Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, November 6, 2007

PENGHARGAAN/PENGIKTIRAFAN DARIPADA 9M2AR




Minggu yang lepas cikgu memaklumkan kepada aku yang t-shirt dan cap dah diposkan sebagai tanda penghargaan ke atas cw aku yang "bolehlahhh",2 hari yang lepas aku menerimanya.Bagaimanapun cikgu memaklumkan yang pihak vendor tidak mengikuti spefikasi yang cikgu arahkan,apa pun aku nak rakamkan jutaan terima kasih kepada cikgu atas pemberian ini,ianya menyemarakkan lagi untuk aku up speed cw aku"harap lepas ni target aku nak sepantas Azlan (9m2agc)"MASTER" level kata cikgu.Cw aku walhalnya tak sepantas mana "ala kadar saja"berkat cikgu yang kerap ajak aku bermain di cw band alhamdulliah rasanya elok sikit daripada dulu-dulu emmm...tapi malangnya masih tak berani nak pergi DX di Cw band.

Kalau berkesempatan rakan-rakan 9M yang baru jangan malu untuk ke cw band,walaupun perlahan tak mengapa kita masih ada cikgu,Pak Eshee,Pak Long Marzuki,Cikgu Mazwan dan lain-lain yang boleh memberikan tunjuk ajar.

PEMBELAJARAN MORSE BERIKUTNYA

Alahamdulillah saya terima respon yang positif di kalangan 9W yang saya rasakan mereka-mereka ini berpotensi bakal memperolehi 9M suatu hari nanti insyallah,semalam sewaktu saya mengemas ruangan bilik radio/stor saya terjumpa beberapa nota catatan sewaktu saya mengorak langkah mempelajari cw asas.

Jika anda teliti kod-kod cw A-Z kita boleh katakan ianya terbahagi kepada 4 bahagian maksudnya saya jelaskan mengikut group seperti berikut:

Group 1 =E T mengandungi 1 karektor "DIT ataupun DAH" "1 DIT ataupun 1 DAH"

Group 2 =A I M N mengandungi 2 karektor "DIT-DIT,DAH-DAH,DAH-DIT,ataupun DIT-DAH"

Group 3 =D G K O R S U W mengandungi 3 karektor "RUJUK CARTA CW".

Group 4=B C F H J L P Q V X Y Z mengandungi 4 karektor "RUJUK CARTA CW"

Anda boleh mempelajari cw melalui group-group ini juga,anda mula kuasai group 1 dahulu kemudian 2,3 dan keempat.

Jika anda mempunyai handphone nokia 3310-3315 terdapat 2 versi messej cw tone yang boleh anda dengari dan pelajari antara yang mudah ialah "SMS dan CONNECTING PEOPLE"
keseluruhannya terdapat 11 kod morse sedia ada dalam tone messej yang boleh anda pelajari/dengari ia hampir 40peratus cw daripada bahagian kod asas.Cw juga dapat anda pelajari dengar melalui repeater id "Tone id" walaupun pendek ia dapat membantu anda dalam sessi mengenal tone.

Antara gandingan kod group pendek lain yang boleh anda dengar ialah dengar seperti saya lampirkan di bawah:

A R
K C
K Y
G Q
R L
G Z
G Q
U F
N K
W P
D X

Sunday, November 4, 2007

PERSEDIAAN PEMBELAJARAN MORSE KOD



SAYA INGIN PELAJARI MORSE BAGAIMANAKAH CARANYA?
Anda mempunyai perlbagai pilihan untuk pelajari morse.
Apa sahaja software boleh digunakan,selagi ia memberikan keselesaan kepada anda tapi harus ingat pastikan ia sesuai dengan anda,berbagai software boleh anda dapatkan dari internet morsecat,korch method dan banyak lagi,lebih bagus jika anda mempuyai tutor yang berpengalaman.

PERSIAPAN YANG BAGAIMANA YANG SAYA PERLUKAN?
Pertama sekali anda perlu setkan minda anda "Belajar Morse Tak Susah"susah lagi RAE".
"Morse saya perlu mendengar sahaja,ya saya perlu mendengar dan terus mendengar".Anda perlu menjadi pendengar yang setia,setkan masa untuk anda mendengar sekurang-kurangnya 15-20minit setiap sessi (1X)pagi dan (1x)malam yang selebihnya sessi tak rasmi iaitu ketika anda ada lebih masa terluang,jika miss satu sessi pun tidak mengapa,yang penting anda harus mendengar,Kurangkan QSO ketika anda mobile tumpukan kepada morse sahaja."makan morse,minum morse,tidur morse bak kata apa sahaja morse.Ada ketikanya perilaku anda agak pelik di pandangan ahli keluarga ketika anda mempelajari morse,konsentrasi amat penting jika 15-20minit sessi anda mendengar minta sesiapa jangan ganggu anda.

CARA MENDENGAR
Sebaik-baiknya anda perlu berada disebuah bilik atau dipersekitaran yang tenang dan jangan lupa gunakan headphone atau earphone untuk mendengar,anda boleh pejamkan mata ketika anda mendengar,cara ini mungkin berkesan kerana perhatian anda tidak tertumpu kepada keadaan sekeliling.Apabila mendengar jangan fikir apa bunyi tersebut sebaiknya anda menghayati irama/tone morse tersebut dan tafsirkan apa abjad.Lupakan pasal nombor seketika tumpukan kepada abjad-abjad sahaja dan jangan sentuh key untuk SENDING.Elakkan mengingati bentuk karektor abjad sebagai titik dan sengkang sebaliknya ingati bunyi iaitu iramanya contoh bunyi A di-dah (Rythm).
Untuk peringkat pertama anda perlu melalui sessi pengenalan kod A-Z jika anda belajar melalui korch method ianya bermula dengan K dan N atau dengan kaedah lain grouping asas seperti:
E I S H
T M O
N D B
A W J
A U V
Sekiranya anda telah mahir dengan kod group di atas anda telah berjaya menguasai 57peratus kod morse bahagian abjad.Antara kod morse lain yang mudah untuk anda pelajari ialah C Q dan SMS.



CARA YANG BERKESAN ADALAH:
Dengar dan terus mendengar,penuh konsentrasi dalam pembelajaran,jangan tinggalkan sessi mendengar ikut jadual yang telah anda setkan,apabila copy/catatkan gunakan tulisan huruf kecil ianya lebih pantas namun pastikan anda boleh membaca kembali apa yang telah anda catitkan.Verbal/bunyikan irama abjad setiap kali anda memandu,membaca papan iklan,plat kenderaan yang melintasi anda,atau membaca tajuk-tajuk utama surat khabar.Apabila anda maju copy 70peratus naikkan kelajuan/speed atau tambahkan karektor/abjad yang baru.Untuk memudahkan anda ke mana sahaja dengan cw rekod dalam telefon anda dan pastikan ianya rekod-rekod yang sentiasa anda update bukannya anda mendengar kod-kod yang dimainkan mengikut susunan yang mana anda dapat mengenali apa bunyi tone tersebut.

APA TANDA-TANDA CW ANDA DAH MENINGKAT/PEMBELAJARAN ANDA BERHASIL
Apabila anda tidak mengambil masa yang agak lama untuk mengingati irama bunyi tersebut,otak anda akan reflex dengan cepat mulut anda akan menyebutkan abjad bunyi yang anda dengar tanpa teragak-agak.