Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, November 27, 2009

Sin-Cos-Tangent (Trigonometry)


Keluasan yang diperlukan untuk menempatkan atau membentangkan sebuah antenna dipole untuk
40m band adalah sekitar 66kaki,namun tak semua antara kita yang mampu memiliki kawasan seluas itu
pilihan lain adalah dengan menggunakan linear loaded antenna ataupun trap coil antenna namun seperti mana
yang kita sedia maklum antenna yang saya sebutkan tadi performancenya agak sedikit kebelakang jika dibandingkan
dengan antenna 1/2wave seumpamanya.
Tindakan lain yang wajar adalah membangunkan antenna yang sama tetapi diletakan dalam kedudukan agak sedikit
menegak biasanya pada keadaan ini antenna ini digelarkan sebagai inverted Vee atau lazy dipole dan sebagainya.

Daripada segi teori inverted Vee secara praktiknya punyai bukaan sudut sekitar 90 degree sehingga 120 degree
logiknya apabila antenna diletakan dalam dalam bukaan sudut semakin kecil >120 degree sehingga 90 degree
dan ketinggian tiang dinaikkan kita telah melakukan penjimatan kawasan,ingat semakin rendah bukaan sudut antenna
dan semakin tinggi tiang bukaan akan mempengaruhi bentangan kawasan antenna.

Bagi menyokong kerja-kerja ini anda boleh mengguna pakai formula "Trigonometry"
katakan bentangan antenna digambarkan seperti berikut:ketinggian tiang adalah=30kaki

inverted Vee luas bukaan sudut 120 degree
Sin 30 degree=Opposite/( bahagi) Hypotenuse=X/33 ft
X/33ft=Sin 30/1(gunakan kaedah cross multiplication)
1x=Sin 30 x 33ft
=0.5 x 33ft
jadi X bersamaan=16.5ft
Secara teori 30kaki-16.5ft
Ketinggian tiap radiating element ialah=13.5ft

Cos 30 degree=Adjacent/(bahagi)Hypotenuse=Y/33ft
Y/33=Cos 30/1
Y=30 x 33ft
=0.866 x 33ft
=28.578ft
Secara teori 2 bentangan antenna ialah 28.578ft x 2=57.156ft
pada keadaan asal untuk bentangan kawasan ialah 66ft
jadi dengan ketinggian 30ft kita telah jimatkan sehingga 9ft.


Penggunaan pengiraan "Trigonometry"juga dapat membantu anda untuk memaksimakan penggunaan
kawasan yang anda termampu,ia juga boleh menggelakkan daripada anda memasuki kawasan jiran tetangga anda.

Tolong semakan kiraan saya,maklumlah dah lama tak praktikan formula ni.


No comments: