LOCAL TIME GMT +8
Tuesday, September 18, 2007
CONTACT POINT KEY AKU DAH LEKANG/PROJEK TERBENGKALAI
Key aku tercabut/lekang contact point akibat terjatuh masa aku kemaskan bilik radio aku
nampaknya untuk minggu ni tak dapatlah nak main cw dengan cikgu Rahman,nak perbetul balik tak susah mana gam dengan supa glue aja tapi kalau dah tak da mood faham-faham ajalah.Aku ada dengar di 40m Haris(9m2all) ada tanya cikgu macam mana nak setting cw dekat ic706 mk2g hehehe...tu mungkin pasal dia lupa kot cara nak setting mode cw tu.Cikgu dok bakar dia katanya dia nak kasi baju kat aku hehehe.Cikgu punya bagi semangat dekat aku dengan Haris kata dia nak bagi baju kalau prestasi kami ok dekat Haris cikgu nak bagi 2 helai hehehe...Haris bukan apa dia nak tunggu 30wpm baru nak main cw kot..eemmm...bilalah agaknya aku dapat main cw dengan rakan seguru aku ni..
alahaiii!!! bersepah betul bilik radio aku ni,yalah aku punya bilik radio tu sebenarnya aku tumpang jap dekat stor.
Emmm...aku terbaca projek jurukaka yang masih lagi KIV eeemm...nampaknya kita senasib
projek pixie transceiver aku dah siap tapi aku masih tercari-cari casing yang sesuai.
Pixie txr ni masa aku test dulu masih ok tapi yang lecehnya broadcast station masuk kuat....ingat nak kena buat sedikit improvement.kelihatan dalam gambar juga adalah fm transmitter 250mw belum attach microphone,wire antenna dan wire supply dan 2 pixie pcb yang dah siap terpasang ic connector.
Semasa aku mengemas bilik radio aku aku mengutip beberapa antenna connector eemmm...
standby untuk sambung menyambung coaxial..hehehe.
Trap coil untuk 20meter band ni adalah satu-satunya pemberian mendiang Liew (9m2ln)
dan juga 4:1 balun yang dihadiahkan oleh Leow (9m2cp/9v1cp) masa eyeball hari raya yang lepas di qth aku.Hasil kerja tangan adik beradik ni memang kemas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment