Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, April 21, 2008

Kenapa dan mengapa masih belarutan?

Acap kali kita mendengar penggunaan Q code yang salah di repeater ataupun di simplex frekuensi,pandangan saya kalau menegur di repeater mungkin agak kurang manis dan boleh menjatuhkan air muka seseorang walaupun ianya bersifat untuk membetulkan keadaan.Perkara yang terbaik yang boleh dilakukan ialah jika seseorang ham itu bernaung di bawah sesuatu persatuan hal-hal sebegini sepatutnya diperbetulkan melalui pemantauan oleh biro yang bertanggungjawab atau anda sebagai ham yang lebih memahami perjelaskan kepada mereka mengenai hal demikian.

Sekiranya seseorang ham itu kurang mahir dengan penggunaan Q code elakkan daripada menggunakannya.Ayat yang sering saya dengar ialah "saya nak signout dulu QRX 73" "Saya nak minta QRT dulu 73""nak minta 73 dulu" "QRX langsung QRT"
*QRX dan QRT dan ucapan 73 tak perlu anda minta itu hak anda.

73- 73 ni semacam greeting/ucapan perpisahan contoh macam'selamat malam,sayonara,bye-bye,selamat jalan.Eh betulkah! penggunaan ayat saya minta 73 dulu ?emmm.....cuba kita fahami ayat tu "saya minta selamat jalan"
ahaa....nampak tak apa yang silapnya dengan penggunaannya itu?

QRX dan QRT perlu fahami sedalam-dalam maksudnya jangan disalah guna pakainya,
QRX seperti macam kita minta time off ertinya anda mungkin nak excuse nak pergi isi minyak kereta,nak pergi bilik air,nak cari pen,nak jawab 55 emm.. lebih afdal sebutkan berapa lama 2minit,5 minit kalau lama sangat eloklah signout dulu,lepas settle semua masuk balik tak ada masalah dan tak memeningkan kepala rakan-rakan untuk pass mic kepada putaran berikutnya.

QRT maksudnya berhenti memancar dalam istilah mudah tak nak QSO dah! nak tutup stesen,closing down the station,kata oghang putih "pulling the big switch"errr atau "see you further down the log".
sebaik perkara yang perlu dipraktiskan ialah luangkan masa 10-20saat untuk standby jangan terus ditutup radio anda,mungkin ada terdapat rakan yang memerlukan anda di saat-saat akhir bicara.


Jika anda punyai hf receiver cuba monitor di cw portion cuba dengar qso qso yang sedang berlangsung ada ke tidak disebutkan QRX dan QRT di akhir qso?

5 comments:

9w2ibr said...

Abg man, salahkah kalau kita bubuh imbuhan seperti ber, nya, dsb. Contohnya perkataan berQSO, QRLnya..etc? Saya confius sebab ada rakan yg bagi tau nak bubuh imbuhan tak boleh pada Q code.

20dB Over 9 said...

terima kasih atas feedback anda,bagus pertanyaan anda tu,sebenarnya Q code adalah Q code tak boleh ditambah-tambah.
kalau kita rujuk maksud Q code itu sendiri dah jelas maksudnya,penambahan imbuhan nya,an,kan tu atas kehendak kita bukannya ada tercatat dalam mana-mana SOP pun,QROkan,QSPkan emm...dalam tulisan saya pun kalau tak silap saya ada gunakan penambahan imbuhan berQSO,sebenarnya tak salah, pokok pangkalnya kita memahamai maksud Q code itu yg paling penting,kita lihat bandingan ayat "saya sempat berQSO dengan beliau semalam""saya sempat QSO dengan beliau semalam"maksud masih sama,"tolong QROkan transmission anda""tolong QRO transmission anda"yang penting disini ialah sebagai ham kita perlu memahami maksud sesuatu Q code itu,ingat bukan sekadar tahu sebut tapi tak tahu makna,penambahan imbuhan bagi pendapat saya tak salah,jika rasa iannya agak kekok untuk digunakan jangan guna itu sahaja,dalam menjawab soalan rae kita takkan terjumpa jawapan bagi Q code menunjukkan kuasa pancaran tinggi ialah QROkan...jawapannya mesti QRO,yg penting kita tahu maksudnya.Bahasa perhubungan radio amatur yang kita gunakan/pratikkan dah cukup membezakan antara golongan ham dan golongan lain seperti "geng tarik kereta,sequrity,jaga parking,pengguna rangkaian rakyat(CB)masing-masing mempunyai callsign tapi adakah tatacara berkomunikasi lebih efisien,mengikut sop yg termaktub.

20dB Over 9 said...

PERHATIAN....!!!

Penambahan imbuhan pada Q code tak wajar dipraktikan kerana Q code sendiri dah cukup jelas apa yang hendak diperkatakan,sila abaikan sebahagian komen saya di atas,jika terdapat ada ham yang mempraktikkan 2 tatacara yang berlainan ia akan mengundangkan salah faham mengenai penggunaannya Q code yang asal.
kenapa ada ham menggunakan penambahan Q code kenapa ada segelintir tidak.

yongzu @ 9W2YZU said...

(kenapa ada ham menggunakan penambahan Q code kenapa ada segelintir tidak)

IMHO, perbezaan nyata di antara dua kumpulan ini adalah satu golongan "tahu" apa yang sepatutnya digunakan dan satu lagi sekadar "menurut atau mengikut" apa yang mereka dengar yang sedang dipergunakan pada masa ini.

9w2ibr said...

tapi saya ada juga terlihat di beberapa laman web diluar sana yang menulis spt QSOs...yakni dengan menambahkan huruf di Q code. So adakah spt itu dibolehkan?