Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, October 21, 2011

KEMAJUAN BERTERUSAN DI 9M4RBB

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pengunjung setia blog ini,kebelakangan ni memang agak ketandusan idea untuk menulis di sini,apa pun harapan saya blog ini masih lagi mendapat tempat di hati anda semua,alhamdulillah pada petang semalam krew-krew teknikal ham Pulau Pinang yang diketuai oleh 9W2BZI,9W2SPG dan beberapa orang lagi telah berjaya membaikpulih repeater 9M4RBB,tertarik untuk saya catatkan di sini ialah repeater berkenaan agak berbulan mengalami gangguan interferance,berbagai cara telah dicuba antaranya menukar tone,mengubah antenna,setting cavity bak kata pepatah apa sahaja yang difikirkan perlu semuanya dicuba.Terakhirnya repeater ini dikurangkan kuasa pancarannya.

Akhirnya semalam 9M4RBB telah berjaya dipulihkan alhamdulillah,syabas kepada cikgu Ruzi dan dan krew yang bertungkus-lumus dalam hal ini,,saya difahamkan setting pada kali ini repeater ini mempergunakan "DCS"iaitu digital code system bagi menggantikan setting tradisi iaitu "Tone"
Besar kemungkinan 9M4RBB adalah repeater ham yang pertama di Malaysia yang mengguna pakai sistem ini,Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan digital code 243 pada setting radio anda,pada mulanya agak sukar tetapi setelah dicuba beberapa kali akhirnya setting pada icom V8,V85 dan juga icom 2200 saya berjaya,untuk makluman anda untuk setting code ini anda perlu membuang tanda "Tone"iaitu lambang kod "Taugeh"hehehehehe dan gantikan dengan lambang"D"selepas memasukkannya anda perlu memasukkan kod digital 243,bagi radio icom v8 sila cari DT,DTNN....untuk pengetahuan anda jika kod yang dimasukkan tak kena/tak tepat anda akan dapati audio dari radio tak keluar yang muncul di skrin radio anda hanya signal strength sahaja,sila kembali ke tone kod dan ubah sehingga audio dari repeater muncul.

Apa pun setting ini masih lagi dalam ujian,harap selepas ini gangguan QRM yang muncul tak ada lagi,tak perlulah rakan2 teknikal naik turun bukit dan yang pentingnya saya dapat sertai group pagi di 9M4RBB.

Tuesday, September 27, 2011

SIRI UJIAN MORSE KOD DI SKMM CYBERJAYA


Seramai 33 orang yang mengambil ujian pada kali ini,cuma 28 orang peserta sahaja yang hadirkan diri.

Teks ujian adalah seperti berikut:

Majlis mesra hari raya sempena aidilfitri akan diadakan pada akhir bulan ini di ibu pejabat skmm di cyberjaya.Pelbagai hidangan makanan yang menarik akan disediakan disamping sajian hiburan oleh warga kerja skmm.


Kod group bagi nombor-nombor adalah seperti berikut:

19108 39237 56281 93070 47109
85940 76182 26253 45748 65436

Antara 9M yang hadir untuk memberikan sokongan moral:


9M6TMT,9M6KOM,9M2PJU,9M2AR,9M2NZ,9M2MRL,9M2AU,9M2ZC,9M2AGC,9M2SQL,9M2RB,9M2NRS,9M2MZT,9M2RS,9M2GET dan reporter sukarela 9M2BAL



Keputusan ujian 12 orang calon lulus manakala 16 orang gagal.

kepada yang lulus syabas dan yang tak berjaya cuba lagi next exam.

Wednesday, June 1, 2011

KEMBARA MUSIM CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,alhamdulillah baru hari ini diberikan sedikit masa untuk upadate blog saya ini,dah lama juga ditinggalkan kerana asyik dengan FB eemmm....esok pagi kalau tiada aral melintang saya akan bertolak ke Pantai Timur ke negeri Cik Siti Wan Kembang konvoi bersama adik ipar 9W2KAJ,insyaallah selepas solat subuh kami akan bertolak,di sepanjang perjalanan saya juga akan mengambil kesempatan untuk membuat pemantauan repeater 9M4LBP (Repeater Bukit Panchor) frekuensi 147.7375mhz -700hz tone 103.5hz sejauh mana coverage repeater boleh dipantal dan seterusnya dieksess.

Sebagai persediaan semalam saya telah mendapatkan khidmat 9W2EZR untuk clon semua frekuensi terkini pada mobile rig saya,terima kasih bang Kamal jasa mu dikenang hehehehe...emmm agak mengejutkan saya kerana boleh dikatakan Kelantan ini kaya@mewah dengan repeater...alhamdulillah kemudahan untuk semua amatur radio,tapi yang tak sedap saya dengar ialah...@%#*#$%$#%$#%)()*&&^ apa pun kita sebagai ham tak kira siapa pun punya repeater tujuan asalnya adalah untuk mengeratkan silaturahim.
Insyaallah mungkin percutian saya 4 hari 3 malam,kalau tak rasa janggal dengan situasi di kawasan orang mungkin saya jadi pendengar sahaja kot,masuk kandang kambing mengembek...masuk lembu menguak...


Bagi rakan2 FB insyaallah sayakan update terkini kembara cuti ke Kelantan....
Fuhhh!! nasi dagang,sup belut errrr...apa lagi yer????
Tidur awal esok nak jalan jauh........simplex frequency V38....PCB,Pengkalan Kubor,Pasar Siti Khatijah,Wakaf Che Yeh.....errrr....selagi GPS tak gelong banyak destinasi nak pergi...