Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, April 18, 2008

PROJEK DISMANTEL ROTARY DIPOLE







Projek yang masih terbengkalai sekarang ini ialah projek rotary dipole,saya sekarang ni masih mencari/mencuba-cuba trap coil yang sesuai,emm..kalau susah-susah sangat hi hi hi antenna 10m lah jadinya nanti.
Panjang asal fishing rode ialah 12ft,selepas dipotong bahagian hujungnya panjang yang tinggal 11ft,untuk rotary dipole 20m panjang yang diperlukan cuma 8ft/side.

Bagi yang ingin homebrew rotary dipole 10m bolehlah gunakan idea saya ini,bahan-bahan yang diperlukan ialah 2 batang fishing rod kos sekitar rm10/pc,pvc tee saiz 1",pvc reducer 1" x 3/4",pvc paip 1" bersaiz 21/2" dan pvp paip 1/2 electrical paip rujuk gelang putih ia bertujuan untuk sleeve perketatkan fishing rod,pvc paip 3/4" photo 3 dan 4 memperlihatkan bagaimana susun atur bahan-bahan disatukan untuk penyambungan kedua fishing rod tersebut.Antenna element boleh dipasangkan melalui dalam rod atau pun di atas fishing rod tersebut.2pc flat bolt nut 3/16 x 2" diperlukan untuk menguatkan penyambungan kedua-dua rod

Thursday, April 17, 2008

2 OF 4 ELEMENT QUAD ANTENNA PROJECT





Semalam selepas mengeledah stor/bilik radio saya terjumpa 2 element quad antenna yang masih berkeadaan baik walaupun dah berserawang.Di posting yang sebelum ini saya tiada pamerkan gambar antenna tersebut namun alhamdulliah dengan adanya photo antenna tersebut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang ingin mencuba untuk homebrew antenna quad,antenna ini agak ringan jika dibandingkan dengan yang mempergunakan aluminium tubing ataupun copper tubing sebagai elementnya.
Perhatikan bagaimana 30amp electrical connector memainkan peranan untuk menyambung element antenna quad tersebutt,bahagian yang terbuka ialah feed point antenna tersebut(untuk vertical polarise)

MORSE TONE CIRCUIT