Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, April 30, 2008

Bagaimanakah pencapaian cw anda sehingga kini?

Bertemu kembali dalam posting saya kali ini,dah lama juga tidak menyentuh perkara berkaitan cw apa pun posting kali ini ingin mengajak anda bertanya kepada diri anda sendiri sejauh mana tahap pencapaian anda dalam mempelajari cw,apakah masih terlalu jauh atau sudah mencapai tahap kepuasan yang anda idamkan.

September 2008 cw test yang akan datang iaitu 4 bulan dari sekarang adalah satu tempoh yang boleh dikatakan agak selesa untuk memperkasakan tahap pencapaian cw seseorang,bagi saya sendiri usaha untuk ke arah 30wpm masih lagi dalam pemburuan,sessi mendengar masih lagi diteruskan walaupun lesen kelas A yang saya idamkan telah saya perolehi,untuk permulaan saya target untuk lulus ujian,namun sebagai manusia biasa kita sering teransang dengan keinginan untuk melakukan sesuatu yang orang lain bisa mampu mengapa kita tidak? ada sesetengah pihak berfikir ke arah itu tapi sayang tiada didokong dengan perlaksanaan yang jitu.

Rata-rata faslitator yang mengendalikan kem motivasi yang telah saya hadiri banyak memperkisahkan sesuatu permulaan dengan tajuk "Bermula dengan saya"agak kasar jika diibaratkan nasi sudah disuapkan dimulut tapi jika empunya diri tak nak juga makan tiada maknanya.Catatan blog saya diharapkan boleh memberikan sedikit galakan kepada rakan-rakan yang ingin mempelajari cw atau yang sudah bermula di setengah jalan.
Oh ya!sesuatu yang positif untuk apa-apa keinginan sentiasa "bermula dengan saya" tanya diri anda "Adakah saya boleh" jawapannya tentu "saya boleh,saya akan bermula dengan perlahan-lahan""Jika mereka boleh mengapa saya tidak?""Jika saya gagal dan orang yang dah gagal banyak kali pun boleh berjaya mengapa saya tidak? jangan ada sikap negatif seperti "saya tak boleh,saya tak ada masa saya selalu dengar tapi kenapa tak boleh-boleh lagi!?" jangan dahulukan dengan suatu pemikiran yang negatif"negatif mind set" motivasi diri adalah penting dalam menaikkan rasa bersemangat untuk mencapai impian anda."ingatlah allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga mereka mengubah nasib dirinya".

Apa perlu anda lakukan sepanjang 4 bulan masa baki yang tinggal?

1.Saya sarankan sentiasa mempergunakan masa yang terluang untuk mempermantapkan kemahiran cw anda dan semak kembali apa-apa kod yang anda masih teragak-agak untuk menjawab,groupkan dan mainkan sepanjang sessi mendengar,contoh jika anda bermasalah dengan C,Y,Q buatkan satu kod group bagi kod tersebut dan mainkan,kebanyakkan handphone punyai function merakam,gunakan kemudahan ini dan mainkan di mana sahaja anda berada.

2.Ketika saya diperingkat awal nombor yang saya anggap susah ialah 3 dan 7 bagaimana dengan anda? lakukan perkara yang sama seperti diatas.

3.Jangan beritahu saya anda tak punya masa yang cukup untuk sessi mendengar,jika anda pergi kerja dengan kereta perjalanan memakan masa selama 30minit gunakan masa tersebut,tak perlu 30minit jika anda rasa cepat boring 10-15minit dah cukup,jangan on rig luangkan masa terhad yang anda ada untuk sessi mendengar.

4.Adakah anda mampu untuk mencatat setiap kod yang anda dengar?
jika ya syabas jika lopong-lopong pastikan anda tandakan dash @ sengkang pada kod yang anda tercicir,teruskan mendengar dan mendengar untuk memantapkan kemahiran cw anda.Pernahkah anda pergi ke kedai runcit atau membeli ikan di pasar,tentu anda pernah lihat taukeh/pekerja yang lama membuat timbangan,cuba lihat skill beliau sekilogram yang anda minta dicedoknya/diambilnya tidak tersasar jauh lebih kepada tepat sekilo kalau lebih pun sedikit sahaja,kalau mekanik pula pegang aja kepala bolt dah tahu spanner saiz apa,moral kisah tersebut walaupun ianya tak ada kaitan dengan cw sesuatu yang dilakukan selalu/berulang-ulangan,skill bila dirujuk kepada proses pembelajaran cw melalui pendengaran yang berterusan anda akan dapati "refleks" akan muncul dalam diri anda dengan sendirinya.

"study hard is better than (no heart) hi hi hi

4 comments:

9w2ibr said...

Betul ke masa exam tu ujian mendengar diadakan dalam dewan?

20dB Over 9 said...

ya betul sessi ujian diadakan di dalam dewan,sending session by computer....sebelum ujian diadakan sessi percubaan akan dimulakan mereka akan hantar beberapa saat dan sila feedback jika anda tidak berpuas hati tentang apa sahaja.tolong beri perhatian kepada tone yg dihantar minta mereka set kepada 600hz amati penghujung tone jangan ada terdapat echo/gema,ini pernah terjadi semasa saya exam dahulu,bunyi echo akan menggangu konsentrasi anda juga adakah bunyi aircond menggangu anda? jika ya minta mcmc switchoff aircond tu.
kita berhak untuk mendapatkan situasi yang menyelesakan kita untuk lebih fokus,jangan lupa utk off handphone...mcmc akan maklumkan hal ini saya sekadar mengingatkan sahaja,kalaulah ada **** offer/tanya nak repeat ke tak ramai-ramai pakat setuju.

9w2ibr said...

Betul ke kalau nak apply 9M kena tunjukkan log book pd MCMC?

20dB Over 9 said...

saya tak dengar perkara berkaitan dengan ni lagi pun,pada masa saya apply 9M saya kena sertakan sketch 1pc antenna HF dan 1pc antenna vhf,tak pasti pula pasal log book tu..kena tanya rakan-rakan yang mana ada info pasal ni.