Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, October 12, 2008

HF-CW-SOP

Apa yang saya perhatikan selama penglibatan saya dalam dunia ham adalah tak ramai 9m2 yang memberikan galakan kepada 9w untuk berhubung dengan menggunakan frekuensi hf amnya di 40 meter dan terus terang saya katakan ramai di antara 9w tidak nampak apakah keupayaan hf dalam komunikasi radio amatur.Lebih mendukacitakan lagi jarang kelihatan kelibat set-set hf terpasang di sepanjang majlis-majlis eyeball,jika di adakan demonstrasi komunikasi hf dapatlah juga rakan swl dan 9w diberikan kesempatan untuk mencuba sambil diselia oleh beberapa rakan yang bercallsign 9m.

Echo link dan internet radio adalah hampir sama cuma bezanya echo link kita dapat berqso dengan rakan ham daripada beberapa negara luar dan bagi yang mengemari muzik anda boleh mengikuti siaran penyiaran daripada berbagai setesen yang terdapat di dalam dunia ini,saya tidak menolak komunikasi cara sebegini mungkin budget yang ciput saya masih terkebelakang.
Namun apabila dilihat lebih teliti cabaran dan kepuasan dalam ham radio yang sebenarnya tidak dipergunakan sepenuhnya di sini contoh seperti:
1.Penyelenggaran antena/kecekapan antena buatan yang dihasilkan
2.Cabaran propagasi,kecekalan untuk DX
3.Teknik komunikasi pileup,QRM dan QRN,QSB
4.Menjiwai ham sebenarnya.

Selain daripada yang dinyatakan di atas jaringan repeater Astra dan Marts berjaya menyatukan antara utara,selatan timur dan barat satu persoalan yang mampu dihuraikan oleh anda sahaja "adakah ini sudah cukup untuk memuaskan anda dalam bidang ham radio?" tidak dinafikan wujudnya sistem linking Astra atau Marts juga sedikit sebanyak mengaburi keupayaan HF di mata 9w.
Berhubung dengan menggunakan jalur VHF,UHF sistem komunikasi mode fm yang jelas dan tiada memerlukan propagasi lebih menarik golongan ini untuk komited kepada penggunaan jalur VHF.Bila dirujuk kepada komunikasi di hf dalam kepala terbayang antenna yang panjang set radio yang mencecah beribu ringgit mungkin kerana ini hf di ketepikan oleh sebilangan 9w.
Ada juga segelintir 9w yang melihat kelebihan hf untuk perhubungan jarak jauh jesteru itu 6meter dan 10 meter yang diberikan boleh dipergunakan untuk kepuasan yang sebenarnya.Saya sentiasa mengalu-alukan rakan-rakan 9w untuk belajar morse kerana cw merupakan satu lagi cabaran terbesar dalam komunikasi ham yang paling mencabar,hf tidak hanya merujuk kepada pancaran beratus atau beribu watt,komunikasi SSB adakalanya terbatas kerana propagasi yang menurun namun dengan penggunaan cw qso masih boleh dilangsungkan untuk memperlengkapkan lagi qso anda seperti saat bertanyakan report signal anda.

Satu hal yang anda perlu tahu ialah QSO yang sah dan boleh diberikan QSL kad adalah QSO yang lengkap iaitu apabila anda atau setesen yang anda berhubung menerima dan memberikan report signal "berlaku pertukaran signal report" jika tidak anda tak perlu mencatatkan callsign beliau sebagai setesen yang anda pernah QSO.

*kenyataan di atas adalah berdasarkan pengalaman yang telah saya alami,mungkin kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh rakan ham Afrika Selatan,saya dimaklumkan bahawa QSO saya dengan beliau tidak sah QSL kad yang diterima oleh beliau tidak dapat diterima.
Bagi mereka yang menggunakan log book melalui komputer,tolong berikan perhatian,seandainya setesen tersebut merupakan "Rare Station" maka saya telah kerugian.

Antara yang menariknya di hf, dalam mode cw keupayaan pemancarnya yang mudah dibina dan berkuasa kecil "QRP" mampu menjangkau beribu batu dan budget sekitar Rm50.00 memang berbaloi kepada sesetengah ham.
Untuk makluman anda pada sesuatu keadaan biasa iaitu yang normal pada siang hari komunikasi hf boleh berlangsung sekitar 500km radius melalui band 40 meter dan pada malamnya keupayaannya adalah "World Wide"menyeluruh ke serata dunia.Untuk situasi normal pada malam hari kita boleh qso dengan Jepun,Cina,India kebanyakkanya adalah dari rantau Asia ada masa-masa anda akan kedengaran setesen daripada Rusia memanggil CQ DX di SSB,namun amat berbeza sekali di band bawah di cw anda akan dapati banyak setesen daripada US dan Eropah,ternyata cw walaupun telah dimasuhkan dibeberapa buah negara masih mendapat sambutan yang hebat.


Sedarkah anda jaringan repeater yang menghubungkan seluruh pelusuk tanahair itu kosnya lebih besar daripada satu hf set kos penyelenggaran repeater bayaran AA, sewaan tapak dan lain-lain lagi,qso yang lama dirangkaian linking repeater bukanlah suatu kepuasan yang maksima,mungkin kerana "pajakan" anda dan rakan anda itu boleh mencetuskan ketidakpuasan hati kepada ham yang lain siapa tahu? iyalah kadang-kadang repeater yang kesunyian juga mengundang kebosanan kepada para ham yang berminat untuk mendengar sahaja,daripada dibiarkan sunyi ada baiknya QSO rakan-rakan dijadikan santapan halwa telinga kita,mungkin ada 1 atau 2 perkara yang boleh kita perolehi daripada rakan yang sedang qso..

Saya dapati penggunaan "Contact" masih lagi menjadi pilihan utama kebanyakkan ham untuk membuat break call (pemecah qso) yang sedang berlangsung ianya tidaklah menjadi satu kesalahan tapi apabila diteliti ia mirip kepada komunikasi di CB rakan daripada seberang,adakalanya contact diucapkan tanpa memberikan callsign,hanya selepas diundang masuk sahaja barulah callsign empunya diri dimaklumkan.
Cuba kita amati "Contact 9w2xxx"! "9w2xxx"!

Apabila kata "Contact " diucapkan secara tiba-tiba setesen berkenaan terputus kerana disebabkan lokasi beliau tidak cukup bagus,setesen yang sedang qso pasti tertanya siapa gerangan? dan satu hal lagi penggunaan contact boleh menggalakan orang bukan ham suka-suka menekan ptt dan mencelah masuk,apabila dipanggil beliau akan senyap.

Jika disebut terus callsign 9w2xxx dan apabila terputus,rakan akan terus sedia memanggil anda,jika tidak diketahui hujung pangkal mana punya setesen "contact'.....disusuli .qrm qrm...."contact...disusuli qrm...masih tak dapat dibaca callsign beliau rakan pun malas nak berikan ruang untuk anda terus masuk.

Sunday, October 5, 2008

Pemburuan 9M Harus Diteruskan

Alhamdulillah akhirnya saya diberikan ilham untuk menulis posting berkaitan dengan cw,saya adakalanya terpaksa melupakan seketika coretan berkisar dengan cw bukan kerana tidak mahu menyumbang pengetahuan yang ada tetapi saya jarakkan posting agar pembaca tidak merasa jemu.

Kepada calon yang tidak berjaya,ini bukannya masa untuk anda kecewa,ini adalah untuk anda memperkasakan kebolehan penerimaan anda,saya tahu anda gagal kerana beberapa perkara seperti berikut:

a)Anda sudah boleh mengenal setiap karektor A-Z,punctuation mark dan angka 0-9
bagi saya ini belum mencukupi,apa yang anda harus lakukan untuk memantapkannya ialah
dengarkan secara grouping bukannya secara single karektor lagi,grouping yang mengandungi perkataan pendek 5-7 karektor atau angka,punctuation mark dan abjad dimainkan berterusan dengan gap yang tipis bukannya gap yang menjerat anda,maksud saya ialah gap yang tipis iaitu gap yang tidak membenarkan anda untuk mengingati apa karektor yang dimainkan.

b)3minit merupakan satu tempoh masa yang anda rasakan cukup panjang/lama kerana disebabkan itu anda mungkin agak keletihan,kebiasaanya apabila melalui tempoh yang sebegini,konsentrasi anda mudah terganggu "bilalah nak habis ni...lamanya"
apabila minda anda menimbulkan keadaan ini konsentrasi anda pasti terganggu,lebih teruk apabila anda tercicir 2-3 karektor yang dihantarkan.
*Adakan latih-tubi dalam masa sebenar supaya 3 minit adalah masa biasa bagi anda.

c)Tetapkan speed 12wpm yang paling minima jangan turunkan speed lebih bawah daripada itu dan kemudian naikkan speed,beri tumpuan kepada penerimaan pada speed berkenaan,adakalanya anda mudah beralah untuk anda dengar pada kelajuan yang anda selesa,ini tidak membantu anda untuk berjaya,12wpm adalah minima,tetapkan pada speed ini.

d)Sentiasa serius dengan apa yang anda lakukan,ingatlah untuk lulus cw bukannya satu episod mudah,mereka yang berjaya menguasai cw adalah mereka yang mempunyai displin dan komitmen yang tinggi,patuhi jadual tetapkan masa untuk sessi mendengar.

KEJAYAAN PENGUASAAN CW ANDA BERMULA HARI INI

Saturday, October 4, 2008

Terkenang Raya Zaman Dulu

Dibesarkan dalam zaman 80an,dapur kayu cukup sinonim dengan golongan seusia saya,tak ramai yang menggunakan dapur minyak tanah seingat saya dapur gas belum wujud lagi semasa tu, dapur minyak tanah ada dua jenis satu yang minyaknya diletakkan dalam balang kaca yang satu lagi berbentuk selinder "sumbu" dapur boleh dilaras dengan menolak naik dan turun,jenama yang masih segar diingatan saya ialah Butterfly,kadangkala dapur minyak tanah hanya digunakan takala musim hujan almaklumlah kayu api basah.Ketika itu dapur arang yang diperbuat daripada simen pun ada dipergunakan majoriti bagi masyarakat kampung macam saya dapur kayu adalah pilihan utama,sekarang ni bakar kuih guna oven,dulu saya ingat lagi mak saya bakar bahulu guna dapur kayu aja.bakar kuih guna periuk acuan bahulu dimasukkan ke dalam periuk di atasnya plat zing berukuran 11/2kaki x 11/2kaki di atas zing pula diletakkan bara kayu,kebiasaannya mak letakkan sabut kelapa ataupun kulit buah getah dibakar baranya cukup untuk memasak kuih bahulu di bahagian atas,nampak unik itulah daifnya kehidupan sekitar 80an zaman sebelum FM ya...siaran radio masa itu masih lagi AM ,letrik belum ada minum air telaga ahhaahaha.

Masa bulan puasa waktu kecil lagi dah diasuh supaya berpuasa tapi puasa separuh hari sahaja,masa arwah ayah kacau dodol kitalah yang paling sibuk bukan apa tolong tambahkan kayu maintain api supaya tak terlampau garang/kuat,apabila dodol dah nak masak lagi buat kalut hehehee...ambil daun pisang rasa dodol tu.

Malam terakhir puasa memang suspen habis penyimpan mohor raja-raja akan mengisytiharkan tarikh raya puasa....ayatnya sama dulu dan selamanya...bila raya aja time tulah saya dan adik akan kejar ayam hehehehe....sekarang ayam beli aja dekat pasar atau pasar malam belambak punya dok ada..satu lagi hal kata orang "ayor dalam bosi api dalam kaco potek di topi di tongah menyalo".

Sekarang ni tak ramai yang berkebolehan memasak dengan dapur kayu,kalau masak saya jamin gerenti kemantah(mentah) atau silap haribulan boleh hangit,masak dapur kayu nak kena jaga apinya bukan macam dapur letrik sukat air tekan punat dan tunggu.
Bab memasak tu dah dikira bahagian ke2 bahagian pertama bagaimana nak lekat api ( hidupkan api) kata orang utara,bukan mudah....mulut mesti muncung lebih nak tiup supaya kayu api boleh nyala,kalau tak pandai mancis api sekotak pun tak cukup.ahahaha..petik api gas pun tak da lagi tau masa dahulu.
Cara mudah kita nak nyalakan api ialah dengan menyalakan getah tiub tayar dalam basikal yang dipotong kepingan kecil atau juga gunakan buah kelapa sawit yang kering iaitu dengan cara ketuk atau leperkan buah sawit kering yang berminyak dan nyalakan api.

Semua yang saya ceritakan di atas mungkin ada dikalangan anda yang turut melaluinya.
Kini semuanya tinggal kenangan,pengalaman teramat manis yang sukar dilupakan.
Zaman dunia dihujung jari nak apa tujuk dan bayar semua selesai.