LOCAL TIME GMT +8
Wednesday, April 16, 2008
PROJEK ANTENNA QUAD 4 ELEMENT
Saya dah pernah buat antenna quad ni 2 tahun yang lepas,performance dia memang bagus sekali,antenna scatch ini asalnya daripada 9W2AU-Azlan Ujang.Dalam pembikinannya saya tidak berjaya untuk mendapatkan swr yang terendah cuma sekitar 1.5-1.8,namun semasa antenna diletakkan sekitar 10 kaki sahaja saya dapat berQSO dengan satu stesen di Lunas Kedah(9W2YM)cikgu Suhaimi dengan hanya 5w sahaja report saya terima 59.Element yang saya pergunakan ialah aluminium rod 3mm (Untuk Welding rod)dulu harganya Rm1.50 sebatang sekarang mungkin harganya dah melambung naik.
Saya gunakan paip pvc 1/2 yang digunakan untuk kerja-kerja wiring,bagi menyambungkan element-element antenna saya gunakan electrical pvc connector 30amp buangkan insulatornya untuk kelihatan kemas,untuk mendapatkan bengkokan sudut 90 darjah saya gunakan segi papan lapik katil hi hi hi namun antenna ini terpaksa saya turunkan kerana menjadi "kiat"shapingnya dah lari kerana tak tahan selalu berjemur di tengah panas.
Apa pun selamat mencuba,oh ya masukkan kayu batang penyapu yang diasah kedalam boom antenna supaya ianya tidak mudah melentur dan jangan lupa untuk seal feed point dengan insulation tape,saya gunakan batang aiskrim untuk support feed point antenna dengan cara parallel diatas feed point dan dibaluti dengan tape.
*Antenna sebegini juga yang digunakan oleh Pak Yop/9W2YR untuk simplex dari Penang ke Selatan dan juga berjaya mengekses terus ke repeater Genting ketika menetap di appartment Gelugor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment