Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, December 11, 2009

HANYA SATU CATATAN

Haji Rashid 9M2RS,Eshee 9M2FK,Pak Kamal 9M2FX,Cikgu Rahman 9M2AR,Pak Baha 9M2SB,9M2RB dan beberapa orang yang tak saya catatkan disini adalah merupakan satu nama besar dalam dunia amatur radio tanahair ,lamanya lesen mereka lebih lama daripada kehidupan saya yang masih mentah dan banyak kurangnya,kenapa mereka masih mampu berada dalam kelompok jenerasi seusia anda dan saya? kenapa…mereka masih bertahan,dalam meniti usia sebegini ,banyak perkara yang terpaksa ditinggalkan apakah yang boleh anda belajar daripada kehidupan mereka,9M2GL,9M2DS antara rakan seperjuangan mereka yang sempat saya kenali yang terlebih dahulu pergi mengadap illahi,banyak juga ilmu yang terkubur bersama jasad yang abadi,persoalan di sini berapa ramai antara kita yang sempat mendampingi mereka dan mempelajari sesuatu yang berharga yang tidak terdapat di mana-mana?


Kata orang pengalaman merupakan sesuatu perkara yang tak dapat dibeli,dan mereka ini telah melaluinya,terus terang saya katakan mereka punyai banyak ilmu yang patut dikongsi,namun prinsip orang lama seperti mana yang kita sedia maklum tidak akan memberi jika tiada yang meminta.

Pepatah dahulu mengatakan orang dahulu lebih lama makan garam namun ada yang berseloroh secara sinis mengatakan orang dahulu makan garam kasar tetapi jenerasi hari ini makan garam halus,hehehehe.Suka saya mengingatkan saya dan rakan-rakan supaya sentiasalah bersikap baru,maksudnya apabila sesuatu diperolehi kita sebenarnya baru bermula dan bukannya sudah lama dan sama.Kejayaan yang dicipta semalam sebenarnya cuma 1/3 daripada apa yang terus kita buru,masih banyak cabaran yang perlu kita tempohi,jenerasi muda dewasa ini sememangnya punyai jiwa besar,taraf professional bukanlah untuk meletakan jurang antara semua begitu juga dengan mereka yang lama,jenerasi baru dan lama perlu segandingan ibarat “tali dan gasing,gasing tak kan berpusing tanpa tanpa tali”.

saya tak fikir ramai yang melihat peluang yang ada semasa hayat mereka sehingga mereka telah tiada.Saban tahun populasi ham kelas A dan B kian bertambah,sebaik mendapat AA repeater tak senyap dibuatnya,namun panas tu cuma seketika,tak lama hanya beberapa kerat aja yang kekal? ke mana menghilangnya mereka ,apakah sudah sampai takat beku hobi ini,pesan saya tolong jangan ceburi hobi jika hanya sekadar pak turut kelak rugi diri sendiri,tengok ham lain qso anda pun teringin qso,dunia serba canggih internet YM,Skype sudah memadai bagi mereka yang inginkan keselesaan,persoalannya di radio apakah cukup dengan berminat untuk qso sahaja memberikan kepuasan kepada anda dan terus bertahan dalam menceburi hobi ini untuk satu tempoh yang lama…fikirkan!!! entah berapa ramai mereka yang lesennya dah dibiarkan lupus tanpa diperbaharui,sayang seribu kali sayang namanya dulu kerap dipengulang sekarang kini dibiar AAnya dicampak ke longkang.Ini akibatnya jika hanya sekadar menurut dan pak turut,banyak perkara yang dapat dilakukan selain daripada qso sahaja,jika anda berkemahiran dalam elektronik inilah peluang yang ada .Jalur frekuensi radio amatur luas berbagai eksperimen yang boleh dilakukan sebagai contoh pembuatan antenna,gadget,transmitter dan receiver,ARDF dan banyak lagi,kalau suatu masa dahulu maklumat untuk “homebrew”agak sukar diperolehi tapi sekarang semuanya menanti ,hanya dengan sentuhan di jari.(internet).

Apakah perkara seumpama ini diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab dalam sesebuah persatuan?sejauh mana MARTS,PARTS,MARES,ASTRA,JASRA,PRAMAH dan beberapa persatuan radio amatur yang lain memainkan peranan mereka,adakah cukup dengan ber megah dengan pertambahan pengulang dan ahlinya sahaja fikirkan?usah berikan tanggapan yang negatif kepada saya kerana membangkitkan isu sebegini tapi sebagai pelapis generasi ham selepas merdeka kita semua sebenarnya memikul amanat yang besar untuk menaikan nama Malaysia di dunia.

Tak kala rakan radio amatur Orari acap kali mengadakan dan terus mengadakan “Ham Festival”kita sehingga kini masih belum berjaya mengadakan perkara seumpamanya,sehinggalah ARRD 2008 (Amatuer Radio Reunion Day) dilihatkan satu usaha kearah itu,namun sambutan yang diterima masih belum merangsangkan.Apakah perbezaan persatuan,perbezaan pendapat menjadi jurang utama untuk kita segandingan?Lupakan semua perkara itu,satu hobi dan satu usaha murni perlu kita perbaiki untuk kemajuan bersama.Demi masa depan radio amatur di Malaysia.Agak mengecewakan bila mana Marts,Astra,Mares mengadakan sesuatu event sambutan yang dihadiri oleh bukan ahlinya boleh ditunding jari sahaja ,ini sepatutnya tak berlaku.Saya pernah diberitahu oleh seorang rakan dari Perak bahawa beliau telah diberikan tugas kan menyediakan kertas kerja untuk dadakan satu event radio amatur namun sehingga kini senyap sunyi,adakalnya factor kewangan yang terbatas membenamkan hasrat yang dicita.

Saya masih ingat lagi dengan satu posting 9M2RZL terdahulunya,ke mana hala tuju selepas bergelar 9W? Apakah sudah sampai klimaks episod pengabadian dalam hobi ini?atau ianya satu detik permulaan buat seseorang,tak harianlah jika sehingga kini ada antara ham yang tak tahu cara untuk mengira panjang sesebuah antenna jika diberikan frekuensi yang berkaitan.Berapa ramai ham yang ambil kisah sudut pemancaran sesebuah antenna dalam penggunaannya seharian.Lulus RAE atau lulus cw bukanlah satu titik noktah dalam hal pembelajaran,masih banyak yang perlu kita pelajari dan dengan cara ini akan membuatkan kita lebih memahami,berapa ramai antara kita yang sentiasa merujuk kepada garis panduan yang sedia ada?jika anda ingin mengangkatkan martabat hobi ini tolong nasihatkan rakan-rakan yang lain supaya pegang kepada etika dan bukannya bertindak suka-suka,sesetengah tempat dapat kita pantau band seakan akan menjadi frekuensi band tarik kereta.Hakikatnya inilah sebenar

Kemudahan yang mudah diperolehi pada zaman sains dan teknologi yang semakin mudah harga sebuah telefon bimbit jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan sebuah handy,bagi yang faham walaupun dah ada radio sabar menanti masa untuk beroperasi,biar lama tak apa asal ”pecah dara malam pertama”Jika ditegur kita dilabel sebagai ketinggalan,frekuensi bukan milik sesiapa,yang meletakan halal dan haram adalah kita,apa pun tepuk dada tanya selera…jika benar ada di antara kita suatu ketika dahulu bapa dan anak lanun dan kini telah mencapai status yang diingini jangan salahkan jika perkara ini terus terjadi.Ada yang berpendapat amatur radio terlalu mengongkong,setiap pelakuan perlu hati-hati ini ( rujuklah tatacara ) adakalanya membuatkan ahlinya lebih suka bebas dengan cara tersendiri tidak terikat kepada sebarang prosidur dan etika pegoperasian.Apakah mungkin kerana disebabkan ini apabila ham baru salih berganti ham terdahulu senyap sunyi?

Jangan berikan persepsi yang negatif kepada masyarakat yang mana beranggapan hobi radio amatur hanyalah sekadar tak lebih hanya bercakap.sehingga ke hari ini pendedahan hobi ini kepada masyarakat setempat masih jauh kebelakang,adalah wajar bagi kita semua mengambil inisiatif untuk memperbaiki dan meningkatkan diri seiring dengan peredaran zaman.Bagi sesetengah ham generasi terdahulu mungkin agak ketinggalan dengan kemajuan hari ini namun janganlah kita beranggapan mereka ini sudah tidak diperlukan lagi ”bagi generasi baru mungkin boleh berbangga dengan “kami generasi yang banyak minum milo”pada saya kita masih memerlukan mereka ini dalam memberikan tunjuk ajar dalam hal-hal tertentu,ada diantaranya sudah tak berupaya untuk menaikan antenna,mengharapkan generasi muda untuk membantu, namun sehingga kini mereka ini tak ramai di antara mereka yang kita kenali.

No comments: