Alhamdulillah sehari yang lepas semasa saya mobile dalam perjalanan ke saltmine,panggilan saya dijawab oleh kak Yong (9W2YZU) pertanyaan berhubung dengan persiapan beliau bersama kawan-kawan mempelajari cw dalam group tidak dapat saya jawab kerana status pemancaran saya ketika itu menghadapi kesulitan dan seperti mana telah saya janjikan kepada beliau dan juga kepada rakan-rakan yang mendengar ketika itu saya akan panjangkan di sini.
Soalan beliau apa cara yang terbaik untuk mempelajari CW dan adakah wajar sessi latihan diadakan dalam group atau kumpulan yang terdiri daripada lebih 3 orang dan berapa lama seseorang itu mahir dalam cw,dan apa kaedah terbaik untuk pelajari cw?
Pada hemat saya ada banyak pilihan yang kita boleh pilih,selagi ia mudah dan sesuai bagi kehendak individu itu sendiri, itu adalah yang terbaik untuk "beliau,saranan saya sila pelajari cw dengan menggunakan keadah Koch "koch method"keadah ini terbukti berkesan ramai ham di seluruh dunia berjaya menguasai cw dengan kaedah ini,namun harus saya jelaskan disini pokok pangkal kejayaan seseorang itu bukan 100% terletak bagus mana pogram yang beliau ada tapi adalah pada ketekunan dan latihan yang berterusan,bagi yang dah bermula syabas!!! atas daya usaha yang anda lakukan tapi awas jangan menggunakan kaedah atau pogram yang memerlukan anda typing bila menjawab jawapan,ingat!!!! segera tinggalkan cara ini....cara ini salah.
Anda perlu belajar mendengar dan cubalah belajar menulis di helian kertas..
Adakah wajar saya belajar dalam kelompok yang besar? jawapannya dibolehkan namun perlu dilihat dari sudut mana keadah pembelajaran itu dijalankan,jika seorang bertindak sebagai pengendali komputer dan menghantar kod-kod dan yang lain mendengar itu difikirkan terbaik,namun dikhuatiri banyak berbual dari belajar, ini kelemahan utama jika belajar beramai-ramai.Sebaliknya jadualkan pengendali komputer untuk setiap sessi latihan.Individu yang bertindak sebagai pengendali tone generator(komputer) anda boleh aju-ajukan kod yang dimainkan kepada salah seorang rakan mengikut putaran jika perlu.Sistem pembelajaran disini sesuai dijalankan dalam tempoh masa sekitar 1jam termasuk sessi tanya dan jawab.
Berapa lamakan masa untuk seseorang itu mahir mempelajari cw?
sukar untuk dinilaikan tahap kemampuan seseorang,cuba anda menilaikan diri anda sendiri lama mana anda akan menguasai cw ini tentu sukar kan?,ada sesetengah orang hanya memerlukan 5-6 bulan untuk mahir cw ada yang mengambil masa yang panjang mungkin hingga bertahun.Jadi jangan fikirkan ia,patuhilah jadual dan lakukan latih tubi dari masa ke semasa,jangan memaksa bila mana anda merasakan terlalu tertekan tinggalkan mungkin sehari atau dua dan kembali mengikutinya semula,ini dapat membantu anda lebih berkeadaan selesa.Hari demi hari berlalu anda akan dapat merasai sendiri tahap pencapaian yang sentiasa meningkat naik teruskan sessi mendengar dan mendengar.
Daripada beberapa peningkatan dan peningkatan terus dilakukan akhirnya anda dapat menguasai cw ini.Kaedah belajar berterusan adalah yang terbaik daripada anda menetapkan suatu target masa untuk anda menjadi mahir adalah lebih mengecewakan jika anda tidak mampu mencapai target anda itu, dan ini boleh membantutkan semangat anda dan bakal mengundang kekecewaan.
"Apabila benih disemai jangan harapkan hasil yang bakal anda kecapi dalam tempoh yang anda inginkan"sebaliknya bajai dan sirami benih tersebut anda akan melihat sendiri ianya akan tumbuh dan mengeluarkan hasilnya yang anda tak mendugainya"
1 comment:
Sdr. Azman, terima kasih atas panduan yang diberikan. Setakat ini alhamdulillah saya percaya "we are in the right track". :) Saya sokong dengan pernyataan bahawa ketekunan dan latihan berterusan seseorang individu itu merupakan faktor penentu kejayaan dalam menguasai Morse Code ini. Saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan yang begitu :)
Post a Comment