Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, July 24, 2010

MENGIDAMLAH...


Setiap ham yang belum memiliki sesebuah radio atau rig tentunya sudah memasang niat untuk mempunyai set idaman sama ada allband all mood transceiver atau pun sekadar hanya memadai sebuah handy.Bagi yang mempunyai budget kecil kini banyak pilihan boleh dibuat lambakan set-set handy ini sedikit sebanyak memberikan tempias kepada jenama-jenama terkenal seperti icom,kenwood,motorola dan sebagainya.

Antara jenama-jenama set-set yang mencuri perhtian saya ialah Sender,Spender,Wer Wei,Pauxing dan beberapa jenama yang lain Sebagai pembeli kita perlu bijak memilih sama ada untuk membeli set yang original ataupun yang celup....heheeehheee ertinya bukan daripada pengeluar yang asal,made in japan bukannya made in XXXX,suatu ketika dahulu saya pernah memilki set handy buatan Thailand tak sampai pun setahun set tersebut dah meragam,apa boleh buat barang murah tentunya kurang berkualiti.

Jika dilihat daripada harganya tentu sekali macam tak percaya,saya beli set tersebut dengan harga serendah Rm240 agak berbaloikan? tapi lama kelamaannya ianya sudah meragam.Sebagai orang yang baru berkecimpung dengan hobi ini saya sarankan supaya anda mendapatkan buah fikiran daripada rakan-rakan ham yang lama,jika anda mempunyai budget yang kecil sabarlah untuk seketika bagi melengkapkan tabungan supaya apa yang anda laburkan untuk sesuatu pembelian itu berakhir dengan kepuasan dan bukannya dengan keluhan,saya percaya ramai di antara kita agak kalut/gopoh untuk memiliki sesebuah rig,Sebuah handy yang sempurna mestilah dilengkapi dengan eksesorinya iaitu tidak lain tidak bukan ptt mic kata rakan wayar sotong errr...tang mana sotongnya ntah???,teleskopic antenna dan juga external power supply,bekalan kuasa luar amat diperlukan terutamanya bagi menyokong komunikasi yang berpanjangan terutama apabila mengendalikan net atau anda berada di dalam hutan dan jauh daripada punca bekalan kuasa.

Oh ya...usah dipandang remeh kepada ham yang mempergunakan set dengan budget yang kecil contohnya set-set handy buatan China,Thailand dan sebagainya daripada pemantauan ada di antara set ini mempunyai kelebihan dan nilainya yang tersendiri,jangka hayat sesebuah rig terletak kepada tuan punya diri,jika dijaga rapi tentu sekali ianya akan kekal lama.Pada yang budget kecil mungkin memadai membeli set terpakai,kalau
ada modal besar lain kali boleh sambar yang lain,buat permulaan memadai gunakan yang dah terpakai tetapi make sure bolehdigunakan...eemmm..berbaloi juga....

Sejak akhir-akhir ini ramai rakan-rakan ham tertarik dengan kemolekan Yeasu FT817,allband all mood transceiver yang kecil boleh dibawa kemana sahaja memang menjadi idaman kalbu,harganya yang agak tinggi melebihi harga sebuah rig icom 718 memang tak masuk akal,apa taknya set tu Chinoni...kata seorang kawan rig Yeasu tu kecil sahaja,apa pun kecil-kecil ianya kecil cili padi,tergolong dalam set-set QRP ianya amat digilai ramai ham serata alam,kuasa pancaran setinggi 5w memang memadai bagi mereka yang sentiasa melakukan aktiviti luar,berbasikal,mendaki,explorer dan berbagai aktiviti yang lain,persoalannya apakah
untungnya jika anda memiliki adik kepada yeasu TF857 dan yeasu FT897?

Apa pun sebagai pengguna anda harus bijak membuat pilihan,adakah berbaloi untuk anda memancar dengan kuasa pancaran 5w,kalau anda tidak memiliki spirit sebagai QRP rasanya mungkin nanti anda akan menyesal,bagi mereka yang sudah punyai HF all mood rig tidak mengapa,bila-bila masa sahaja mereka boleh beroperasi dengan radio yang lagi satu untuk QRO power,kemantapan dalam sesuatu QSO di HF bergantung kepada propagasi dan setup yang kemas seperti tower,linear dan sebagainya,namun tak semua yang mampu memiliki apa yang dimiliki oleh mereka yang lain.QRP dalam voice mood agak menyulitkan terutamanya apabila band agak kurang mendukung,fading signal dan QRM ternyata adalah cabaran buat anda akan tetapi masih banyak mood-mood komunikasi yang bersesuaian yang boleh dipergunakan antaranya ialah PSK dan CW,bagi sesetengah ham seboleh-bolehnya mereka akan cuba untuk mendpatkan stesen contact dengan mempergunakankan set yang kuasanya paling minima contoh 1/4 watt atau sebolehnya kurang lagi dari itu untuk melakukan perhubungan yang teramat jauh.Kepuasan diperolehi apabila panggilan mereka terjawab oleh stesen yang juga bekerja dengan QRP juga...cuba mainkan beberapa video di youtube dan lihat sendiri beberapa set-set homebrew yang ternyata setanding dengan rig sedia ada.

Ada duit semua boleh jadi,nak hf rig dapat nak vhf rig dapat,apa sahaja pilihan anda itu hak anda,jika kurang daripada kaca mata rakan ianya adalah pelengkap koleksi peribadi anda,jadi kesimpulannya QRP ke apa set ke janji ianya membawa manfaat kepada anda,selagi anda beli dan mempergunakan ianya adalah berbaloi jika tak iannya hanya sekadar bahan pameran.

Sunday, June 6, 2010

"SEMACAM TAK PERCAYA"!!!

Dalam sibuk dalam merancanakan REUNION untuk ke sekian kalinya rakan-rakan sepersekolahan sessi 1986-1990,tetiba saya dikejutkan dengan sms daripada seseorang yang sungguh tak dijangka,sms berbunyi 9M2MGL de 9W2??? hang tak ingat aku lagi ka? fikir punya fikir rasanya tak guna nak balas sms lebih baik call terus,perrggghhhhh memang terkejut beruk rupanya classmate saya XYL kepada 9W2STK iaitu 9W2ZTK puan Zalifah Nur hahahahaha...hampeh sungguh,beliau ni masa zaman persekolahan ialah ketua kelas dan saya selaku ekkkksisten beliau wahhhh...wahhh...selama hampir 20 tahun menghilang diri rupa-rupanya ada "kat leghong" sini ja...kata orang utara..eemmm

2 hari lepas alhamdulillah saya sempat bertemu beliau bersama suami tercinta di Sha Sha Conner Permatang Tok Mahat eeemmm...berpuluh tahun tak jejak kedai tu..Jumaat lepas memang terlakar dalam sejarah jumpa beliau wajah masih tak berubah mungkin berisi sikit kot...yalah lama benar tak berjumpa kali terakhir berjumpa ialah pada November 1990 bayangkanlah berapa punya lama,melalui beliau saya mendapat tahu bahawa,rakan sekelas kami Sakinah adalah adik ipar beliau hahahahaha....lucu bila difikirkan....apa pun semua itu ialah jodoh daripada yang maha esa.

Saya juga dapat tahu bahawa seorang rakan senior kami..yang tinggal di Bandar Baharu errrr.. saya tak ingat namanya juga merupakan pemegang lesen radio amatur callsignnya..errr.. tak ingat juga hehehehe..ingatkan xstudent panglima saya sorang rupa-rupanya 2 orang setakat ini yang saya tahu...

Kak Pah a.k.a(Along) hang dengan husband memang sempoi habis...hehehe..tinggal 2 orang lagi yang saya belum berjumpa Rafiza a.k.a(Acu) dan Suhaini a.k.a(Angah)kalau ada jodoh bulan Julai ni insyaallah saya akan pertemukan rakan-rakan SPBG yang lama tidak ketemu. 


