LOCAL TIME GMT +8
Tuesday, May 6, 2008
Ragchew on DXing?
Perhubungan yang berlangsung di band hf ada ketikanya melalui saat yang menggembirakan dan ada tikanya diulit sedikit kekecewaan,saat yang menggembirakan apabila band membuka untuk suatu tempoh yang lama namun apakah bentuk QSO yang perlu dilakukan adakah ragchew atau sekadar bertukar report?.
Bagi sesetengah rakan yang melakukan panggilan CQ buat pertama kalinya masih teragak-agak apa yang harus dilakukan apabila panggilan CQnya telah dijawab.
One World One Language bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar sewaktu berkomunikasi di hf sewaktu DXing,eemm...jangan risau jika anda kurang fasih berbahasa Inggeris itu bukan satu halangan buat anda,jika anda selalu memantal di hf pasti akan anda terjumpa stesen ham yang bahasa inggerisnya 2x5 dengan anda atau lebih teruk daripada anda.
1.Sekiranya kondisi band begitu bagus panggilan anda akan dijawab oleh ramai ham,janganlah adakan ragchew QSO ketika itu dan membelakangkan stesen yang menunggu giliran,apa yang terbaik ialah pergunakan masa tersebut untuk bertukar report sahaja,jika anda pickup panggilan dalam beberapa panggilan dan menjalankannya sebagai ragchew anda akan kehilangan beberapa stesen yang lain,ingat maklumkan nama yang ringkas,QTH,report,QSL information ckup sekadar i'm ok in QRZ.com jangan lupa untuk dapatkan report anda daripada mereka.
2.Sekiranya kondisi band bagus "saat baru membuka"dan panggilan anda cuma dijawab oleh satu stesen tiada kedengaran stesen yang lain, anda pergunakan peluang ini untuk ragchew paling penting maklumkan nama,QTH,QSL info dan beberapa info yang lain seperti setup di dalam room shack, antenna dan ketinggiannya,power dan rig detail QTH boleh juga ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang anda jika anda mahu,profession anda dan lain-lain.
3.Ketika QSO berlangsung anda mesti peka jika kedengaran stesen lain yang cuba joint QSO anda atau memanggil anda,pendekkan QSO dan berikan kesempatan kepada stesen lain untuk QSO dengan anda,perkara sebegini kerap terjadi apabila signal anda berada dalam skip zone mereka dan signal rakan yang anda sedang QSO tidak didengari oleh mereka.
Pergunakan peluang yang ada untuk pickup stesen tersebut,kita harus bijak menggunakan masa atau kodisi band yang menyokong untuk sesuatu qSO berlangsung.
4.Ada masa tikanya pileup sekadar report sahaja contoh "your're 59 QSL?
stesen yang bekerja dengan anda juga akan maklumkan report sahaja,ini adalah kerana dalam kondisi pileup kebanyakkan ham sudah mengerti/QSL QSL info anda akan dirujuk kepada QRZ.com oleh yang demikian anda harus register nama anda di QRZ.
5.QSO dengan stesen local bolehlah secara ragchew,di 40m ragchew berlangsung adakalanya lebih daripada satu stesen,jika DX ada kalanya apabila ketiadaan stesen yang lain,anda mungkin diminta standby untuk menerima jawab panggilan daripada rakan local stesen yang sedang anda QSO,ini pernah terjadi sewaktu saya diminta standby oleh W6BUN untuk cuba menerima panggilan daripada rakan yang satu kawasan dengan beliau.penguasaan bahasa Inggeris saya yang agak lemah tidak menjadi halangan saya untuk terus QSO.
6.Adakalanya anda akan diajak untuk ragchew QSO oleh sesuatu stesen yang anda menerima beliau dalam keadaan yang baik 59,anda boleh langsungkan QSO semuanya atas budi bicara anda,ada pendapat yang menayatakan agak kurang manis memberikan QSL info apabila tidak ditanya oleh rakan DX anda,apa pun terpulang pada anda jika anda tidak maklumkan tentu sekali QRZ.com akan dijadikan rujukan untuk QSL anda.
7.Jika panggilan anda dijawab oleh stesen yang sudah biasa anda QSO,layani seperti biasa walaupun anda 3 atau 4 kali bekerja dengannya tetapi masih belum menerima QSL kad daripada beliau,ingat ham spirit ialah friendship trough air wave,berikan report dan nyatakan terima kasih kerana menjawab panggilan anda.Janganlah buat-buat tak dengar jika callsign anda dipanggil beliau beberapa kali,elakkan perkara sebegini terjadi.
8.Anda boleh bergurau dengan stesen yang biasa anda QSO tetapi pastikan ianya tidak menyentuh hati rakan anda,ada satu stesen daripada India beliau "joke"dengan saya katanya dia tinggal di rumah flat dia tx 500w,dia kata i don't care about the TVI cause i dont have a tv set in my house" hi hi hi.....betul juga kata mamat ni hi hi hi...
9.Apabila terdapat banyak (tengah Que)stesen yang sedang menunggu giliran untuk dipickup oleh anda,anda tak perlu ucapkan lagi CQ DX cukuplah dengan QRZ DX? QRZ DX? selepas anda habis QSO dengan stesen yang sebelumnya.Cara ini dilihat berkesan dalam melayani berpuluh stesen yang cuba mendapatkan anda,pilihlah stesen yang signalnya agak kuat dari sejumlah yang memaklumkan callsign mereka.
10.Adap sopan perlu ada bila anda telah memegang "occupied" sesuatu frekuensi contohnya anda telah berada di 28.480mhz setelah 1 jam lamanya jangan marah atau maki kepada mereka yang anda dengar turut memanggil CQ di frekuensi itu juga,maklumkan kepada beliau anda telah berada di sini sejak 1 jam yang lalu,9M atau 9W apabila berada di hf anda sebenarnya adalah duta kecil tak resmi jangan melakukan sesuatu yang boleh mengaibkan nama ham,nama persatuan juga nama Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment