Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, April 4, 2011

BUAH LEMBA....

Sekali tengok macam bentuk anak berudu sahaja,gambar di atas sekali saya rakamkan semasa pagi tadi,rakan sekerja yang berikan sekelopak? sejambang?errr sekuntum kot?? tak tahu nak cakap apa bagi menyatakan jodoh bilangan gambar yang paling atas sekali,apa pun gambar di bawah saya dapatkan daripada pencarian di internet dengan memasukkan kata kunci bagi "LEMBA"buah-buah di bawah boleh didapati di dalam bungkusan bunga mayang???maaf sekali lagi tak tahu nak sebut apa...yang pastinya gambar atas sekali adalah sarung di mana buah lemba ini tersembunyi...

Saya sebelum ini difahamkan mengenai buah lemba ini,kata rakan buah ni hanya di dapati di dalam hutan..lokasi kawasan hutan 300 kaki Hutan Simpan Negeri P.Pinang cuma 6 minit sahaja daripada tempat kerja saya,rasanya manis sehingga apabila kita minum air seolah kita meminum air gula...eeemm...alhamdulillah hari ini saya dan rakan-rakan setugas yang lain dapat merasainya sendiri...hanya sebutir sahaja buah yang sebesar mercun bawang...rasa manis sukar dihilangkan walaupun 1.5liter air diteguk..Subhanallah...sila klik sini dan juga sini untuk mengetahui khasiatnya.

Tuesday, March 29, 2011

SOROTON LENSA CYBERJAYA

"Ok...ok..lepas Den....adjust ni korang baru sedap hantar !"
"Aaaahaaa...baru nampak,"kelihatan Aimil membuat laporan lintas lansung mengenai status mereka yang lulus.
"Duit bukan soal utama...yang penting kami semua dapat menghadirkan diri bagi ujian kali ini"
Ishh...apalah mamat ni nak ambil pic pun susah..tepi sikit..tepi sikit..
Sessi ujian peneriamaan sedang berlangsung...ujian penerimaan tidak resmi sedang berlamgsung di luar dewan.
Cool brader ni buat penghantaran...
                       Kredit kepada Aimil kerana menyediakan gambar-gambar di atas,saya pohon maaf atas kelewatan untuk publish di blog ini,hari ini genap sudah 5 tahun kepemergian arwah Haji Idris (9M2GL) dan hari ini juga merupakan hari ulangtahun meraikan kejayaan lulus ujian cw...eeemmm sekejap sangat masa berlalu,sepanjang tempoh itu tak ramai yang berjaya menyarung jersi 9M apa pun sessi ujian cw yang baru ini membuktikan cw masih lagi mendapat sambutan,Alfatihah untuk arwah haji.....

Wednesday, March 23, 2011

GENDANG DIPALU GELANGGANG DIBUKA LEWAT BERITA TIBA....

Maaf atas kelewatan berita sensasi lintas lansung yang sepatutnya disiarkan terus menerus pagi tadi sudah menjadi siaran tertunggak,masalah teknikal dan line yang kemut...berita keluar lewat,syabas dan terima kasih kepada Aimil (9m2aur)kerana menyediakan bahan untuk laporan daripada Cyberjaya.Dimaklumkan seramai 50orang peserta yang mendaftar sayangnya cuma 44 orang sahaja yang hadir pada hari ini,apa pun agak mengejutkan saya dan semua pihak kerana pada sessi ujian cw kali ini
seramai 15 orang peserta daripada Sabah hadir ke gelanggang cw pada kali ini ,ia merupakan satu jumlah angka yang terbesar yang pernah dicatatkan oleh sesebuah negeri mengalahkan penyertaan daripada negeri-negeri di semenanjung tanahair,ucapan syabas dan tahniah buat rakan-rakan 9W6 yang sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk datang ke sini.


Tidak seperti teks ujian pada sessi ujian yang lepas kali ini juga boleh dikatakan teks ujian juga mirip kepada
'TSUNAMI' kerana di dalam ujian hantaran kali purata ayat-ayat lebih daripada lima abjad/perkataan tetapi kali ini ujian boleh dikatakan agak lebih mencabar dan peserta mesti tajam.

Ayat-ayat bagi sessi penerimaan :

GEMPA BUMI KUAT YANG DISUSULI OMBAK TSUNAMI SETINGGI  LEBIH
SEPULUH METER TELAH MELANDA TIMUR LAUT JEPUN PADA PETANG  JUMAAT LALU.
BANYAK HARTA BENDA MUSNAH DAN BERPULUH RIBU JIWA TERKORBAN AKIBAT BENCANA INI.


Sessi penerimaan angka-angka/nombor:

85940  76182  26253  45748  93070
65436  19108  39237  56281  47107


Keputusan tidak resmi seramai 18 orang telah lulus dalam ujian penerimaan dan penghantaran callsign mereka ialah:
1.9W2HCA
2.9W2CYL
3.9W2KPD
4.9W2PJU
5.9W2MWW
6.9W2BUN
7.9W2WKT
8.9W2XRS
9.9W2DKK
10.9W2XRO
11.9W2ESM
12.9W2YGC
13.9W6CED
14.9W6AJJ
15.9W6PAT
16.9W6KOM
17.9W6SID
18.9W6TLB

Sekalung tahniah juga buat 9M yang turut serta memberikan sokongan moral pada sessi ujian kali ini mereka 
yang hadir ialah 9M2AU,9M2AUR,9M2AIR,9M2AIS,9M2RIE,9M2YRS dan 9M6TMT

*Uniknya padanan callsign di atas ialah AIS cair menjadi AIR...air mengalir ke AUR....