LOCAL TIME GMT +8
Saturday, May 3, 2008
BERAPA LUAS KAWASAN YANG PERLU SAYA ADA UNTUK SETUP ANTENNA 10-40M BAND
Bagi menjawab pertanyaan swal Zahiruddin,saya terpaksa panjangkan dicatatan seterusnya kalau dijawab di shutbox rasanya agak panjang juga.
Apa pun full length antenna adalah yang terbaik namun sebagaimana kita sedia maklum ramai yang tak punyai keluasan tanah yang mencukupi untuk memuatkan antenna/setup yang ideal.Terdapat beberapa option yang lain seperti menggunakan vertical antenna seperti CP6,Gap Titan,Dimond Hygain DX-88 antenna seperti ini totaly menyelesaikan masalah anda berhubung ketiadaan keluasan tempat bagi ekplorasi dunia hf sekitar band 10m sehingga 80m.
Antenna yang gah ini hanya boleh dimiliki oleh mereka yang berkemampuan sahaja,lihat saja pada harganya serendah atau sama nilai sebuah rig berjenama terkemuka sehinggalah semahal lebih daripada hf tranceiver ic 718 milik saya.
Untuk setup paling mudah dan ringkas dipole adalah antenna yang mampu dimiliki oleh semua lapisan ham,namun sedikit masalah ialah untuk menempatkannya sahaja,jika kita lihat pada setup antenna dipole untuk 7.050Mhz(40m)masih memerlukan keluasan kawasan sekitar 66.38kaki lebih kurang 33.19kaki/element.Bagi yang tak punyai keluasan kawasan masih boleh bekerja dengan syarat memasang trap coil pada setiap element antenna untuk memendekkan panjang antenna tersebut.
Penggunaan antenna inverted Vee adalah salah satu cara untuk mempergunakan kawasan yang terhad,panjang antenna kurang 4% dan juga keletakan dalam keadaan hampir vertical miring 45degree sehingga 60degree pada setiap element menjadikan bukaan sudut 90-120degree adalah pilihan yang tepat jika dibandingkan dengan pemasangan dipole dikawasan yang agak terhad,keluasan yang digunakan untuk menempatkan inverted Vee dianggarkan lebih kurang 40kaki sahaja dan ketinggian tiang atau pole dalam anggaran 30-40kaki,jika dengan kaedah ini juga anda masih buntu,jangan kecewa masih ada alternatif lain untuk anda shortened dipole,rotary dipole dan magnetic loop antenna masih memenuhi impian anda namun apa pun hanya Rm yang menjadi persoalan mampu atau tidak.
Rotary dipole atau nama jolokannya mono band yagi adalah antenna dipole yang panjangnya hampir menyamai panjang 1/4lamda asal,iaitu 8kaki untuk 14mhz dan 18kaki-30kaki untuk 7mhz,polar radiation dipole menghala depan dan belakang adalah sedikit kelebihan padanya untuk dihala kemana arah pancaran atau penerimaan yang dikehendaki dengan penggunaan rotator atau armstrong hi hi,kebiasannya antena ini seringkali dimuatkan bersama antenna mono band yang lain seperti 20m,15m finishing homebrew antenna ini boleh dilihat di sini asalnya 3 element 1 elementnya telah ditanggalkan mungkin untuk kerja-kerja pembaikkan.
Untuk mengira panjang antenna dipole dan antenna Vee klik sini
Untuk Dxing antenna yagi memberikan satu kelebihan berbanding dengan antenna yang lain,dengannya kita dapat mengarah ke arah stesen yang kita kehendaki arahan yang tepat pickup signal yang lebih besar,penggunaan preamp juga banyak membantu untuk penerimaan yang lebih baik kebiasaannya saya akan memberikan report 53 untuk stesen yang saya terpaksa menggunakan preamp.
Saya terjumpa satu website daripada negara tetangga klik untuk lihat beberapa peralatan antenna rotary dipole dan lain-lain.
Rotativa dipolo ah ha...pelik aja bunyi dia kan? itulah pencarian saya dalam internet dalam mempergunakan word/kata nama dalam bahasa inggeris nampak gayanya dah over limit,saya cuba dengan memahami beberapa perkataan seperti antenna bobina,antenas,rotativa dipolo,dipolo antenas....emm tak semua homebrew antenna dicatatkan dalam bahasa inggeris pengetahuan dalam bahasa lain sedikit sebanyak membantu untuk membongkar web-web antenna yang masih belum ditemui oleh rakan-rakan ham....nampaknya hobi ini semakin mendedahkan saya kepada pengetahuan bahasa-bahasa asing....lihat link ini untuk suatu lagi projek antenna yang menarik sayangnya bahasanya sukar difahami,apa pun lakaran atau gambaran yang terpapar masih boleh difahami oleh kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sdr. Azman, cuba gunakan kemudahan terjemahan laman web seperti di http://www.google.com/translate_t
untuk terjemah dari Spanish ke English... ;) Sekurang-kurangnya sebahagian besar dari misteri tersebut dapat diatasi. All The Best!
ok kak yong terima kasih atas info tu
Post a Comment