Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, January 23, 2010

TEXT UNTUK LATIH-TUBI

Berikut adalah latihan  / latih-tubi untuk sessi penghantaran text dan angka-angka ini seringkali digunakan dalam ujian pertandingan morse




Angka/nombor


00937 85796 35051 26174 45984

16649 67139 30234 45620 05738

86899 14358 28471 70523 78508

79309 68151 14429 04052 71217

24553 81976 37064 10926 29431

88567 82079 89326 45301 10963

44808 12756 20471 86929 83573

44165 85909 50671 94081 36257

33216 43075 60638 48392 74135

91775 47201 86253 70212 28329

94776 19260 41024 69068 39136

53299 85258 87486 67238 49731




Abjad


PVXYN WPLMC HIDXI FFEVO JCQGN

KVTWG RBLDM OGHSD PAFNU OYXHM

QTRJB SUEFQ BPVGE CTANB TDKHO

MXAOS RLAKP JHYIC ZDVEU RCNZK

UJTFY QCSUP YKLVJ AZRSE LXWXY

GMGWM SQEOV DGPHZ UNLFS XTBIJ

BBJEM YJIWP SGZKW NWVIE TDQAT

XHNFB LZHJE IFXPD OZRKO ESRBR

DIVCH ZNOKA QVKXD SOQEB HCLMR

NKFRQ MQWCV YGUWH IUIYZ ZFZGK

NYRGL STJEC CQTFT OVAPJ RWTCE

ULWUB WMLDG XALUM XDUCB MHKXS



Mixed


GCXID =13AU 1,8KW ITJMR NØ32Z

V/VU4 7D/HN AEO9? OWJ3= QGJ8S

R0Q,6 8NRI? SXGL4 YØVD5 677?9

/UTSC KOH52 Q=TIX D84RF 5Y6MB

Ø9U/5 AYHV. 6HEPJ ØYCTG 2Z7CU

=RLS, IQB,M L9M,V NG.5S 1QAOY

AM/W? 4L8ZC DB.LO 46T4= PBEQY

WØE3X /EKFJ XF87V 3ZURØ 1L7XW

,JD35 Y3EPH EWKCH ,NQØT APK.F

.DN4. NMPZ1 ,B.LU X9IZK 2AYPC

9NK1A Q,9ØE FZB2R PG6PO B=?SF

6O6F= G45/W ZXF7M JCBZ6 4?A2S



semua ini saya petik dari blog http://www.dl4uny.de/texts.html saya harap anda semua jangan jemu mendengar dan juga latih hantaran ,saya percaya hasil usaha anda pasti mendapat kejayaan.73

Friday, January 22, 2010

GENDANG DIPALU GELANGGANG DIBUKA

Anda ingin menaikkan taraf ke 9M?


Sila isi borang dan hantar segera ke MCMC,tarikh tutup adalah 5hb Febuari 2010,aisey apa pasal cepat sangat ni Mcmc letak tarikh tutup...!!! awal sangat ni?sempat ke rakan-rakan ham yang jauh hantar borang ni,zaman canggih ni sepatutnya Mcmc jauh ke hadapan berbanding dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain,jika kemasukan ke sekolah berasarama penuhboleh isi secara on line kenapa tidak mcmc memperkenalkan sistem ini,para peserta dikehendaki bankin dan sahkan transaksi dengan fax slip/penyata ke mcmc,saya pernah buat sebegini masa permohonan tukar callsign daripada Mcmc Penang.


Dari tahun ke tahun ujian cw sudah mendapat tempat dikalangan ham di negara ini,tahun lepas sahaja menyaksikan jumlah kelulusan yang paling tinggi sejak ujian ini diadakan.Sudah sampai masanya wira-wira dan wirawati menyahut cabaran ujian cw kali ini .Pada mereka yang kecundang pada sessi ujian tahun lepas inilah masanya untuk anda menebus kembali.



Mari lah kita ikuti siapakah bakal bergelar 9M termuda,siapakah bakal 9M tertua,Negeri mana kah
terbanyak akan bergelar 9M dan adakah xyl atau yl akan mengambil bahagian kali ini atau sepasang suami isteri akan ambil ujian kali ini kita tunggu,masa masih ada untuk anda semua.



Persiapan ujian ini  tinggal 2 bulan sahaja,jangan stress dengan berita ini penuhi masa terluang anda untuk memantapkan cw anda dan jangan lupa segmen ketuk mengetuk ingat laju bukanlah keutamaan yang penting penghantaran yang kemas tanpa membuat kesilapan/pembetulan yang banyak.


Kali ini saya berharap biarlah keputasan yang memberasangkan untuk semua perserta dan harapan
kali ini juga tidak ada lagi  "rumah siap pahat berbunyi" dan seperti biasa lintas langsung tetap diadakan
khusus untuk anda pelawat setia blog ini. 73

Saturday, December 19, 2009

KEDAULATAN MESTI DIJAGA ,KERIANGAN PASTI PELIHARA.

TORA TORA TORA sebutan yang gerun didengar,maksudnya serang..serang..serang itulah sebutan bahasa negara matahari terbit yang kalah di dalam perperangan dunia kedua namun pada hari ini negara ini jauh membangun dalam dunia yang serba canggih jika dilihat pencapaiannya ia boleh diangkat sebagai juara/menang dalam mereka bentuk pelbagai barangan keperluan pengguna seharian,nyatakan apa sahaja yang ada didalam rumah atau pun kenderaan,jika anda seorang ham radio rig adalah salah satu barangan yang boleh yang boleh dijadikan contoh mudah disekeliling anda.


 Pencapaian dalam pembangunan alatan elektrik,elektronik serta dalam pembuatan barang hobi kita seperti tranceiver tidak boleh dinafikan oleh negara saingannya seperti US,German dan seumpamanya .Boleh dikatakan kebanyakan transceiver ini diimport daripada negara matahari terbit,anda boleh mendapatkannya melalui selatan negara kita.Agak sukar untuk diperolehi di dalam negara ini, jika ada pun harganya boleh menjangkau empat atau lima kali ganda daripada harga asal walaupun tidak masuk akal harga nilainya.



Alatan ini cukup istimewa dan pengendalinya atau empunya alatan mesti mempunyai lesen yang khas khusus mereka (Amatur radio berlesen),barulah beliau boleh miliki dan mengendalikanya."Mengendali dan Memiliki"dua kata kerja yang sering disalah ertikan,ada yang berpendapatan memiliki tak salah cuma mengendalikan adalah salah...hehehehe..dua-dua perlu ada lesen...tak ada radio/rig ada lesen dah boleh operate eemmm... ini baru mengadali bukan boleh memiliki lagi.isshh....peninglah dok cerita itu boleh ini tak boleh senang cerita takda lesen apa pun tak boleh,untuk yang berlesen pula pihak berkuasa menwajibkan setiap alatan ini mesti melalui piawaian pihak SIRIM dan untuk menbawak masuk alatan ini pulak pemilik diwajibkan memohon kelulusan permit atau senang disebut AP.



Cerita pasal AP dan Sirim dua jabatan kerajaan ini, memang membuatkan hati saya tak tenteram,sambil dok fikir pasal diri sendiri tetiba dapat satu panggilan daripada rakan ham dekat utara sempadan,beliau tanya ada special casing ke untuk transfer IC-718 punya part masuk dalam kotak kayu ke apa ker hehehe.....sebab mungkin hombrew rig statusnya tak perlu kelulusan sirim.



Hari ini aktiviti banyak tertumpu pada carian porter google cari pasal cerita AP dan Sirim,Wow!!! tak disangka banyak link yang berkaitan dengannya,salah satu posting yang menarik hati saya ialah cerita pasal Pak Syed (9W2BCB),pengalaman beliau cara ia mohon AP dan Sirim,kalau saya berada ditempat beliau mungkin @@#^*&^%^&$%^ terjemahlah apa yang nak anda terjemahkan kod-kod tu.Memang dah jadi lagu bangau oh bangau.........sana suruh pergi sini pula kata pergi sana........Aiseyman..........apa ni adakah biokrasi atau pengawai tidak faham apa kerja yang sepatut dia buat yang diamanahkan,apa pun kita tinggal seketika blogs pak syed tu ,salah satu blogs yang saya terbaca satu posting daripada blog 9W2AFR iaitu bertarikh 26 April 2008 yang mana "Taklimat Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung Radio Amatur" telah jelas dinyatakan bahawa kepentingan AP dan logo kelulusan Sirim, pihak SKMM akan mula memperketatkan dan akan melaksanakan secepat mungkin akta yang sedia ada,malahan selain dari AA SKMM akan membuat memeriksa radas untuk memastikan radas radio amatur adalah radas yang diperakui oleh SIRIM. Ini adalah apa yang dinyatakan oleh orang kuat SKMM iaitu Encik Mazlan bin Othman selaku Pengarah Bahagian Penguatkuasaan di ibupejabat SKMM Cyberjaya.



Pada ketika itu,seperkara lagi ketika saya menaip posting ini baru saya tahu bahawa Sirim melalui Sirim QAS International Sdn Bhd mempunyai kepakaran untuk menguji hal yang berkaitan"jangan salahkan saya ..sebab dari mula saya dah cakap saya jahil dalam hal ini,tapi bila rajin mencari saya jumpa apa yang saya tak tahu.....,apa pun sila baca posting oleh Pak Syed yang sabar membendung kemarahan tahap Ultraman tinggal tak fire aja lagi....Saya juga tertarik dan terfikir seperti mana yang dinyatakan oleh Pak Syed :



Pertama:  Sirim nak test set transceiver,sebut test mesti melibatkan TX jadi ada ke sesiapa staff yang punyai lesen kelas A,saja taruh lesen A sebab paling tarak pun mau staff yang punyai lesen A,dihalalkan kah depa buat ujian dengan melanggari akta komunikasi ? Saya tak tahulah kot-kot ada staff engineer yang ada lesen free oleh SKMM.Bila test tentunya semua ujian mode dilakukan,jika tak bagaimana nak pastikan mode-mode RTTY,AM,FM,SSB,CW tak menyebabkan gangguan...eeeemmm......hehehehehe....TX high power set kaput siapa yang perlu bertanggungjawab? Apa kata kita pakat ramai-ramai turun Sirim(lawatan sambil belajar)tengok bagaimana ujian dilakukan.

Yang kedua:  Adakah depa punyai multiband antenna nak pi ujian TX semua frekuensi,mestilah  nak test        semua all band HF,VHF dan UHF baru boleh confirm set ni selamat tidak ada  menggangu.

Cakap pasal AP orang awam yang cetek pandangannya mula melihat kewujudan ham radio sebagai pencetus porak peranda memperguna pakai benda-benda yang haram,samalah pandangan sesetengah pihak bila kita pegang set handy nanti cakap kita ni tonto,atau "bang radio ni boleh dengar polis tak ??"
Lihat saja di mana berlakunya kemalangan budak-budak tow trak sibuk berhubung antara satu sama lain dengan set handy yang setengahnya saya syak ia adalah set yang sama dipergunakan oleh radio amatur,bagaimana dengan set milik guru-guru (KOKO)yang berkomunikasi diluar band frekuensi amatur yang diperuntukan pada kementerian pelajaran bahagian kokukrikulum tetapi memiliki set radio amatur,kelab-kelab yang dikata pra amatur tetapi memiliki set yang sama dipakai oleh rakan ham atau pun persatuan pemancar sedia ada yang sah berdaftar apakah termaktub dalam senarai yang dibolehkan sedangkan frekuensi yang dibenarkan hanya bersifat tunggal yaitu single channel sahaja,kemelut sebegini perlu ada penghujungnya,sekiranya benar SKMM melakukan pemeriksaan ke atas semua radas hak milik rakan amatur yang sah.Saya percaya jawapannya pasti mengecewakan,walaupun tindakan tegas SKMM dan SIRIM untuk memerangi perkara ini saya tetap menberikan pujian walau pujian ini berkemungkinan akan memakan diri saya sendiri dan juga peminat ham keseluruhan satu hari nanti, setidaknya apa yang dilakukan adalah langkah permulaan dan menyedarkan semua pihak namun sebagai insan biasa saya amat berharap ada pihak yang memperjuangkan untuk kepentingan bersama.



Saya akui semua ahli radio amatur yang sah tidak berani untuk menyeludup apatah lagi membuat jenayah yang lain kebanyakan semua patuh etika dan berhemah,sebagai manusia biasa tidak nafikan ada juga antara rakan yang melanggar peraturan tersebut sama ada sedar atau pun tidak.Ham radio dan pengedalian sebut saja di mana diperlukan bantuan,banjir,tsunami,operasi mencari dan menyelamat insyaallah atas dasar semangat dan kelebihan yang ada warga radio ini sedia berkhidmat tanpa memohon sebarang bayaran atau pun ingatan.sedangkan pendatang tanpa izin diberikan hak keistimewaan dan diiktiraf status kewarganegaraannya,maka saya berserta rakan lain juga mengharap pihak SKMM berlaku adil atas apa yang telah dimiliki selagi ianya adalah yang tersenarai dalam alatan yang disahkan diberikan status perlepasan bersyarat Syaratnya mestilah bersifat menang-menang.Janganlah satu hari nanti pihak SKMM membuat satu lagi kejutan lagi selepas semua SWL apabila selesai ujian RAE, SKMM dengan pihak SIRIM on the spot mengempur lokasi dan yang berlesen serta swl didakwa memiliki alatan yang tidak mempunyai piawaian.



Pada semua persatuan masa ini kita semua bersatu hati janganlah membawa idologi yang menghalang satu lagi tidakan tegas pihak berwajib bawalah berbincang semua tok-tok ketua persatuan bagi mewujudkan ikatan yang kuat untuk semua ahli dan satu rundingan dengan pihak berkuasa perlu diadakan carilah jalan untuk kebaikan semua pihak.


Untuk kepentingan bersama mohon bersepakat mansuhkan AP,permudahkan proses mendapatkan cop Sirim, mohon supaya diadakan lesen kelas C,memansuhkan yuran proses lesen jika perlu,menubuhkan koperasi khas gabungan semua ahli radio amatur tak kira apa pun persatuan,koperasi ini bertindak menjual alatan yang mempunyai piawaian. Bersepakat mengadakan aktiviti tahunan bersama seperti "Ham Festival dan seumpamanya"semua yang dilakukan untuk kemajuan dan kepentingan bersama. Kepada pihak berkuasa harap kemaskinikan senarai peralatan yang dibolehkan penggunaannya,jelaskan status nasib rig-rig terdahulu sebelum tersenarainya rig yang diperakui.nyatakan prosidur lengkap permohonan AP sehingga mendapatkan kelulusan Sirim,supaya tidak lagi terdengar keluhan rakan rakan sambil berjalan menyanyikan lagu bangau oh bangau...............




CATITAN :Apa yang dicatatkan di atas hanya luahan penulis,apa pun yang disuarakan hanya sekadar  buah pandangan tidak perlu diterima pakai,sekadar untuk renungan bersama.