Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, November 23, 2011

2 HARI 1 MALAM




Dah lama tak update blog ni...semalam pada awalnya saya dan keluarga merancang nak ke Alor Setar nak pergi ke Pekan Rabu,dah lama tak ke sana,namun selepas melalui kawasan Gurun entah macam mana,terfikir apa salahnya kalau terus ke Padang Besar...eeemmm rancang lain jadi lain,melalui Arau terus ke Kangar melalui jejantas bersebelahannya adalah qth 9M2PZ eemmm...firasat saya menyatakan itu adalah qth Pak Manan....sempat juga qso bersama beliau,maaf Pak Manan dan rakan-rakan saya rushing ke Padang Besar berpandukan arah kepada skrin gps dan melihat arah jalan terpaksa memendekkan qso kita pada ketika itu...maaf bukan kerana tak nak singgah yer...Pak Manan saya dah jauh daripada qth anda pada ketika itu...terus ke Kangar saya terserempak dengan mobile 9W2SHS namun tiada ternampak kelibat beliau....terus ke Padang Besar sekitar 30km lebih....eerrmm tanyalah kepada sesiapa sahaja yang menyukai hobi radio ni...kalau sepanjang perjalanan tentunya pandangan mata tertumpu pada bumbung-bumbung rumah hahahahaha...ternyata pemantauan saya membuahkan hasil,beberapa qth mempunyai antenna ternyata adalah milik rakan ham Perlis..secara jujur saya katakan permandangan sepanjang perjalanan tak meletihkan mata...kehijauan tumbuhan alam sekeliling menyegarkan walaupun dah lama memandu tanpa berhenti...alhamdulillah selepas menyusuri laluan yang amat selesa saya dan keluarga sampai eeem...hanya photo sahaja dapat menceritakan apa yang berlaku....ketibaan pada hari Selasa hari yang tiada bersangkutan dengan cuti hujung minggu atau cuti umum memang amat selesa untuk shopping,errrrr....satu yang saya perasan ialah tiada peniaga yang menjual buah mempelam....asisey...tak dapatlah nak borong,rasanya mungkin kerana peristiwa banjir besar yang melanda kot?Pemantauan saya kini tertumpu pada puncak-puncak bangunan..hehehehehee.....ada satellite disc....C Band...




Yang paling suka harmonic dan xyl....eeemmm...kalau dibandingkan dengan shopping di negeri Cik Siti Wan Kembang pada pertengahan tahun ini,rasanya amat berbaloi saya ke sini lagi...harga memang amat berpatutan,mungkin sebab buyer tak ramai so peniaga tak demand harga sangat...xyl dan harmonic suka sangat makan buah mempelam namun kali ni hajat tak kesampaian....tak nampak pun buah mempelam ni sekitar kompleks bazar tu...banjir...banjir kot buah tu tak leh nak dibawa ke sini....siap shopping berangkat balik semasa dalam perjalanan balik terserempak pula dengan mobile 9W2CAN.....saya terus dan checkin di Federal Hotel...





Semasa sampai sebelah petang family ajak pergi ke pasar malam yang berdekatan,nak mencuba kuih-kuih tempatan,sebelah malam keluar ke The Store,9W2LI call ajak jumpa....tu pun lepas saya tanya kat mana pasar malam yang berdekatan...eemmm tak sangka yang dia call beritahu kat mana pasar malam tu....issshhh nak keluar pergi ahaahhhaaa..takut sesat lah pula..memang ada gps tapi tak selalu guna agak kekok...sebab tu kot kebiasaannya co pilot yang bagi pandu arah...malam Mie datang jemput eemmm...tak sangka Dik Wan (9M2AMZ)pun turut serta...malam tu kita gebang dekat Taman Mewah....thanks Mie belanja kue teow kerang....errrr....daak...kerang tak leh makan...tukar ayam hehehehe..rasa saya dah cukup lama tak jumpa dengan Mie(LI) errr....dekat 10 tahun.

Wednesday, November 2, 2011

9M2WT ( Bill ) Meninggal Dunia


Kepada semua rakan ham yang mengenali 9M2WT-Bill telah menghembuskan nafas terakhir di MMC Melaka sekitar jam 8.00 malam tadi,beliau sempat saya kenali semasa menghadiri ujian morse code pada 2006,saya juga difahamkan oleh beberapa rakan yang beliau aktif dalam aktiviti outdoor,beliau juga seorang yang pemurah,seorang rakan bertanyakan kabel untuk dipinjamkan untuk ujian antenna tapi diberikan percuma oleh beliau,kalau tak salah saya beliau juga pernah sponsor cat untuk sebuah club house.
Mendiang berdiri 2 dari kanan bersebelahan 9M2AGC-Azlan,photo ini diambil semasa saya menghadiri ujian cw untuk kali ke2 pada tahun 2006 di SKMM Cyberjaya.

                                    9M2WT(Bill)mengendalikan set hf 40m qso bersama 9M2AR

Friday, October 21, 2011

KEMAJUAN BERTERUSAN DI 9M4RBB

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pengunjung setia blog ini,kebelakangan ni memang agak ketandusan idea untuk menulis di sini,apa pun harapan saya blog ini masih lagi mendapat tempat di hati anda semua,alhamdulillah pada petang semalam krew-krew teknikal ham Pulau Pinang yang diketuai oleh 9W2BZI,9W2SPG dan beberapa orang lagi telah berjaya membaikpulih repeater 9M4RBB,tertarik untuk saya catatkan di sini ialah repeater berkenaan agak berbulan mengalami gangguan interferance,berbagai cara telah dicuba antaranya menukar tone,mengubah antenna,setting cavity bak kata pepatah apa sahaja yang difikirkan perlu semuanya dicuba.Terakhirnya repeater ini dikurangkan kuasa pancarannya.

Akhirnya semalam 9M4RBB telah berjaya dipulihkan alhamdulillah,syabas kepada cikgu Ruzi dan dan krew yang bertungkus-lumus dalam hal ini,,saya difahamkan setting pada kali ini repeater ini mempergunakan "DCS"iaitu digital code system bagi menggantikan setting tradisi iaitu "Tone"
Besar kemungkinan 9M4RBB adalah repeater ham yang pertama di Malaysia yang mengguna pakai sistem ini,Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan digital code 243 pada setting radio anda,pada mulanya agak sukar tetapi setelah dicuba beberapa kali akhirnya setting pada icom V8,V85 dan juga icom 2200 saya berjaya,untuk makluman anda untuk setting code ini anda perlu membuang tanda "Tone"iaitu lambang kod "Taugeh"hehehehehe dan gantikan dengan lambang"D"selepas memasukkannya anda perlu memasukkan kod digital 243,bagi radio icom v8 sila cari DT,DTNN....untuk pengetahuan anda jika kod yang dimasukkan tak kena/tak tepat anda akan dapati audio dari radio tak keluar yang muncul di skrin radio anda hanya signal strength sahaja,sila kembali ke tone kod dan ubah sehingga audio dari repeater muncul.

Apa pun setting ini masih lagi dalam ujian,harap selepas ini gangguan QRM yang muncul tak ada lagi,tak perlulah rakan2 teknikal naik turun bukit dan yang pentingnya saya dapat sertai group pagi di 9M4RBB.