Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, December 6, 2013

Lintas Langsung Dari Perak

Asal paku dibuat pisau
Pisau tajam memotong bawang
Sudah bersatu hati tak risau
Risau dibuang gembira mengundang

Asal melaka merantau ke kuala
Datuk panglima bentara di raja
Junjung kasih pengantinlah meka
Degup jantung tidak terkata

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dgn limpah kurnianya pada hari ini adik dan juga sahabat saya Muhammad Aimil Abdul Rahim aka 9M2AUR Harmonic kepada sahabat saya 9M2ARR dengan sekali lafaz sudah bergelar seorang suami,dalam diam-diam menyemai cinta dan kasih hingga terbinanya mahligai cinta yg terpateri...apa pun jutaan kemaafan dipinta kerana tidak dapat turut bersama menyaksikan majlis yang cukup bersejarah ni.

Daim-diam ikan di kali
Jangan sangka tiada beranak berpinak
Hajat tuan sudah dipateri
Moga kekal beranak pinak

Semoga jodoh anda kekal sampai ke jannah Aamin...yarabill allamin..

Friday, November 22, 2013

Selamat Pengantin Baru

Tarikh keramat bakal tidak akan dilupakan buat Namie aka 9w2gsg petang semalam 22hb November 2013 telah selamat menukarkan status dirinya kepada encik suami,saya mengambil kesempatan ini ingin memgucapkan selamat pengantin baru moga bahagia sampai ke syurga aamin...
Pssssstt harap tahun depan dapat tukar callsign lah pula naaaaa... ;)