LOCAL TIME GMT +8
Friday, November 2, 2007
MEMAHAMI PROPAGASI
Apabila kita bercakap mengenai propagasi kita menyentuh pengetahuan yang bersangkutan dengan pancaran gelombang radio.Kita sedia maklum bahawa apabila gelombang radio terpancar daripada radio/pesawat ia membawa bersama audio,sebaik diterima gelombang radio yang diolah kembali ke audio dan hasilnya suara anda terpancar di pesawat penerima.
Gelombang radio yang dipancarkan tadi adalah gelombang elektromagnetik yang bergerak melalui garisan lurus.Gelombang radio mempunyai sifat seperti cahaya,ianya dapat dipantulkan,dibiaskan,direfraksi dan dipolarisikan,300.000km/saat kelajuan yang menyamai kelajuan cahaya dapat kita bayangkan apabila gelombang radio ini berkemampuan mengelilingi dunia,maka dalam sesaat boleh mengelilingi dunia sebanyak 7 kali.
Kita ketahui dunia berbentuk sefera berbentuk agak bulat seperti bola,akan tetapi pancaran gelombang radio high frekuensi dari Malaysia boleh sampai di US yang terletak di balik bumi di sebelah sana,walhal ianya bergerak menuruti garis lurus.Phenomena alam seperti ini dihuraikan lebih jelas di bawah:
Di luar angkasa iaitu diluar lapisan atmosphere bumi terdapat lapisan yang dinamakan ionosphere,ionosphere adalah suatu lapisan gas yang terionisasi sehingga mempunyai muatan lestrik,lapisan ini berbentuk kulit bola raksasa menyelimuti bumi.Lapisan ini mempengaruhi kepada perjalanan gelombang radio.
Pengaruh-pengaruh penting dari ionosphere terhadap gelombang radio adalah bahawa lapisan ini mempunyai berkeupayaan untuk membias dan memantulkan gelombang radio
Apabila gelombang radio itu dipantulkan atau dibiaskan ianya bergantung kepada kepada frekuensinya dan arah sudut terpancarnya gelombang radio ke ionosphere.
Frekuensi radio yang mungkin dapat dipantulkan kembali adalah frekuensi yang berada pada range Medium Frequency(MF)dan High Frequency(HF).Adapungelombang radio pada range Very High Frequency (VHF) dan Ultra High Frequency (UHF)atau yang lebih tinggi,secara praktikalnya dapat dikatakan tidak dipantulkan oleh ionosphere akan tetapi hanya sedikit dibiaskan dan terus melepasi menghilang ke angkasa luar.Gelombang radio yang menghilang ke angkasa luar tadi dalam istilah "PROPAGASI" dan juga dikatakan "SKIP"
PEMBAHAGIAN BAND FREKUENSI RADIO
Very Low Frequency VHF 3-30KHZ
Low Frequency LF 30-300KHZ
Medium Frequency MF 300-3.000KHZ
High Frequency HF 3-30MHZ
Very High Frequency VHF 30-300MHZ
Ultra High Frequency UHF 300-3.000MHZ
Super High Frequency SHF 3.30GHZ
Extremely High Frequency EHF 30-300GHZ
Sumber dipetik dari BEON dan diolah kembali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment