Alhamdulillah semalam saya sempat bereyeball bersama 9M2RZL sekitar jam 10.30-12.40pm di Tom Yam Pattaya Nibong Tebal, terlajak beliau sampai di sini satu pertemuan tak formal diadakan bersama beliau em...bukan senang nak jumpa dengan mamat sorang ni hi hi,terasa bersalah juga sebab tak menjenguk beliau ketika terlantar di rumah,kesan kecederaan akibat kemalangan masih lagi membantut pergerakan beliau,riak wajah yang menahan kesakitan semasa mengatur langkah tanpa tongkat tak menjadi halangan untuk beliau bergerak ke mana sahaja.
Perbincangan kami berdua banyak berkisar bagaimana nak encourage 9W untuk upgrade ke 9M dan beberapa faktor mengapa kurangnya minat 9W dalam HF turut diperbincangkan antaranya ialah:
1.Kurangnya pendedahan kepada aktiviti-aktiviti bercorak Dxing
2.Kurangnya pengetahuan dengan dunia HF
3.Kurangnya galakan daripada 9M
4.Berasa kepuasan QSO 2meter kerana adanya national linking
5.Merasa 2 meter band dah memadai untuk hobi ham
6.Berpendapat HF adalah suatu yang sukar perlu modal besar,sebut saja HF dalam kepala terfikir ATU dan antenna yang mahal.
7.Kurangnya pendedahan kepada QRP Ring dan homebrew
8.Persediaan menghadapi kecemasan cukup sekadar adanya handy sahaja
9.Cw "Fear Factor"
kami berdua sependapat bahawa adanya 6 meter band dan 10meter band adalah merupakan satu batu loncatan kepada 9W untuk pergi lebih jauh lagi ke band-band yang lain dengan cara(upgrade ke 9M)"keinginan yang menebal" untuk beroperasi di all band adalah satu peransang peribadi dan di samping ingin melengkapkan koleksi QSL kad di band HF yang lain.
Kami juga sependapat melalui tulisan-tulisan yang bersifat peransang adalah satu cara alternatif untuk 9W mengorak selangkah ke hadapan dan istilah "JARUM"dan "RACUN"membawa makna yang mendalam kepada segelintir 9W.
Sekali air bah sekali pantai berubah,kemunculan callsign-callsign baru direpeater selepas mendapat AA bak cendawan tumbuh selepas hujan mencungap-cungapkan relay repeater,episod pelanyakan repeater seumpama bermusim seperti penjaja air tebu dan kelapanya namun apa yang terjadi musim panas tak kekal lama perlahan-lahan satu demi satu callsign hilang dari udara hilang bersama angin berlalu."Gone With the Wind" kata orang putih hi hi!.
Rasionalnya inilah yang acap kali terjadi,hanya ham sejati sahaja yang terus bertapak di arena hobi ini namun persoalannya apakah mereka cukup berpuashati dengan apa yang dicari? atau masih lagi mencari suatu yang tak pasti.
"ALANG-ALANG MAIN RADIO BIAR SAMPAI 9M"
LOCAL TIME GMT +8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment