Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, September 26, 2007

PERSIAPKAN DIRI BAGI MEMPELAJARI CW

Aku setuju sangat dengan kata-kata jurukaka dalam blognya,ramai rakan 9W yang mengharapkan yang agar cw dimasuhkan, mengubah penantian tersebut kepada persiapan diri menghadapi ujian cw untuk masa hadapan.
Aku tak salahkan mereka untuk berpandangan sedemikian kerana aku adalah seorang daripada yang berfikiran seperti mereka juga pada ketika dahulu,selepas JTM diambil-alih oleh MCMC aku amat mengharapkan agar MCMC mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa cw dimansuhkan,namun penantian hampa.

Lebih mengecewakan lagi aku dah punyai HF rig ketika itu dan mengharap sangat cw dibubarkan,ketika sedang asyik mengeksplorasi(MONITOR *saja) setiap band dan mode aku dapati semasa SSB mengalami penurunan propagasi cw band masih lagi boleh didengari apa yang aku faham cuma CQ CQ CQ cuma dua kod morse itu sahaja yang selebihnya aku "nganga...nganga dan nganga..seluas-luasnya"dua kod morse yang aku faham itu pun kerana aku pernah dengar masa 9M2SF-See Fung panggil dx station dekat Jota station di Sekolah Kebangsaan Titi Serong 10 tahun yang lalu.
Aku tertanya kepada diri aku sendiri,sekiranya kalau benarlah MCMC akan bubarkan morse code,sia-sia sahaja aku beli rig yang ada mode cw ni dan aku bertanyakan kepada diri aku lagi "apa callsign station yang bermain di cw band? apakah satu keuntungan jika aku dibenarkan beroperasi di hf tapi aku terpaksa menolak cw? Apa bestnya jika aku 9M yang on Dx cw langsung aku tak tau,cikgu dan 9M2AGC/Azlan beritahu nak rare station kena ke cw band...eemmm betul aku monitor banyak callsign yang pelik-pelik yang tak ada dekat SSB kerap aku dengar di cw portion tapi setakat boleh dengar dan faham sikit-sikitlah apa taknya 30-40wpm depa punya speed.

Mungkin latar belakang aku yang sewaktu ketika itu berminat dengan QRP atau terbinanya pixie transceiver aku kena "pulun"/tekun pelajari cw.
Aku terpaksa memandang lebih jauh ke hadapan jika aku nak upgrade lesen aku tiada jalan pintas buat aku,aku terpaksa korbankan masa untuk itu semua,bermula dengan kesilapan teknik pembelajaran aku dah bazirkan banyak masa namun nasib menyebelahi aku kerana 9M2GL arwah Haji Idris banyak membantu aku dalam hal berkaitan cw dan berbagai-bagai hal.

Pada mereka yang tak punyai guru untuk bertanyakan hal-hal berkaitan janganlah berasa susah hati aku percaya,ramai 9M2 termasuk aku sendiri tidak akan hampakan sebarang permintaan untuk tunjuk ajar kepada mereka-mereka yang benar-benar berhasrat untuk meningkatkan diri.
Pada aku kalau nak belajar membaca kenalah tahu abjad-abjadnya bila dah kenal abjad-abjad kena kenal bunyinya dan bila kenal bunyinya kena tau mengeja dan langsung anda akan boleh membaca,begitu juga dengan cw,kena kenal kod-kodnya dahulu kemudian perlahan-lahan anda dan boleh terjemahkannya.

Harapan aku pada 9W2,9W6 dan 9W8 "tidak seorang pun dapat mengubahkan diri anda sehingga anda mengubahkan diri anda sendiri" fikirkanlah..jangan terlalu mengharapkan cw dimansuhkan,jika benar anda diberikan kelayakkan untuk lesen A tanpa ujian morse pastinya anda akan berasa teramat ruginya bilamana anda terpaksa mengenepikan cw band dan akan ada jurang perbezaan antara 9M2 yang lulus dengan ujian morse dan 9M2 yang tiada morse.

3 comments:

Anonymous said...

See Fung bukan 9M2SF ?. salah bubuh kut

73

Marn Natural Hair Growth Serum said...

ok thanks fyi.

Anonymous said...

sama sama