Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, March 29, 2011

SOROTON LENSA CYBERJAYA

"Ok...ok..lepas Den....adjust ni korang baru sedap hantar !"
"Aaaahaaa...baru nampak,"kelihatan Aimil membuat laporan lintas lansung mengenai status mereka yang lulus.
"Duit bukan soal utama...yang penting kami semua dapat menghadirkan diri bagi ujian kali ini"
Ishh...apalah mamat ni nak ambil pic pun susah..tepi sikit..tepi sikit..
Sessi ujian peneriamaan sedang berlangsung...ujian penerimaan tidak resmi sedang berlamgsung di luar dewan.
Cool brader ni buat penghantaran...
                       Kredit kepada Aimil kerana menyediakan gambar-gambar di atas,saya pohon maaf atas kelewatan untuk publish di blog ini,hari ini genap sudah 5 tahun kepemergian arwah Haji Idris (9M2GL) dan hari ini juga merupakan hari ulangtahun meraikan kejayaan lulus ujian cw...eeemmm sekejap sangat masa berlalu,sepanjang tempoh itu tak ramai yang berjaya menyarung jersi 9M apa pun sessi ujian cw yang baru ini membuktikan cw masih lagi mendapat sambutan,Alfatihah untuk arwah haji.....

Wednesday, March 23, 2011

GENDANG DIPALU GELANGGANG DIBUKA LEWAT BERITA TIBA....

Maaf atas kelewatan berita sensasi lintas lansung yang sepatutnya disiarkan terus menerus pagi tadi sudah menjadi siaran tertunggak,masalah teknikal dan line yang kemut...berita keluar lewat,syabas dan terima kasih kepada Aimil (9m2aur)kerana menyediakan bahan untuk laporan daripada Cyberjaya.Dimaklumkan seramai 50orang peserta yang mendaftar sayangnya cuma 44 orang sahaja yang hadir pada hari ini,apa pun agak mengejutkan saya dan semua pihak kerana pada sessi ujian cw kali ini
seramai 15 orang peserta daripada Sabah hadir ke gelanggang cw pada kali ini ,ia merupakan satu jumlah angka yang terbesar yang pernah dicatatkan oleh sesebuah negeri mengalahkan penyertaan daripada negeri-negeri di semenanjung tanahair,ucapan syabas dan tahniah buat rakan-rakan 9W6 yang sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk datang ke sini.


Tidak seperti teks ujian pada sessi ujian yang lepas kali ini juga boleh dikatakan teks ujian juga mirip kepada
'TSUNAMI' kerana di dalam ujian hantaran kali purata ayat-ayat lebih daripada lima abjad/perkataan tetapi kali ini ujian boleh dikatakan agak lebih mencabar dan peserta mesti tajam.

Ayat-ayat bagi sessi penerimaan :

GEMPA BUMI KUAT YANG DISUSULI OMBAK TSUNAMI SETINGGI  LEBIH
SEPULUH METER TELAH MELANDA TIMUR LAUT JEPUN PADA PETANG  JUMAAT LALU.
BANYAK HARTA BENDA MUSNAH DAN BERPULUH RIBU JIWA TERKORBAN AKIBAT BENCANA INI.


Sessi penerimaan angka-angka/nombor:

85940  76182  26253  45748  93070
65436  19108  39237  56281  47107


Keputusan tidak resmi seramai 18 orang telah lulus dalam ujian penerimaan dan penghantaran callsign mereka ialah:
1.9W2HCA
2.9W2CYL
3.9W2KPD
4.9W2PJU
5.9W2MWW
6.9W2BUN
7.9W2WKT
8.9W2XRS
9.9W2DKK
10.9W2XRO
11.9W2ESM
12.9W2YGC
13.9W6CED
14.9W6AJJ
15.9W6PAT
16.9W6KOM
17.9W6SID
18.9W6TLB

Sekalung tahniah juga buat 9M yang turut serta memberikan sokongan moral pada sessi ujian kali ini mereka 
yang hadir ialah 9M2AU,9M2AUR,9M2AIR,9M2AIS,9M2RIE,9M2YRS dan 9M6TMT

*Uniknya padanan callsign di atas ialah AIS cair menjadi AIR...air mengalir ke AUR....























Monday, March 21, 2011

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?

Tarikh keramat yang mana akan memutuskan sama ada anda akan ke sini lagi atau tidak kini cuma berada dipersimpangan sahaja,23hb hanya 2 hari daripada sekarang,emm..bagaimana dengan persediaan anda,kepada calon-calon yang return harap persediaan anda lebih mantap daripada dahulu lagi,kepada yang belum dan ini adalah buat pertama kalinya...harap anda tidak bertemankan kail sejengkal untuk menduga lautan dalam di Cyberjaya,namun jika anda hanya sekadar inginkan pengalaman janganlah hanya sekadar membiarkan diri anda kecewa digigit beruk yang dah lama kelaparan.

Sepertimana yang saya sudah maklumkan sebelum ini,tiada lintas lansung daripada saya janganlah kecewa insyaallah besar kemungkinan lintas lansung tersebut akan dibawakan khas untuk anda oleh 9m2aur dan rakannya 9m2yot pada kali ini,seperti anda juga pada kali ini saya juga akan ternanti-nantikan berita kegembiraan daripada sana....insyaallah.

Pesanan saya buat calon-calon ujian kali ini,dapatkan rehat yang mencukupi.....tidak macam saya dan rakan-rakan 1st badge cw test (mula-mula mcmc adakan ujian cw)kami tiba awal hingga sempat meninjau jalan dan
berdiri di depan pintu pagar MCMC..hehehehe...tidur pula jam 4 pagi agak sukar untuk lelapkan mata kerana diganggu oleh ketukan morse key oleh 9w2fz saudara Fadhil yang tak jemu-jemu membuat latih-tubi sehinggakan keesokan harinya...sepastinya nostalgia itu tak mungkin saya dapat lupakan...daripada kumpulan 5 orang hanya saya sorang sahaja yang membuat return...

Sila pastikan key anda dan bateri mencukupi....kecualilah bagi calon yang sekadar mencari pengalaman,bagi yang tidak ada mungkin agak sedikit sulit..key anda adalah keselesaan anda,jika menggunakan key rakan mungkin anda akan tidak biasa dengan ketengangan spring yang memerlukan anda acap kali membuat tuning.

"REHAT CUKUP MAKAN CUKUP....INSYAALLAH ANDA TAK MUNGKIN GUGUP"



ALL THE BEST UNTUK SEMUA CALON DAN KEPADA PARA PENYOKONG TERIMA KASIH KEPADA ANDA JIKA TURUT HADIR MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL"