Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, February 22, 2008

KEMANA HALA TUJU SELEPAS 9W???


Pertanyaan yang mampu dijawab oleh anda sendiri,kemana anda akan pergi selepas ini,adakah sudah cukup bagi kepuasan anda atau sebaliknya saya tak pasti,bagi yang menyahut cabaran sudah pasti 9M adalah target utama selepas 9W persoalannya berapa ramai yang sanggup mengalas sessi pembelajaran cw yang berbulan-bulan lamanya????
Bagi mereka yang hanya mampu berada di 9W fikirkan apakah yang ingin anda lakukan selepas ini??

Wednesday, February 20, 2008

9M6JC & 9M6TMT Di 20meter Band





Propagation malam semalam(20-2-2008) agak membuka namun stesen dari europe dan lain-lain tidak kedengaran,panggilan saya telah disambut oleh 9M6JC-Jhon dan 9M6TMT-Thom di 14.200Mhz,readability 59 20 dB over 9 signal kedua-dua stesen cukup clear macam local stesen,daripada qso saya difahamkan dua-dua rakan ham Sabah ini tinggal berdekatan, kedua-dua menggunakan yagi...emmm alahai saya saja dengan inverted Vee.Masa qso 12:36 UTC - 13:18 UTC band kemudian perlahan-lahan mula menurun,saya sempat menjengah setup station kedua-dua rakan tersebut di Qrz.com dan di flickr.com/photo eemm... memang puas hati habis dengan setup mereka ini.
Lain-lain photo menarik berkaitan mereka anda boleh lihat disini klik 9M6TMT photo dan klik 9M6JC photo

Friday, February 8, 2008

JAWAPAN BAGI PERTANYAAN 9W2YZU

Alhamdulillah sehari yang lepas semasa saya mobile dalam perjalanan ke saltmine,panggilan saya dijawab oleh kak Yong (9W2YZU) pertanyaan berhubung dengan persiapan beliau bersama kawan-kawan mempelajari cw dalam group tidak dapat saya jawab kerana status pemancaran saya ketika itu menghadapi kesulitan dan seperti mana telah saya janjikan kepada beliau dan juga kepada rakan-rakan yang mendengar ketika itu saya akan panjangkan di sini.
Soalan beliau apa cara yang terbaik untuk mempelajari CW dan adakah wajar sessi latihan diadakan dalam group atau kumpulan yang terdiri daripada lebih 3 orang dan berapa lama seseorang itu mahir dalam cw,dan apa kaedah terbaik untuk pelajari cw?


Pada hemat saya ada banyak pilihan yang kita boleh pilih,selagi ia mudah dan sesuai bagi kehendak individu itu sendiri, itu adalah yang terbaik untuk "beliau,saranan saya sila pelajari cw dengan menggunakan keadah Koch "koch method"keadah ini terbukti berkesan ramai ham di seluruh dunia berjaya menguasai cw dengan kaedah ini,namun harus saya jelaskan disini pokok pangkal kejayaan seseorang itu bukan 100% terletak bagus mana pogram yang beliau ada tapi adalah pada ketekunan dan latihan yang berterusan,bagi yang dah bermula syabas!!! atas daya usaha yang anda lakukan tapi awas jangan menggunakan kaedah atau pogram yang memerlukan anda typing bila menjawab jawapan,ingat!!!! segera tinggalkan cara ini....cara ini salah.
Anda perlu belajar mendengar dan cubalah belajar menulis di helian kertas..

Adakah wajar saya belajar dalam kelompok yang besar? jawapannya dibolehkan namun perlu dilihat dari sudut mana keadah pembelajaran itu dijalankan,jika seorang bertindak sebagai pengendali komputer dan menghantar kod-kod dan yang lain mendengar itu difikirkan terbaik,namun dikhuatiri banyak berbual dari belajar, ini kelemahan utama jika belajar beramai-ramai.Sebaliknya jadualkan pengendali komputer untuk setiap sessi latihan.Individu yang bertindak sebagai pengendali tone generator(komputer) anda boleh aju-ajukan kod yang dimainkan kepada salah seorang rakan mengikut putaran jika perlu.Sistem pembelajaran disini sesuai dijalankan dalam tempoh masa sekitar 1jam termasuk sessi tanya dan jawab.

Berapa lamakan masa untuk seseorang itu mahir mempelajari cw?
sukar untuk dinilaikan tahap kemampuan seseorang,cuba anda menilaikan diri anda sendiri lama mana anda akan menguasai cw ini tentu sukar kan?,ada sesetengah orang hanya memerlukan 5-6 bulan untuk mahir cw ada yang mengambil masa yang panjang mungkin hingga bertahun.Jadi jangan fikirkan ia,patuhilah jadual dan lakukan latih tubi dari masa ke semasa,jangan memaksa bila mana anda merasakan terlalu tertekan tinggalkan mungkin sehari atau dua dan kembali mengikutinya semula,ini dapat membantu anda lebih berkeadaan selesa.Hari demi hari berlalu anda akan dapat merasai sendiri tahap pencapaian yang sentiasa meningkat naik teruskan sessi mendengar dan mendengar.
Daripada beberapa peningkatan dan peningkatan terus dilakukan akhirnya anda dapat menguasai cw ini.Kaedah belajar berterusan adalah yang terbaik daripada anda menetapkan suatu target masa untuk anda menjadi mahir adalah lebih mengecewakan jika anda tidak mampu mencapai target anda itu, dan ini boleh membantutkan semangat anda dan bakal mengundang kekecewaan.

"Apabila benih disemai jangan harapkan hasil yang bakal anda kecapi dalam tempoh yang anda inginkan"sebaliknya bajai dan sirami benih tersebut anda akan melihat sendiri ianya akan tumbuh dan mengeluarkan hasilnya yang anda tak mendugainya"

Sunday, February 3, 2008

CW? CW? CW? APA YANG BAGUS SANGAT CW NI???DAN PERANAN HAM RADIO MEMBER

Saya percaya ramai di kalangan rakan ham yang belum pernah melihat/mendengar bagaimana komunikasi morse atau cw berlangsung,komunikasi 2 hala atau lebih antara suatu stesen ham dengan stesen ham yang lain.Bagi mereka yang belum pernah melihat bagaimana komunikasi cw dijalankan harap luangkan masa anda untuk meninjau di qth rakan 9M yang berdekatan dan melihat sendiri keunikan komunikasi cara ini dilakukan.Garis sengkang membawa irama sebagai da dan noktah sebagai dit dimainkan dengan rythm yang berlainan membawa maksud tertentu hanya difahami oleh mereka yang benar-benar memahami erti kod atau irama-irama tersebut yang ditafsirkan kepada ayat-ayat iaitu maklumat yang hendak disampaikan.

Mengapa perlu cw? mengapa perlu cw? ya...sesuatu yang unik jika kita ketepikan akan hilang keunikan dan keistimewaannya begitu juga dengan morse,kita lihat dewasa ini perhubungan komunikasi semakin canggih dunia digital mengambil alih era dahulu namun secanggih mana pun sesuatu alatan perhubungan itu tak akan sama dengan pengetahuan cw yang tertanam diminda anda ini dapat disaksikan apabila berlaku bencana alam yang besar seperti tsunami,banjir besar dan lain-lain malapetaka yang besar,komunikasi canggih lumpuh jika mode perhubungan yang canggih seperti Fm,Rtty,Am dan SSB gagal berfungsi dengan baik lebih mendukacitakan jika komunikasi satelite juga menghadapi jalan buntu..mungkin dengan keadaan yang terdesak pengetahuan dan kemahiran yang ada ahli radio amatur dapat membina litar ringkas transciever untuk membuat perhubungan bagi mendapatkan bantuan dari luar tidak mustahil kan.

Apabila membicarakan topik berkaitan cw mungkin pada tanggapan mereka yang buta mengenainya akan selamba bersahaja merujuk kepada era perang dunia ke 2 dah ketinggalan zaman,apa tak nya komunikasi morse adalah sinonim dengan penggunaan era zaman tersebut itulah tanggapan mereka adakah mereka tahu kenapa dan mengapa cw adalah pilihan yang tepat penggunaannya untuk selama-lamanya.Begitu jugalah pendapat mereka yang melihat ahli ham berkomunikasi antara satu sama lain bersahaja mereka akan berkata "hobi ham radio...eeeemm bersembang sahaja"hobi apanya???"kadang-kadang kita sebagai ham ni rasa berdesing juga telinga bila ungkapan sebegini diluahkan oleh mereka yang hanya melihat dari satu sudut sahaja,akan penampilan kita sebagai ahli ham radio ini,apa pun hanya jauhari yang mengenal manikam!!! sukar untuk mereka menerima bahawa QSO itu adalah salah satu daripada hobi sebagai ham....dan adakah mereka tahu apa kepetingannya ahli ham dan kemahiran yang mereka ada?,melalui ekperimentasi radio dan antenna!,tika malapetaka menimpa handphone atau telefon rumah tiada membawa makna lagi maka ahli ham radio lah yang akan memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat,ham selaku perantaraan akan bertindak memastikan maklumat dapat disalurkan dari masa ke semasa kepada pihak yang memerlukan.

Berbalik kepada perhubungan cw tadi apabila band condition Am,Fm atau SSB*Single Side Band(keadaan band sudah berubah(skip band)iaitu mengalami kesukaran untuk difahami cara yang terbaik untuk melanjutkan masa komunikasi cara yang terbaik adalah berpindah kepada CW band.Walau dalam keadaan yang sukar sekali pun masej atau maklumat-maklumat anda masih boleh dihantar dan diterima oleh rakan ham yang lain.
Beropersi di band cw adalah lebih menguntungkan kerana anda tak perlu menggunakan kuasa pemancar yang besar,5 watt sudah memadai untuk berQSO,untuk makluman anda berpuluhribu stesen ham serata dunia masih menggunakan qrp rig untuk tujuan komunikasi dxing,kepuasan adalah bila pemancar 1/4 watt dengan kuasa bateri 6v-9v sudah boleh mencapai jarak beribu batu.
Cw yang menggunakan kuasa pemacar dan RF yang kecil tidak atau kurang medatangkan kesan radiasi kepada kita dilihat suatu yang praktikal disamping mudah dibawa kemana-mana.
Alamak!!! radio aku rosaklah!!!AM,SSB,FM dah kaput cuma CW saja yang masih ok,errr alamak!!! microphone aku dah rosaklah!!! macam mana ni nak on air???
mungkin itu lah yang akan anda lafazkan apabila transceiver anda mengalami kerosakan,namun... tidak jadi masalah jika anda adalah ham yang mempunyai kemahiran dalam cw,anda masih lagi dapat berhubung dengan rakan anda.
Aisey!!! band condition dah berubahlah....tak bolehlah nak QSO.....eemmm tak jadi masalahkan jika anda tahu menggunakan cw.
Bagi mereka yang mahir dalam elektronik anda dapat membina sendiri micro transceiver anda sekitar Rm50 atau kurang daripada itu projek transceiver seperti pixie anda boleh lihat projek micro transciever klik di sini
Bagi mereka yang tak mahu mengetahui hal-hal berkaitan cw usahlah ganggu mana-mana stesen yang berQSO perkara-perkara berkaitan cw,bukan niat mereka untuk ego atau sebagaimana yang difikirkan oleh segelintir rakan,tujuannya ialah tak lebih untuk membakar semangat rakan-rakan yang teragak-agak untuk maju setapak kehadapan janganlah menekan-nekan ptt untuk memintas QSO yang sedang berlangsung,mungkin ada di antara tips-tips yang amat berguna boleh anda atau rakan ham yang lain perolehi apabila memantal mana-mana stesen yang berbicara perkara berkaitan cw.

Friday, February 1, 2008

Majalah 3 introduction to Ham Radio