Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, April 3, 2012

2012 Tahun Permulaan Yang Cukup Hebat Di Cyberjaya

Sudah menjadi amalan tradisi.. sejak 2005 sehingga ke tahun 2012 setiap kali adanya ujian morse code sepastinya ianya akan mendapat sokongan moral daripada rakan sehobi terutamanya rakan 9M,uniknya pada sessi ujian kali ini ramai rakan 9M yang hadir.Mengikut info yang saya dapat daripada FB group" Radio Amatur Malaysia"kesemuanya seramai 26 orang,ini merupakan satu jumlah yang cukup ramai sejak tahun 2005 sehingga tahun ini,saya juga pernah ke sana suatu ketika dahulu,itulah julung kalinya saya membuat lapuran lintas langsung bersama Haris/9M2ALL..

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah kehadiran mereka ini memberikan semangat kepada rakan-rakan 9W,Acapkali yang hadir memberikan sokongan moral yang tak berbelah bagi adalah Hj Rashid/9M2RS,9M2AU dan juga 9M2NZ...mereka yang lain ialah 9M6CED,9M8WAT,9M2XPO,9M2BMX,9M2AIR,9M2YRS,9M2MRL,9M2ALL reporter saya ketika sessi ujian CW terdahulu,kesibukan tugas menghalang kami untuk menyediakan lapuran lintas langsung pada tahun ini namun tidak menghalang beliau untuk menjenguk sebentar rakan-rakan di Cyberjaya...senarai berikutnya pula 9M2NRS,9M2AVB,9M2AGC,9M2NZ yang berkesudian menaja penginapan beberapa rakan Johor dan Terengganu.. senarai seterusnya pula ialah 9M2RJ,9M2USB,9M2VOT,9M2NDO,9M2NM,9M2ESM,9M2AIS,9M2AUR,9M2RT,9M2?? daripada Pasir Puteh dan juga 9M2BAL.

Bagi saya ini merupakan satu rekod terbaru sokongan teramai rakan 9M yang yang hadirkan diri sejak 2005.

Tahniah kepada barisan 9M yang terdapat di dalam gambar di bawah credit to 9M2BAL atas photo ini.

posted from Bloggeroid

Monday, April 2, 2012

Tinggal Kenangan


Inilah lakaran tangan mendiang Liew a.k.a 9M2LN 5/8 ground plane antenna....beliau berikan kepada saya 14 tahun lalu sewaktu mengunjungi beliau di saltminenya.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 1, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Astra Pulau Pinang

Tahniah kepada 9W2SOB a.k.a Pak Ndak masih kekal sebagai Pengurus negeri,9W2BZI-cikgu Ruzi kekal sebagai N.Pengurus dan ajk-ajk yang lain syabas..

Isu mengenai penggunaan DCS/Digital Code menyukar ahli yang dari luar rancak dibahaskan,set radio jenis lama seperti Kenwood TM261 dan senasib dengannya memang tidak boleh mengekses ke sistem DCS,ada ahli yang masih tak reti untuk membuat setting...apa pun daripada perbincangan DCS yang disetting adalah kerana untuk mengelakkan agar QRM terus berlaku,penggunaan tone akan dilakukan semula selepas kerja-kerja penyelenggaraan menukar antenna yang baru,penggunaan tabung cavity yang tune untuk frekuensi yang diinginkan.Melalui Dato Bahari masalah tersebut diajukan..insyaallah dalam masa yang terdekat 9W2PKK-cikgu Abu akan campur tangan dalam hal ini.


Published with Blogger-droid v2.0.4