Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Thursday, November 18, 2010

ZAMAN DAH BERUBAH...ADUH!!!! PUSING-PUSING.....

Alhamdulillah puji dan syukur kepadanya kerana masih dipanjangkan usia dan sekali lagi kita sama-sama
meraikan 10 Zulhijjah,sejauh mana kita menghayati kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail ? Dan apakah kita sanggup berkorban atau mengorbankan diri untuk sesuatu hal atau tujuan? Seperti mana yang kita sedia maklum kawasan utara tanahair telah diuji dan ditimpa musibah oleh Allah S.W.T apakah rakan-rakan kita menghadapinya dengan redha akan qado dan qadarnya?


Dan pada saat ujian ini tower tinggi gunung pun tak boleh nak dibuat apa..dah...hehehehe. Maaf GET ntah mai mana ntah terpikir nak taip perkataan tower tinggi tu,eemmm tapi hakikatnya memang betul apabila air mengambil ruangan tak kira di mana sahaja luar rumah,dalam rumah dan parasnya semakin meninggi percayalah saat itu bukan lagi radio dan perkakasan seumpamanya diberikan perhatian yang utamanya ialah nyawa insan yang sangat kita sayangilah perludiutamakan,sedalam-dalamnya air dalam lagi kasihku kepada anak-anak dan isteriku betul tak??? Radio mahal mana pun harganya mampu kita beli loan bank,gadai tanah dan macam-macam cara boleh kita buat untuk beli tetapi nyawa bukan boleh ditukar ganti.


Merenungi kembali sekitar zaman 80an ketika pokok getah ditumbangkan dan anak-anak sawit mengambil ruangan tempat yang terdahulu dan pada saat dan ketika itu kanak-kanak seusia saya mula mengenali apa itu parit dan terusan,apa erti berkubang,mandi dan berenang,alhamdulillah berkat kersabaran yang tinggi dibuli dek budak yang senior dan berbaldi menelan air parit maka sehingga kini bukan nak cakap besar kalau dilempar ke laut atau sungai bolehlah nak selamatkan diri daripada terkapai-kapai dan tenggelam,tak hairanlah anak-anak zaman hari ini ramai yang tak tahu berenang dan kita sebagai mak bapa sememangnya akan "Rimas Perut"bila mendapat tahu ada guru-guru akan melakukan aktiviti luar yang membabitkan persekitaran yang berair,bayangkan mereka-mereka yang tak tahu berenang bukan lagi berisiko 50%-50% untuk hidup tetapi 100% Sebagai bapa saya sendiri mengambil lagkah untuk tidak membenarkan anak saya untuk menyertai aktiviti sebegini, Bagi saya life jeket bukan soalnya,keadaan anak-anak yang panik akan membuat situasi lebih merbahaya.


Kalau dahulu kanak-kanak kampunglah yang pasti mengungguli hal-hal berkaitan renangan tetapi semua itu
tidak lagi rasanya,lihat sahaja parit dan terusan hari ini kian menyempit,aktiviti mandi parit bukan lagi aktiviti harian kalau dulu semua itu perkara rutin,zaman sudah berubah kita tidak lagi bergantung kepada parit dan terusan untuk basuhan,mandian atau untuk minuman,kini tiada lagi kelihatan kelopak daun teratai yang menghiasi parit atau terusan,tiada lagi pekik riuk kanak-kanak mandi manda.Ada seoarang rakan berseloroh berkata orang dulu kulit cantik sebab hari-hari mandi air kangkung..hehehehe...kelibat pondok atap rembia atau nipah pun sudah tiada....Ohhhh..rindu sangat saat tu....anak dara mak dara mandi berkemban....hehehehehe...Ooooo.....hhohohhooo...ni true storylah.....dah jadi perkara biasa....tapi hairan juga tak da pun berlaku kes rogol.


Zaman dan berubah...betullah zaman dah berubah....bila barat menyerang dalam diam-diam budaya kuning mula menular,selak sana kes bunuh selak sini kes bunuh.Zaman hari ini dah jadi zaman apa-apa pun kena cuba dahulu tak cuba tak tahu dah cuba baru tahu,pening-pening sungguh bila tengok zaman yang anak-anak kita lalui hari ini lebih mencabar daripada dahulu,seks bebas,rambang,budak punk,rempit dan banyak lagi kalau tak ambil tahu memang anak-anak zaman sekarang mudah sangat terpengaruh,mak bapa sibuk cari rezeki anak-anak dok main judi paling teruk couple sana sini macam laki dan bini...masyaallah...Berbalik kepada kes anak-anak tak pandai berenang sekarang dah terbalik "court" pula,budak-budak bandar pula pandai berenang sebabnya ada sekolah yang ada swiming pool dan ada yang kerap pergi "Public Swimimg Pool" Kalau pun ada kolam renang awam ada ke mak bapa nak bawa anak pergi berlajar berenang???mak bapa sendiri pun ada yang tak tahu berenang....hehehehehe...


Raya Aidil Adha kali ini teringin sangat nak makan "halwa maskat"isssh...tak tau pula kat tempat korang kuih ni panggil apa celik-celik mata memang tau kuih ni orang kat sekitar ni panggil halwa maskat,kuih manis kalau dodol hitam kuih ni keperangan rasanya manis-manis,xyl hari tu masa pergi ke pekan hari ada belikan tapi harga bolehlah tahan berat enam ratus gram harga Rm12.00 fuyooo....kuih tradisional tak ramai yang buat dan tak ramai yang tahu atau berminat untuk membuatnya kalau ada pun anak-anak zaman sekarang lebih gemar kepada almond london atau colourfull, jam tat macam macam lagi....yalah...zaman dah berubah..zaman dah berubah...





p/s dok tunggu hari nak ambil pak menakan balik dari tanah suci ,info terbaru para jemaah jika hendak
     menunai sekarang ni giliran kesana memakan masa lima belas tahun betul ke ni? anda dah daftar ke belum.
























































 




























 


























 



























No comments: