Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, April 12, 2008

5 Minit Sahaja


Mungkin ada tertanya kenapa dan mengapa 5 minit saya letakkan sebagai tajuk posting saya kali ini,sebagai ham yang serba kekurangan disebabkan 5 minitlah yang meletakkan saya sebagai 9M,bagi saya 5 minit adalah satu masa singkat awalan perbabitan anda untuk mendalami,menghayati dan mencintai cw,kata pepatah tak kenal maka tak cinta.

Berdasarkan pengalaman saya dalam mempelajari morse adalah terlalu sukar untuk saya memberikan penumpuan kepada sessi mendengar morse 15-20minit satu sessi,untuk permulaan ternyata ia adalah satu tempoh masa yang dirasakan teramat panjang,bagi rakan-rakan yang pernah menduduki morse test 12wpm yang berlangsung terasa lama sangatnya.

Untuk sessi permulaan,perkenalan untuk mendengar cw 5 minit adalah satu tempoh masa yang agak sesuai,biasakan dengan keadaan ini kemudian tingkatkan masa mendengar 5minit ke 8 minit kemudian ke 10,15 dan 20 minit.

Disebabkan ketiadaan komputer di rumah cuma berbekalkan hand phone Nokia 6020 kod-kod tone cw direkod dalam "amr"file dan 5 minit sahaja masa yang terpanjang boleh dimainkan,namun ternyata 5 minit tersebut adalah satu langkah awal untuk saya membiasakan diri untuk sessi permulaan 15-20 minit.
Pada peringkat awal ternyata ada sedikit masalah untuk anda mendengar dit dan da bunyinya semacam sahaja dan tentu sekali untuk sessi permulaan 15-20 minit itu dirasakan terlalu panjang,pada sessi permulaan cukuplah sekadar 5 minit A-Z dimainkan .
Bilakah Waktunya?Saya sentiasa Sibuk?

Saya sibuk tiada masa sibuk sangat-sangat!,kalau nak ambil exam pun tahun depanlah! baru saya nak berikan penumpuan sepenuhnya,saya sibuk dengan tugas dan kerjaya,ini adalah pertanyaan yang sering bermain-main di minda anda,selagi ada pertanyaan selagi itu anda mengudang kepayahan untuk memberikan tumupan kepada niat anda untuk mempelajari cw,jangan berikan jawapan yang anda tak pasti,jangan letakan satu noktah (.)atau koma (,)kepada jawapan anda.

Saya telah perkatakan perkara berkaitan dengan "mind set" pada posting saya yang lepas nah! lihat kembali kepada ucapan-ucapan yang anda katakan seperti di atas,anda sebenarnya tanpa sedar telah "set" satu bentuk halangan dalam hidup anda nescaya faktor-faktor ini sedikit sebanyak menganggu prosess pembelajaran anda.

Kita lihat bagai mana slogan "MALAYSIA BOLEH' itu memberikan impak kepada para athlit-athlit kita,slogan "TAK NAK" kepada kempen berhenti merokok,oleh itu katakan "SAYA BOLEH" untuk slogan anda untuk menguasai cw.

No comments: