Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, December 18, 2010

KOMUNIKASI RADIO AMATUR KOMUNIKASI ALAM MAYA?

Salam untuk semua pembaca yang budiman,Alam maya atau juga dalam bahasa oghang putih dipanggil virtual reality(VR)boleh dikatakan perkataan ini acap kali dipergunakan oleh segelintir rakan radio amatur "bertemu lagi kita di alam maya"agak menarik untuk kita bahaskan,persoalannya di sini apakah kesesuaian perkataan itu dipergunakan?Alam maya atau virtual reality "Term"yang dikhususkan merujuk lebih kepada simulasi komputer,sebagai contoh kelas penerbangan,video game
yang mana visualisinya adalah tidak sama sekali berpijak dibumi yang nyata,eeemmmm....apa bentuk pun yang diterjemahkan yang pastinya anda sedang berada pada dunia nyata dan visualisi yang terpapar adalah di dimensi yang tidak nyata yang kita definasikan sebagai alam maya...

Soalannya di sini perhubungan dua hala radio amatur yang berlansung apakah ianya satu yang nyata atau alam maya?
Alam maya adalah alam yang tidak nyata,alam di mana semua yang ada di dalamnya tidak nyata tidak dapat dirasa,disentuh.dihidu....kedai siber yang beroperasi adalah tidak nyata,kedai yang sebenarnya tiada kedai....dizahirkan dalam alam maya namun barangan yang dijualnya adalah nyata?eeem...pening nih!!!komunikasi radio amtur dua hala adakah satu komunikasi alam maya.....cuba anda fikirkan.

Cuba lihat beberapa gambar yang saya lampirkan di atas ada yang memerlukan peralatan untuk melihat alam maya dan ada yang tidak tetapi memang nyata apakah ianya agak sukar untuk anda lihat"NYATA...MAYA ...NYATA ...MAYA?

Sunday, November 28, 2010

Cerita Di Sebalik Cerita

Katakan anda masih belum berkahwin saat ini anda mempunyai kerjaya yang kukuh mampu membeli sebuah rumah dan sebuah kereta yang tak kurang hebatnya,pada suatu hari ketika anda melalui perhentian bas anda terpandang seorang gadis yang pada pandangan mata anda "anda sudah jatuh cinta
buat pertama kalinya dan anda juga telah dibalas senyumannya tak kala melintasi di situ,rutin harian anda sememangnya akan bertemu si gadis yang cukup ayu entah kenapa tetiba sahaja hari ini senyumannya cukup membawa erti, jika kali ini anda menyapanya dan menjemputnya menaiki kereta anda, sudah pasti cinta dia akan menjadi milik anda namun di perhentian bas tersebut kelihatan juga seorang perempuan yang sarat mengandung sedang menanggung kesakitan,entah tak diduga juga terdapat seorang doktor yang sebelum ini pernah menyelamat nyawa anda,setahu anda doktor tersebut sebelum ini kebiasaannya berkereta namun kali ini tiba-tiba sahaja menggunakan pengangkutan awam"sungguh kacau daun betul doktor ni".
Anda terfikir siapakah yang harus anda utamakan dahulu untuk anda membantu?jika anda membantu perempuan
yang sedang sarat mengadung,tentu sekali hampa hati doktor yang pernah menyelamatkan nyawa anda suatu ketika dahulu
lebih malang sekali anda menolak jodoh anda untuk memiliki hati gadis yang saban hari anda bersua memberikan respon
yang positif pada kali ini?Apakah tindakan anda sekiranya berada pada situasi  ini ketiga-tiganya amat penting?

CERITA KE2
Anda seorang pembalak yang baru bekerja,hari ini sahaja anda sudah menunjukkan kesungguhan yang jitu kepada penyelia anda,dengan alatan yang tersedia anda tampa berlengah terus ke lokasi tugas anda,dengan semangat
orang baru anda mula menebang sepokok demi sepokok tanpa anda sedari anda telah berjaya menebang sebanyak 30batang
pokok pada hari ini,"welldone!! penyelia anda mengucapkan syabas atas semangat dan kesungguhan yang telah anda tunjukkan.
Sambil meninggalkan tempat kerja anda merasakan cukup puas hati kerana anda juga telah mencatatkan rekod bagi syarikat pembalakan tersebut kerana anda merupakan perkerja yang julung-julung kalinya berjaya menebang sebanyak 30 batang pokok dalam sehari.Wow!!! memang hebat untuk keesokkan harinya anda sudah memasang niat untuk menebang lebih banyak lagi setidak-tidaknya 40 batang pokok,keesokan harinya sebaik masuk kerja dengan semangat yang sungguh membara dan sehabis kerahan tenaga yang dipadu tanpa mengira masa rehat anda terus bekerja....dan juga sehingga lupa untuk anda mengira berapa jumlah kesemuanya pokok-pokok yang telah anda tumbangkan namun adalah mendukacitakan kerana bukan 40 batang atau 50 batang pokok yang telah anda tebang cuma 20 batang sahaja."Apa dah jadi ni?? tegur penyelia anda"awak kata awak nak tingkatkan produktiviti tetapi hanya sehari sahaja awak tidak mencapai target yang sepatutnya,ini semua adalah kerana awak...................XXXXXXXX




Tuesday, November 23, 2010

RESULT RAE DAH KELUAR

Semua swl yang menduduki peperiksaan rae pada bulan October yang lepas bolehlah menyemak keputusan perperiksaan di laman web SKMM sila klik ke link berikut.

Kepada yang kandas sila cuba lagi pada sessi yang berikutnya,yang berjaya diucapkan tahniah.



*ucapan tahniah kepada swl Sabani Mat Desa@pak ngah kerana lulus dan memberitahu saya bahawa keputusan peperiksaan sudah keluar.