Katakan anda masih belum berkahwin saat ini anda mempunyai kerjaya yang kukuh mampu membeli sebuah rumah dan sebuah kereta yang tak kurang hebatnya,pada suatu hari ketika anda melalui perhentian bas anda terpandang seorang gadis yang pada pandangan mata anda "anda sudah jatuh cinta buat pertama kalinya dan anda juga telah dibalas senyumannya tak kala melintasi di situ,rutin harian anda sememangnya akan bertemu si gadis yang cukup ayu entah kenapa tetiba sahaja hari ini senyumannya cukup membawa erti, jika kali ini anda menyapanya dan menjemputnya menaiki kereta anda, sudah pasti cinta dia akan menjadi milik anda namun di perhentian bas tersebut kelihatan juga seorang perempuan yang sarat mengandung sedang menanggung kesakitan,entah tak diduga juga terdapat seorang doktor yang sebelum ini pernah menyelamat nyawa anda,setahu anda doktor tersebut sebelum ini kebiasaannya berkereta namun kali ini tiba-tiba sahaja menggunakan pengangkutan awam"sungguh kacau daun betul doktor ni". Anda terfikir siapakah yang harus anda utamakan dahulu untuk anda membantu?jika anda membantu perempuan yang sedang sarat mengadung,tentu sekali hampa hati doktor yang pernah menyelamatkan nyawa anda suatu ketika dahulu lebih malang sekali anda menolak jodoh anda untuk memiliki hati gadis yang saban hari anda bersua memberikan respon yang positif pada kali ini?Apakah tindakan anda sekiranya berada pada situasi ini ketiga-tiganya amat penting? CERITA KE2 Anda seorang pembalak yang baru bekerja,hari ini sahaja anda sudah menunjukkan kesungguhan yang jitu kepada penyelia anda,dengan alatan yang tersedia anda tampa berlengah terus ke lokasi tugas anda,dengan semangat orang baru anda mula menebang sepokok demi sepokok tanpa anda sedari anda telah berjaya menebang sebanyak 30batang pokok pada hari ini,"welldone!! penyelia anda mengucapkan syabas atas semangat dan kesungguhan yang telah anda tunjukkan. Sambil meninggalkan tempat kerja anda merasakan cukup puas hati kerana anda juga telah mencatatkan rekod bagi syarikat pembalakan tersebut kerana anda merupakan perkerja yang julung-julung kalinya berjaya menebang sebanyak 30 batang pokok dalam sehari.Wow!!! memang hebat untuk keesokkan harinya anda sudah memasang niat untuk menebang lebih banyak lagi setidak-tidaknya 40 batang pokok,keesokan harinya sebaik masuk kerja dengan semangat yang sungguh membara dan sehabis kerahan tenaga yang dipadu tanpa mengira masa rehat anda terus bekerja....dan juga sehingga lupa untuk anda mengira berapa jumlah kesemuanya pokok-pokok yang telah anda tumbangkan namun adalah mendukacitakan kerana bukan 40 batang atau 50 batang pokok yang telah anda tebang cuma 20 batang sahaja."Apa dah jadi ni?? tegur penyelia anda"awak kata awak nak tingkatkan produktiviti tetapi hanya sehari sahaja awak tidak mencapai target yang sepatutnya,ini semua adalah kerana awak...................XXXXXXXX | |
LOCAL TIME GMT +8
Sunday, November 28, 2010
Cerita Di Sebalik Cerita
Tuesday, November 23, 2010
RESULT RAE DAH KELUAR
Semua swl yang menduduki peperiksaan rae pada bulan October yang lepas bolehlah menyemak keputusan perperiksaan di laman web SKMM sila klik ke link berikut.
Kepada yang kandas sila cuba lagi pada sessi yang berikutnya,yang berjaya diucapkan tahniah.
*ucapan tahniah kepada swl Sabani Mat Desa@pak ngah kerana lulus dan memberitahu saya bahawa keputusan peperiksaan sudah keluar.

Sunday, November 21, 2010
KAYU PERAMAL CUACA????
Sejauh mane kehebatan kayu yang digembar-gemburkan? Betulkah boleh meramal cuaca dan persekitaran? Ada kuasa ajaib ke apa kayu ni? Rasanya korang faham apa yang nak disampaikan sebenarnya... hehe. Sangat kreatif dan tak sangka pihak terbabit sanggup laburkan duit untuk buat benda ni. Nice one!!
Saturday, November 20, 2010
NEW VERSION CPO
CPO Baru lebih ringan |
Circuit tone ini baru saya siapkan 2 minggu yang lepas, ianya lebih ringan berbanding dengan yang terdahulu bezanya kali ini saya menggunakan bekalan kuasa daripada 9v bateri,mempunyai 2 buah variable resistor 5k dan 10k untuk mengubah high dan low pitch tone bagi menggantikan R1 dan R2,speaker yang dipergunakan ialah 8ohm yang diambil daripada dalam komputer,eksperimen circuit kali ini saya cuba mengikut langkah PY2OHH yang rata-rata projeknya mesra alam uggly bug construction,rat nest ,eemm...ferric chloride setahu saya sudah diharamkan jualannya dalam bentuk serbuk,dalam packing baru ia dijual dalam bentuk cecair,saya masih menyimpannya walaupun tersimpan hampir 5 tahun namun ia masih boleh digunakan lagi,dalam bentuk cecair acid ini boleh terus digunakan tiada perlu memcampurkan dengan air,tapi awas saya ada terbaca dalam satu artikel yang menyatakan ia boleh mengakibatkan kemandulan betul ker??? apa-apa pun saya masih belum berpuas hati kerana tone 600-650hz yang dikehendaki belum dicapai,mungkin kena melalui beberapa eksperimen lagi insyaallah akan berjaya.
CPO yang lama ternyata lebih berat | . |
Thursday, November 18, 2010
ZAMAN DAH BERUBAH...ADUH!!!! PUSING-PUSING.....
Alhamdulillah puji dan syukur kepadanya kerana masih dipanjangkan usia dan sekali lagi kita sama-sama
meraikan 10 Zulhijjah,sejauh mana kita menghayati kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail ? Dan apakah kita sanggup berkorban atau mengorbankan diri untuk sesuatu hal atau tujuan? Seperti mana yang kita sedia maklum kawasan utara tanahair telah diuji dan ditimpa musibah oleh Allah S.W.T apakah rakan-rakan kita menghadapinya dengan redha akan qado dan qadarnya?
Dan pada saat ujian ini tower tinggi gunung pun tak boleh nak dibuat apa..dah...hehehehe. Maaf GET ntah mai mana ntah terpikir nak taip perkataan tower tinggi tu,eemmm tapi hakikatnya memang betul apabila air mengambil ruangan tak kira di mana sahaja luar rumah,dalam rumah dan parasnya semakin meninggi percayalah saat itu bukan lagi radio dan perkakasan seumpamanya diberikan perhatian yang utamanya ialah nyawa insan yang sangat kita sayangilah perludiutamakan,sedalam-dalamnya air dalam lagi kasihku kepada anak-anak dan isteriku betul tak??? Radio mahal mana pun harganya mampu kita beli loan bank,gadai tanah dan macam-macam cara boleh kita buat untuk beli tetapi nyawa bukan boleh ditukar ganti.
Merenungi kembali sekitar zaman 80an ketika pokok getah ditumbangkan dan anak-anak sawit mengambil ruangan tempat yang terdahulu dan pada saat dan ketika itu kanak-kanak seusia saya mula mengenali apa itu parit dan terusan,apa erti berkubang,mandi dan berenang,alhamdulillah berkat kersabaran yang tinggi dibuli dek budak yang senior dan berbaldi menelan air parit maka sehingga kini bukan nak cakap besar kalau dilempar ke laut atau sungai bolehlah nak selamatkan diri daripada terkapai-kapai dan tenggelam,tak hairanlah anak-anak zaman hari ini ramai yang tak tahu berenang dan kita sebagai mak bapa sememangnya akan "Rimas Perut"bila mendapat tahu ada guru-guru akan melakukan aktiviti luar yang membabitkan persekitaran yang berair,bayangkan mereka-mereka yang tak tahu berenang bukan lagi berisiko 50%-50% untuk hidup tetapi 100% Sebagai bapa saya sendiri mengambil lagkah untuk tidak membenarkan anak saya untuk menyertai aktiviti sebegini, Bagi saya life jeket bukan soalnya,keadaan anak-anak yang panik akan membuat situasi lebih merbahaya.
Kalau dahulu kanak-kanak kampunglah yang pasti mengungguli hal-hal berkaitan renangan tetapi semua itu
tidak lagi rasanya,lihat sahaja parit dan terusan hari ini kian menyempit,aktiviti mandi parit bukan lagi aktiviti harian kalau dulu semua itu perkara rutin,zaman sudah berubah kita tidak lagi bergantung kepada parit dan terusan untuk basuhan,mandian atau untuk minuman,kini tiada lagi kelihatan kelopak daun teratai yang menghiasi parit atau terusan,tiada lagi pekik riuk kanak-kanak mandi manda.Ada seoarang rakan berseloroh berkata orang dulu kulit cantik sebab hari-hari mandi air kangkung..hehehehe...kelibat pondok atap rembia atau nipah pun sudah tiada....Ohhhh..rindu sangat saat tu....anak dara mak dara mandi berkemban....hehehehehe...Ooooo.....hhohohhooo...ni true storylah.....dah jadi perkara biasa....tapi hairan juga tak da pun berlaku kes rogol.
Zaman dan berubah...betullah zaman dah berubah....bila barat menyerang dalam diam-diam budaya kuning mula menular,selak sana kes bunuh selak sini kes bunuh.Zaman hari ini dah jadi zaman apa-apa pun kena cuba dahulu tak cuba tak tahu dah cuba baru tahu,pening-pening sungguh bila tengok zaman yang anak-anak kita lalui hari ini lebih mencabar daripada dahulu,seks bebas,rambang,budak punk,rempit dan banyak lagi kalau tak ambil tahu memang anak-anak zaman sekarang mudah sangat terpengaruh,mak bapa sibuk cari rezeki anak-anak dok main judi paling teruk couple sana sini macam laki dan bini...masyaallah...Berbalik kepada kes anak-anak tak pandai berenang sekarang dah terbalik "court" pula,budak-budak bandar pula pandai berenang sebabnya ada sekolah yang ada swiming pool dan ada yang kerap pergi "Public Swimimg Pool" Kalau pun ada kolam renang awam ada ke mak bapa nak bawa anak pergi berlajar berenang???mak bapa sendiri pun ada yang tak tahu berenang....hehehehehe...
Raya Aidil Adha kali ini teringin sangat nak makan "halwa maskat"isssh...tak tau pula kat tempat korang kuih ni panggil apa celik-celik mata memang tau kuih ni orang kat sekitar ni panggil halwa maskat,kuih manis kalau dodol hitam kuih ni keperangan rasanya manis-manis,xyl hari tu masa pergi ke pekan hari ada belikan tapi harga bolehlah tahan berat enam ratus gram harga Rm12.00 fuyooo....kuih tradisional tak ramai yang buat dan tak ramai yang tahu atau berminat untuk membuatnya kalau ada pun anak-anak zaman sekarang lebih gemar kepada almond london atau colourfull, jam tat macam macam lagi....yalah...zaman dah berubah..zaman dah berubah...
p/s dok tunggu hari nak ambil pak menakan balik dari tanah suci ,info terbaru para jemaah jika hendak
menunai sekarang ni giliran kesana memakan masa lima belas tahun betul ke ni? anda dah daftar ke belum.

Subscribe to:
Posts (Atom)