Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, December 31, 2010

SELAMAT DATANG 2011 SELAMAT TINGGAL 2010

Semoga 2011 membawa sejuta kerahmatan buat kita semua dan jadikan kegagalan 2010 sebagai satu pengajaran buat kita semua.Buka buku baru tutup buku lama.All the best untuk semua.

Saturday, December 25, 2010

5 HARI LAGI


Hanya 5 hari sahaja lagi 2010 akan meninggalkan kita semua.Sepanjang masa nan berlalu banyak kenangan pahit manis yang terkandung di dalamnya.Ada yang akan dikenang sepanjang hayat,sebagai contoh orang yang paling kita kasihi dan sayangi anak,isteri atau ibu bapa telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita.Kepada mereka yang telah kehilangan orang tersayang takziah diucapkan semoga anda tabah menghadapi dugaan.Kasih sayang kita hanya mampu dizahirkan dalam bentuk doa yang berterusan,ingat!
anak yang soleh sentiasa mendoakan kepada kedua ibu-bapanya maka amalan kebaikkan tidak terputus di situ sahaja
wallahuallam.

Bagi yang baru berumah tangga,baru memperolehi cahaya mata tahniah diucapkan,jangan lupa tanggung jawab anda telah diperluaskan itu sepatutnya anda sedari,tak ketinggalan juga bagi yang berjaya memperolehi lesen lesen motor,lesen kereta dan tentu sekali lesen radio amatur,selamat datang ke dunia ham yang sebenarnya.Sesungguhnya "masa telah mendewasakan kita semua"namun berapa ramai di antara kita yang benar-benar menghargainya?Pepatah oghang putih ada mengatakan life begin 40,kata mereka hidup baru bermula masa tu....eeemmm pengertian kita pula kalau dah masuk umur 40an kalau tak berubah tu maka agak sukar nak berubah..eeehhhhh...betul ke pandangan tu?

Kita lupakan perkara tersebut,keputusan PMR pun sudah keluar syabas kepada adik-adik yang telah berjaya dengan
kelulusan yang cemerlang,2010 mengikut kalender Cina merupakan tahun harimau,tahun yang tak beberapa bagus
dalam melakukan bisnes kata seorang yang berbangsa Cina,tahun harimau katanya "Tahun makan orang"ulasnya
tengok tahun ni berapa banyak kemalangan besar berlaku,baru-baru ini 27 orang mati akibat kemalangan ngeri
dekat Perak ujarnya.Tahun depan merupakan tahun arnab,saya katakan kepada beliau "kalau macam tu tahun depan
kalau buat bisnes mesti bagus punya"sebab arnab ni jenis aktif melompat,melompat jer......beliau akui....
"Oooo...katanya you pun tau"taklah saya cuma fikir macam tu saja...eeemm.....arnab makan sayur..karot naik hargalah jawabnya tahun 2011.Beberapa jam lagi genaplah 6 tahun peristiwa tsunami yang berlaku pada 26-12-2004,rasa macam baru semalam sahaja peristiwa tu berlaku,eeemmm....antara tanda-tanda akhir kiamat ialah masa berlalu sangat pantas.
Masa berlalu sangat pantas?yaaalah.....kita rasa sekejap sahaja.....tidak itu sahaja perjalanan ke sesuatu tempat pun amat pantas,kalau dahulu nak ke Kuala Lumpur kena plan awal-awal,tulis surat dekat sedara supaya tunggu
dekat setesen kereta api,sekarang nak pergi bila masa sahaja pun boleh,dengan adanya highway masa menjadi makin pantas tekan pedal minyak rapat 3 jam pun dah sampai.

Perencanaan untuk tahun hadapan mungkin sudah disusun rapi,sessi persekolahan akan bermula tak lama lagi,tentu sekali ibu-bapa sudah siap menyediakan kelengkapan anak-anak,bagi saya sendiri alhamdulillah baki durian runtuh telah dilunaskan oleh pihak syarikat,rezeki anak-anak persediaan hampir selesai.2010 tahun malas bagi saya untuk melakukan aktiviti Dxing rasa malu pun ada sebabnya masih banyak QSL kad yang belum dijawab,kalau setakat 10-20 keping tak mengapa.....Oooooo
banyak lagi tu....kepada rakan lokal yang kirimkan kad tu insyaallah akan saya balas balik.

Kontervasi sepanjang 2010 pemilikan QRP set di kalangan  rakan ham  mendapat  liputan  oleh beberapa blog rakan-rakan sepastinya itu tidak membantutkan kembara Dxing rakan ham berstatus 9W,kesungguhan mereka dalam mengamarah HF patut kita contohi,perjalanan rakan radio tidak terhenti di situ sahaja masih banyak mode-mode yang harus diterokai
modal mungkin agenda utama,namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan tentukan jalan yang diredhai.
Aspek keselamatan dalam kegiatan radio amatur perlu diberikan penekanan yang berat,langkah pembumian/grounding
yang tidak mencukupi boleh mendatangkan musibah di kemudian hari,yang mana yang kurang harap mantapkan.Malang memang tidak berbau tetapi ingat "mencegah lebih baik daripada mengubati"

Lembaran baru,kata orang tutup buku lama buka buku baru,sebelum kita tutup apa kata lihat kembali apa pencapaian kita sebelum ini,adakah tanggungjawab kita terhadap keluarga dipenuhi,saya sepatutnya menulis semua ini pada penghujung tahun hijrah 1431,tapi atas kekalutan tugas saya tidak dapat menulis bukan niat untuk membesarkan tahun masihi.Anda dan saya sama-sama telah melalui kepayahan sepanjang 1431/2011 sudah pasti itu merupakan plan strategi utama yang perlu diberikan fokus pada tahun berikutnya.Yang kurang kita lebihkan,yang terlebih kita sederhanakan"seperti hadis Rasulullah SAW"Sebaik-baik pekerjaan itu bersederhana"Kepada rakan-rakan dan pengunjung setia blog ini semoga kehidupan kita pada 1432/2011 akan lebih bermakna.

Saturday, December 18, 2010

KOMUNIKASI RADIO AMATUR KOMUNIKASI ALAM MAYA?

Salam untuk semua pembaca yang budiman,Alam maya atau juga dalam bahasa oghang putih dipanggil virtual reality(VR)boleh dikatakan perkataan ini acap kali dipergunakan oleh segelintir rakan radio amatur "bertemu lagi kita di alam maya"agak menarik untuk kita bahaskan,persoalannya di sini apakah kesesuaian perkataan itu dipergunakan?Alam maya atau virtual reality "Term"yang dikhususkan merujuk lebih kepada simulasi komputer,sebagai contoh kelas penerbangan,video game
yang mana visualisinya adalah tidak sama sekali berpijak dibumi yang nyata,eeemmmm....apa bentuk pun yang diterjemahkan yang pastinya anda sedang berada pada dunia nyata dan visualisi yang terpapar adalah di dimensi yang tidak nyata yang kita definasikan sebagai alam maya...

Soalannya di sini perhubungan dua hala radio amatur yang berlansung apakah ianya satu yang nyata atau alam maya?
Alam maya adalah alam yang tidak nyata,alam di mana semua yang ada di dalamnya tidak nyata tidak dapat dirasa,disentuh.dihidu....kedai siber yang beroperasi adalah tidak nyata,kedai yang sebenarnya tiada kedai....dizahirkan dalam alam maya namun barangan yang dijualnya adalah nyata?eeem...pening nih!!!komunikasi radio amtur dua hala adakah satu komunikasi alam maya.....cuba anda fikirkan.

Cuba lihat beberapa gambar yang saya lampirkan di atas ada yang memerlukan peralatan untuk melihat alam maya dan ada yang tidak tetapi memang nyata apakah ianya agak sukar untuk anda lihat"NYATA...MAYA ...NYATA ...MAYA?