Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Thursday, February 4, 2010

CUBIT ATAU TEKAN ????

Sebelum menbuat pilihan fikir dahulu....

Untuk membeli sebuah morse key paling murah sekitar Rm100 kalau harga lebih daripada itu
maafkan saya sebab dah lama tak ambil tahu barang-barang sebegini,kerana celik-celik mata
memang saya tak mampu untuk memiliki key seperti rakan-rakan lain,bukan kerana tak punyai duit...
adaaa.....untuk diguna pakai bagi hal yang lebih diutamakan.


Dalam posting-posting saya yang lepas saya mengangkat nama straight key kerana ia adalah istimewa

pada saya,pada rakan lain mungkin tidak,namun selepas saya melihat lebih jauh saya dapati straight key agak ketinggalan daripada beberapa segi antaranya ialah:



1.Keterbatasan untuk menghantar pada speed tinggi 25wpm ke atas
2.Melenguhkan / memenatkan.
3.Mereka yang cepat berpeluh mungkin akan menyebabkan berlakunya kegelinciran semasa membuat penghantaran.
4.Contact point makan/ haus akibat ketukan atau pukulan yang kuat.
5.Agak kurang selesa apabila mempergunakan key rakan-rakan yang lain kerana knob key ada yang tombol,leper dan beraneka jenis.



Saya sempat lampirkan 5 perkara yang terlintas di minda saya tak kala menulis posting ini mungkin anda punyai lebih daripada itu ,namun dari segi membuat penghantaran straight key sila kira berapa ketukan yang pelru anda buat apabila menghantaran A-Z dan 0-9?

 
Jawapannya ialah 132 kali namun agak selesa bagi mereka yang menggunakan squeeze key kerana hanya perlu menghantar A-Z dan 0-9 adalah sebanyak 73 kali,132 kali ketukan straight key berbanding 73 kali squeeze ialah 59 kali eemmmm...itulah hakikatnya tenaga yang anda telah bazirkan untuk membuat penghantaran apabila menggunakan straight key...hehehehehe...


Mari kita lihat dengan lebih jelas:

Dengan straight key anda perlu mengetuk setiap karektor morse dibawah sebanyak:
 A-2 B-4
 C-4 D-3
 E-1 F-4
 G-3 H-4
 I-2 J-4
 K-3 L-4
 M-2 N-2
 O-3 P-4
 Q-4 R-3
 S-3 T-1
 U-3 V-4
 X-4 Y-4
 Z-4

 
 0-5 1-5
 2-5 3-5
 4-5 5-5
 6-5 7-5
 8-5 9-5

Jumlah ketukan-132 kali



Dengan squeeze anda hanya perlu squeeze"cubit????" sebanyak
 A-2 B-2
 C-4 D-2
 E-1 F-3
 G-2 H-1
 I-1 J-2
 K-3 L-3
 M-1 N-2
 P-3 Q-3
 R-3 S-1
 T-1 U-2
 V-2 W-2
 X-3 Y-3
 Z-2



 0-1 2-2
 3-2 3-2
 4-2 5-1
 6-2 7-2
 8-2 9-2

Jumlah squeeze"cubit????" ialah 73 kali


Jika anda menghantar morse dengan menggunakan squeeze anda dapat jimat 59 ketukan.
Jadi,pilihan terletak pada anda.....disamping dapat menghantar dengan QRQ. Anda dapat menjimat masa dan tenaga.

Selamat Mencuba 73.