Leghong bermaksud sekitar kawasan sini.

Sunday, May 30, 2010

BE NEGATIF THINK POSITIF ? OR BE POSITIF THINK NEGATIF ?

Salam untuk semua, sejak dua menjak buka tv saja cerita gula takda datang lagi , punca nya pekedai sorok untuk nak naikkan harga dan tak lama lagi musim perayaan tiba maka melambung tinggilah harganya,apa nak buat dah jadi keperluan utama seharian kurang manis tambah gula,kencing manis dah terlebih gula.,lebih bermakna ia amat diperlukan,tetambah nak buat kuih raya,kita lupakan perkara tulah....ni sehari dua ni dengar khabarnya ada berlaku pertindihan callsign AA tercatat 9W2RF hak milik Raymond Fransecco yang masih sah sehingga 2011 tapi lain pula ceritanya apabila disemak di QRZ.com tercatat nama Mohd Affendi bin Mohamed,alamat 98 Lorong Tengah.Kampong Pinang, Kamunting.Taiping,saya tidak pasti samada SKMM telah memberi 9W2RF kepada dua orang??? hehehhe satu bini 2 laki kata bahasa mudah nak faham,itu bab AA bagaimana pula dengan proses pertukaran callsign mereka yang dah upgrade ke 9M,peroses penghantaran QSL kad daripada rakan ham luar negara perlu diambil kira,jika pihak SKMM tak freeze callsign lama atau callsign terdahulu besar kemungkinan kad itu diterima oleh rakan ham yang mengambil callsign tersebut,peroses QSL kad kadang-kala agak lewat apabila melalui biro,tak hairanlah jika ada ham yang menerimanya setelah 2 tahun berlalu.Perkara ini telah dibahaskan oleh sahabat saya 9M2RZL dalam postingnya yang lepas ada kebenaran.



Logiknya mana-mana pemilik yang meninggal dunia dalam masa terdekat atau naik taraf freezekan callsign itu sehingga satu tempoh yang munasabah,ni kira macam tunggu masa habis edah..hehehehe...kalau yang belum kawin tanya-tanya apa erti lepas edah tu. Jiran tetangga kita telah memberikan lampu hijau untuk YD dan sewaktu dengannya untuk beropersi di phone mode di 40m,saya tak membuat perincian hal ini,tapi sehingga saat ini saya tak bertemu mana-mana setesen sewaktu dengannya di 40m band kecuali pada mode cw tak tahulah kot-kot saya masuk mereka keluar dan saya keluar mereka masuk..sebelum ini memang YD diberikan kebenaran untuk mempergunakan band 40m tetapi hanya mempergunakan mode cw sahaja,langkah yang sama telah diambil oleh pihak SKMM untuk berbuat sedemikian,draf berkenaan  telah diadakan,pihak SKMM juga memohon orang ramai memberikan maklum balas kepada mereka,eeemmm.......Pro dan Kontranya masing-masing mungkin dah tahu,tak guna nak panjang lebar.Katakanlah ramai 9M yang tak bersetuju 80% ,nisbah 9W yang memberikan maklumbalas yang positif untuk 40m dipergunakan oleh mereka melebihi daripada 9M terang-terangan magoriti berpihak kepada 9W. Seandainya dah rezeki untuk 9W, SKMM perlu melihat jenerasi pra ham dan SWL daripada dok melanun sana sini apa kata perkenalkan lesen kelas Novice kelas C sepertimana yang dicanang oleh 9M2AU dan sahabat-sahabatnya suatu ketika dulu dalam Majalah3 ,setidak-tidaknya ia menjana hasil kepada SKMM di samping meberikan keselesaan kepada semua pihak,hadkan frekuensi tertentu.Ini adalah satu perencanaan daripada ham terdahulu namun masih diletak ditepi oleh pihak SKMM


.Oh ya!..secara peribadi saya melihat 40m bukan band yang sentiasa ok QRM sering tinggi cuma ada masa-masanya sahaja sesuatu QSO boleh berpanjangan..disebalik splatter sehingga 2kc-5kc serta band skip memang menguji kesabaran seseorang,bila sebut 40m yang pernah lihat atau  berkesempatan mengendalikan setesen jota akan memahaminya bezanya 6m,10m dan 40m,walaupun sering dianggap local freq untuk ham Malaysia untuk berhubung di serata tanahair hanya jauhari yang mengenal manikam, Apakah kemungkinan mode selain daripada phone perlu digunakan? RTTY,PSK,CW? dan lain-lain mana satu pilihan yang paling mudah dan murah.Berapa kerat 9W yang ada set hf??? tak tahulah jika selepas ini,apa mungkin jika band ini dibuka maka 9W akan lebih ramai didengari di 40m? Namun mengharapkan sesuatu tidak salah, Tetapi Jika Berusaha Untuk Mendapatkan Sesuatu Akan Lebih Bermakna Lagi.Hilangnya previlage ke atas band ini mungkin agak mengecewakan sebahagian 9M yang melihat semacam tak adil rasanya,lesen setahun bayar Rm36.00 itulah indahnya bila bergelar 9M heheehehehe...besar kemungkinan peratusan yang akan menduduki ujian akan jatuh merudum eeeemmm....adakah cw akan mendapat sambutan lagi ? kita tunggu dan lihatlah nanti ,ada sesetengah pihak berpendapat alang-alang SKMM membuka 40m buka terus aja 80m.Apa pun cabaran tetap ada bagi pendatang baru bereksperimen dengan antenna dan risiko menjana harmonic ke talian telefon rumah jiran hehehehe...jangan pandang remeh ATU membantu memberikan bacaan cantik tidak bermaksud anda selamat,tanya-tanya jiran sebelah ada ke tidak suara-suara aneh muncul di set Hi Fi,telefon dan di tv jika ada pandai-pandailah cari jalan untuk kebahagian bersama.


Untuk 40m sekarang sudah ada 2 frekuensi yang sering dipergunakan oleh ham Malaysia 7.043mhz dan 7.130mhz apakah akan ada lain frekuensi yang bakal dibuka oleh pendatang baru kalau jadilahhhh....wow atas bawah band ada ham dari Malaysia silap-silap kat USB pun ada ham...hehehehe...rasionalnya kita perlu 2 frekuensi apabila salah satu tidak mendokong maka ham akan berpindah ke sana,apa yang saya perhatikan sejak kebelakangan ini 7.043mhz sepi ditinggalkan manakala 7.130mhz semakin mendapat sambutan.Ham yang sering mempergunakan freq tersebut sepi tanpa berita agaknya mungkin berkecil hati kot.Saya sendiri kerap kesitu memanggil rakan-rakan namun tiada respon baik di phone ataupun CW"sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi"hehehehe...Kita diajar untuk tidak tunning di atas frekuensi yang sedang
berlangsungnya QSO,samalah membuat tunning antenna ke atas frekuensi repeater berapa ramai yang menyedari hal ini? tak bolehkah melakukan tunning atas band??? bagaimanakah caranya?OOooooolaaakkkkkk ...OOOooolaaaaakkkkkkk...........Tiuuttttttttttt..Tiuuuttttttttttt key ditekan
tunning atas band??? bagaimanakah caranya?

Tombol ATU dipusing-pusing bagi mendapatkan bacaan swr terendah...eeemm..tanpa memikirkan menenggelamkan bicara rakan yang sedang QSO.Ini bukanlah perkara baru tetapi bagi yang belum cekap mengendalikan hal sebegini perlu ada bantuan daripada rakan.Andai benar 9W diberikan kelayakan tersebut maka yang berhajat untuk mendalami CW bolehlah belajar secara langsung di sana,eeeemmm...itu pun kalau masih ada lagi semangat nak memahirkan diri.

Saya mohon 73 dahulu,hujan Q3,QRX langsung QRT,saya portable di base station,mobile dalam feri.hemmm betui ke ni. tidak apa nanti kita papa tengo tengo delta india kilo mike.....