahaja untuk sessi kali ini.
Andaikata kejayaan yang terhasil, itu adalah usaha daya anda,jika kegagalan juga yang ditempohi itu bermakna usaha anda  belum lagi sempurna,tahun ini saya meletakan harapan yang menggunung kepada
Pak Yop (9W2YR).
Seingat saya dah masuk kali ke 5 beliau keluar masuk Cyberjaya bagi tujuan untuk menterbalikan W untuk menjadi M,untuk sessi kali ini saya tak pasti berapa ramai yang telah mendaftar untuk menduduki ujian,apa pun pesanan saya dapatkan rehat yang secukupnya,seelok-eloknya datang sehari sebelum ujian.
Sejarah pernah terlakar 5 sahabat telah datang duduk depan pintu MCMC jam 2.30pagi semata-mata
untuk kenal pasti jalan dan keletakan MCMC...hehehehe....daripada 5 hanya seorang sahaja berjaya melalui
liku-liku susah payah itu pun setelah 2 kali berhempas pulas,manakala 4 orang lain masih lagi aktif tapi....?????hanya mereka sahaja yang tahu.


Catatan dari Perpustakaan Shah Alam 11:48am

Saturday, March 6, 2010

SAPI DAH LEMBUNYA DIMANA???

Para pengunjung setia blog saya,mohon maaf sudah agak lama benar saya tidak update blog ini,kesibukan
dan keterbatasan masa pengeksessan ke jaringan internet membantutkan kerja-kerja update,apa pun
saya banyak ketinggalan dalam hal-hal terkini seperti kad lesen kecil untuk amatur radio yang sah
apa pun penambahbaikan ini selaras dengan perkembangan IT terkini......taniah pada pihak kawalselia



Tengahari tadi saya cuba untuk melelapkan mata seketika tetiba seputar kepala mengenangkan berbagai
perkara yang berlaku baru-baru ini....seorang rakan bertanyakan kepada saya,Man, tak nak tukar
callsign terkini ke?,saya tanya callsign apa, callsign terbaru 9M2QSB,QSL,QRZ.....isshhh mana mai pula callsign callsign macam ni??

Rakan saya berkata lagi  sekarang ni dah muncul callsign Q Code.  kat negara kita saja yang ada,ntah dari mana datangnya idea ini entahlah, nak jadikan cerita so kita layan .....kat bawah ni dan sesama kita buat penilaian




CQ DX CQ CQ DX THIS IS 9M2QRZ 9M2QRZ CALLING DX AND STANDING BY
ULANG LAGI SEKALI CQ DX CQ CQ DX THIS IS 9M2QRZ 9M2QRZ CALLING DX AND STANDING BY...

PASSTU ADA SATU STESEN DARI RUSIA MASUK RA3WWD RA3WWD!
MAMAT NI TAK DENGAR STESEN RUSIA TU MASUK TADI DAN DIA CAKAP QRZ DX?

STESEN RUSIA TU ULANGI CALLSIGN DIA THIS IS RA3WWD RA3WWD QSL?


OK QSL RA3WWD THIS IS 9M2QRZ.......TETIBA PROPAGATION DOWN....SI RUSIA TU HANYA DENGAR &*QRZ SAHAJA,SANGKA BELIAU MAMAT DARI MALAYSIA DOK ULANG QRZ?


Aisey peninglah err....tu saya cuma bayangkan atau andaikan jika pihak yang berwajib mengeluarkan
callsign seumpama di atas,persoalannya apa releven callsign berteras Q Code diguna pakai di negara kita ini,sekali lagi saya memang "piang"pasal proses pengeluaran callsign berteras Q code siapa tahu hal berkenaan ini, adakah ia dibolehkan?




Ketidakpuasan hati saya tidak ternoktah disitu sahaja, saya cuba menjejaki beberapa negara yang gah
dalam sejarah ham seperti Jepun, US,Indonesia dan beberapa negara lain namun ternyata tidak ditemukan
callsign yang suffic sama dengan Q Code.



Saya dan ramai rakan yang masih baru dalam dunia radio, mungkin anda diluar sana boleh memaklumkan apakah dibolehkan suffic seumpama Q Code dibolehkan penggunaannya dalam penggunaan callsign atau pun setiap perubahan pucuk peminpin kawalselia setaip itu juga akan berubahnya tatacara yang berlain....


Malang dan sedih para pengemar radio 9M land.

73, DE 9M2QRT