Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, April 15, 2009

MASIH AKU TERKENANG WALAUPUN SUDAH BERLALU

Mengenang kembali saat kepayahan yang dilalui bagaimana saya dan rakan-rakan seperjuangan dapat menguasai morse ada manis dan ada pahitnya.Pahit apabila terkenangkan diri ini yang tak punya teman untuk belajar bersama-sama.
kalau ada pun nun jauh di Selatan,saya berterima kasih kepada 9W2HKL(9M2ALL) sessungguhnya pertemuan singkat di repeater RKW juga pertemuan empat mata dengan beliau di Uitm Shah Alam mengajak saya kembali bersama menduduki cw untuk kali yang ke2 dan ke3 bagi bagi beliau.Pertemuan yang sesingkat juga mempertemukan saya dengan haji Idris yang pada ketika itu mengadakan kelas persediaan menghadapi RAE yang dianjurkan oleh Mares.

Saya memperkenalkan diri dan memaklumkan saya antara pendengar setia sessi pembelajaran morse kod yang kedalikan oleh beliau ketika itu,namun nasib masih tak menyebelahi saya kerana berbekalkan ilmu yang tipis saya kandas di medan cw Cyberjaya.Beliau sempat memberikan beberapa tips dan nasihat yang amat berguna,latih-tubi dan terus mendengar adalah yang disarankan oleh beliau.

Berbalik kepada 9W2HKL saya mengenali beliau secara tak langsung ketika sessi kelas cw dijalankan sebelum ini oleh arwah haji Idris di sub repeater RKW yang terletak di puncak Bukit Larut pada ketika itu.Seingat saya antara yang setia mengikuti
kelas cw adalah( 9W2ABC-Hasni 9M2ABC),(9W2JPJ-Lokmal 9M2CIA),(9W2RV-Mior 9M2MMM),(9W2KD Dr Khairudin 9M2KMA)dan juga Rizal-9W2RZ 9M2RZL)dan Nazali 9W2NAZ(9M2NAZ)

Episod pengenalan dengan beliau tidak hanya berakhir di situ sahaja,ada masa beliau menelefon saya atau saya menelefon beliau,saya akan mainkan group group ringkas cw,kami berdua antara anak didik 9M2GL arwah Haji Idris iaitu seorang yang memperjuangkan cw sehingga ke akhir hayatnya.Apabila beliau balik ke sini,ke Seberang Jaya kesempatan yang ada kami mengadakan pertemuan mentelaah bersama-sama,
beliau dengan laptopnya saya bersama "poor man key saya"sesambil kena teh sesambil adakan sessi penghantaran/penerimaan,ada sesekali pak cik kedai kedai makan tu bertanyakan.....senyum sinis kami menceritakan serba ringkas sedar tak sedar kedai pun nak dah ditutup hehehehe,menyedari betapa sukar perjalanan kami berdua untuk mencapai ke tahap ini,maka wujudlah keazamanan untuk teruskan usaha yang telah dimulakan oleh arwah haji Idris.

Walaupun tidak secara langsung namun bahang pembakar semangat tetap dirasai bagi yang memahami niat yang tersemat di hati.Haris pernah beritahu saya beliau pernah menjemput GL dan bawa ke suatu tempat padang atau sebagainya dan minta beliau mengajarnya cw,begitulah hakikatnya apabila kemahuan belajar diletakan pada tahap tinggi dan berada pada landasan yang betulnya,tiada erti malu,tiada erti menganggu.
Semasa sessi kelas cw berlangsung di udara kami saling sms sesama untuk bandingkan apa jawapan yang masing-masing dapat,untuk terus jawab soalan tiap kali diajukan mungkin akan nampak monopoli sessi kelas langkah terbaik adalah rujuk sesama sendiri.
"Ada sapa-sapa sudi nak jawab""Haris! 9W2HKL adakah Haris?" itu panggilan yang sering ditujukan kepada Haris apabila tak ada respon daripada sesiapa di frekuensi,bagi saya agak sukar untuk memancar cuma sesekali sahaja saya berpeluang untuk respon kepada beliau.

"mungkin daripada seberang longkang kot"itu antara bait kata yang masih saya ingat, beliau tujukan kepada signal-signal yang menganggu pancaran beliau ketika sessi kelas diadakan.Pertemuan pertama di Uitm adalah yang pertama dan untuk selama-lamanya,sms terakhir "all the best saya doakan"ringkas tetapi cukup bermakna saya terima daripada beliau sebelum memasuki bilik ujian.Alhamdulliah berkat doa beliau dan kesungguhan, kami berjaya dalam sessi ujian kali ini.Saya sempat berhubung beliau untuk memaklumkan pengkhabaran gembira.

Semua itu telah berlalu,bagi saya detik itu cukup manis pasti terpahat di sanubari,mungkin juga sebagai hadiah hari jadi saya yang genap ke33 pada hari itu,detik itu juga merupakan detik yang pahit di mana saya telah dimaklumkan oleh Haris sejurus dalam pejalanan pulang ketika sampai di Simpang Pulai yang 9M2GL telah pergi mengadap illahi.


Ramai yang tidak tahu callsign saya yang pertama adalah 9M2AZA,kemudian ditukarkan kepada 9M2MGL dan Haris pula adalah 9M2HKL kemudian juga bertukar kepada 9M2ALL.

No comments: