Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, April 9, 2012

ADAKAH ICOM 2200H MENGHADAPI MASALAH BERIKUT?

Berapa ramai pengguna@pemilik transceiver model Icom2200H yang punyai masalah berikut? Icom 2200H ada sesetengah dah jadi gila meroyan,kejap elok kejap tak...masalah di bawah kerap berlaku kepada rig mobile ni,rata-rata memaklumkan yang Icom 2200H ni ada masalah,saya salah seorang pengguna rig jenama ini,hampir 6 tahun digunakan dah masak sangat dengan penyakit yang datang dan pergi.


1.Ptt button ditekan tidak dapat transmit,Jika button squelch tidak dapat diturunkan@dinaikkan atau  button tidak berfungsi apabila ditekan ,sila plug off wire mikrofon rakan ham mengenalinya sebagai tali sotong,tanggalkan daripada radio untuk seketika dan plugin kembali dan cubalah. 2.Rig anda tidak dapat dionkan,dah puas tekan on button tapi tak juga boleh,sila putuskan supply yang masuk ke mobile rig ini,disconnectkan,cabut wire socket supply dan pasang semula,lepas itu cuba onkan suis,insyaallah jika ianya bersangkutan dengan masalah software perkara-perkara yang saya terangkan di atas mungkin dapat membantu anda untuk menggunakan rig jenama ini selagi ia tak kekal rosak...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 7, 2012

PROJEK CPO

Lama sungguh tak bermain dengan komponen-komponen elektronik ni,projek CPO terdahulu yang menggunakan IC555 mengecewakan....sebabnya bila dibuat perbandingan dengan litar yang saya paparkan di sini memang ternyata berbeza...IC555 mengeluarkan square wave...sebab tu tone yang terhasil masih terdapat buzzering...litar di atas saya muat turun daripada 9m2bal blog,litar ni tonenya memang sedap sine wave...

Agak memeningkan kepala juga sebab dah tinggalkan benda-benda ni hampir 6 tahun,beberapa komponen terpaksa dibeli yang selebihnya guna stok terdahulu.

Semua di atas tu bernilai rm21.45 ferric chloride asid,botol kecil tu berharga rm10 dulu botol 1 liter cuma rm8 sahaja.Sebab dah lama tinggal saya terpaksa merujuk kepada satu apps daripada android market@Google Play....errmmm pengguna android boleh muat turun Electrodroid..dekat apps ni amat sesuai kepada mereka yang ingin mempelajari basic electronik....


Oh ya nak gunakan teknik cetakan dan iron terus ke atas board pc pun dah rosak...maka terpaksalah guna teknik lama eatching....yang jadi masalahnya....sekarang layout tu hihihihi bilalah nak disiapkan ntahlah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 6, 2012

KOMUNIKASI SEHALA KELEMAHAN YANG KETARA

Alhamdulillah,dalam kesibukan membanting tulang empat kerat saya cuba mencuri ruang waktu yang terluang,syukur Blogdroid adalah pilihan tepat untuk saya kembali aktif menulis,apa yang saya tulis ini adalah dari kaca mata saya...oleh itu ianya adalah hak saya untuk dikongsi bersama pembaca sekalian.


Sepanjang menulis di ruangan blog ada komentar yang boleh dikongsi bersama,tak kurang juga menyirapkan darah....pernah suatu ketika saya dihentam kerana memberikan pandangan yang dianggap negatif oleh segelintir pembaca...tak kurang juga ada yang menyokong..saya berpendapat penulisan di blog adalah sebagai komunikasi dua hala...penulisan di blog memberikan ruang kepada pembaca membaca dan juga membuat komen negatif ataupun positif.


Berbanding pula dengan penulisan di laman web sekiranya penulis berkenaan menulis atas sesuatu yang ternyata lebih bersifat peribadi...mesej yang disampaikan adalah tak lebih sebagai ketidakpuasan hati terhadap sesuatu....apabila terdapat pembaca yang ingin berkongsi pendapat iannya sudah menjadi komunikasi sehala...errmm kadang-kadang kita merasakan kita berpijak di bumi yang nyata namun pembaca melihat diri kita ini terawangan di angkasa.


Oleh itu berhati-hatilah dengan setiap tulisan,menyerang secara terangan lebih bersifat peribadi...bukanlah suatu yang boleh dibanggakan,kata seorang sahabat tulis berdasarkan "FAKTA" bukannya banyak yang"AUTA"


Published with Blogger-droid v2.0.4