Setiap 3 tahun semua anggota ERT akan dihantar untuk refresh kembali teknik rawatan kecemasan,dengan secara langsung memperbaharui sijil ahli pertolongan cemas,29hb,30 Disember yang lalu sedikit sebanyak telah mengembalikan ingatan yang samar-samar,di dalam ilmu pertolongan cemas boleh dikatakan setiap 3 tahun pasti akan ada pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan,bagi tahun ini saya telah dimaklumkan terdapat perubahan kepada teknik CPR,malangnya tutor yang mengajar masih belum mempunyai kelayakan untuk mengajarkan teknik yang terkini berhubung dengan CPR.
Oleh yang demikian maka teknik lama masih lagi dipelajari,insyaallah sebaik mendapat petauliahan teknik terbaru itu akan disampaikan oleh beliau melalui PBSM Pulau Pinang.
31hb Disember Dairi 2010 ditutup dengan ujian yang mencabar iaitu kes kemalangan dilapurkan pada jam 2.50 petang seorang pemandu forklif dilapurkan mengalami kemalangan serius iaitu patah kaki "patah terbuka",kes yang berlaku ternyata serius mangsa yang dirawat dengan seberapa segera,pergelangan buku lali sehingga tulang menonggol keluar,peliknya tiada pendarahan serius berlaku.mangsa dilapurkan setabil dan dimaklumkan telah melalui 3x pembedahan bagi merawat tulang yang patah.
Tugas anggota bomba syarikat hampir menyamai tugas anggota bomba yang sebenarnya,kes sebelum kemalangan di atas rakan-rakan sepasukan memikul beban untuk menghapuskan ular tedung selar yang memasuki kawasan kilang,pada awalnya misi untuk menangkap hidup namun apabila difikirkan masalah seterusnya "Bunuh adalah jalan penyelesaian,tengok gambar yang saya lampirkan sudah cukup ngeri,saiz sebesar lengan manusia,dihapuskan ketika sedang meratah seekor biawak.
2011 buka buku baru tutup buku lama 12hb Januari jam 10.30 pagi dikejutkan dengan kemalangan namun kali ini lebih trajis,pagi ini sekali lagi saya dan rakan-rakan diberikan ujian yang berat apabila diberitakan terdapat kemalangan ngeri yang melibatkan kematian seorang pekerja kontrak yang membuat kerja pembaikan bumbung bangunan,mangsa didapati terjatuh daripada ketinggian 45 kaki apabila bumbung yang dipijak telah pecah.Sebaik tiba ditempat kejadian tiada apa yang mampu dilakukan kecuali ucapan innanillah hiwainnaillahirajiun,kecederaan serius di kepala sehingga *T*K bersemburan,walaupun agak tergamam dengan apa yang telah terjadi namun tugas saya diteruskan dengan mengutip cebisan *T*K dimasukkan ke dalam beg plastik,kalau dulu saya cuma mendengar cerita ngeri kemalangan pecah kepala *T*K bersepai kata orang sebelah utara dan darah berlumuran kini hari ini saya sendiri telah mengalaminya sedih dan lebih menyayat hati mangsa agak lama menjalankan kerja-kerja kontrak berstatus kontraktor tetap dan saya mengenali beliau,berstatus warganegara Malaysia mendapat kerakyatan sah namun malam tadi saya dikhabarkan jenazah akan diterbangkan keesokkan hari untuk dikebumikan di tanahlahir beliau di YB land,semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah untuk "Din"
Beberapa perkara saya telah pelajari daripada kes di atas antaranya ialah:
1.Sentiasa support/menyokong rakan apabila mengendalikan kes yang ngeri,kata orang tak kuat semangat boleh jadi macam-macam,gementar,panik dan lain-lain.
2.Jangan cemas apabila menghadapi kes yang mengakibatkan kematian,uruskan apa yang perlu,hormati
mayat dengan melarang sesiapa yang cuba merakam gambar/video,menutupi mayat dengan seberapa segera.
melarang mereka yang tiada kaitan berada di kawasan kemalangan.
3.Sebaik pihak hospital mengesahkan kematian barulah pihak polis mengambil alih tugas,ambulan tak ambil mayat,polis akan uruskan membawanya ke hospital.
Kepada rakan-rakan diluar yang sentiasa bekerja di dalam keadaan berisiko tinggi sentiasa menggunakan PPE dan sentiasa mengikuti SOP.
2 comments:
Syabas dah tahniah ni Abg Man. Banyak pengalaman dilalui disepanjang tugasan sebagai ERT. Saya pasti tugasan itu sangat mencabar.
Tentang teknik CPR yag terbaru Abg
Man boleh dapatkan info di 'American Heart Association' (AHA) sebelum menduduki ujuan memperbaharui lesen PC. Mengikut Garispanduan terbaru iaitu 2010 banyak di permudahkan dan ianya adalah lebih kepada tekanan dada sahaja.
Ok Abg Man semoga setiap tugasan yang dilalui dengan penuh hati2.
Selamat bertugas.
Rizal 9M2RDX (Tugasan Syif Malam)
13 Jan 2010
Temerloh
t.kasih Rizal,tugas tu jarang berlaku...ini pertama sekali dalam sejarah hidup saya,kata orang pengalaman mendewasakan kita,bagi anda itu sudah biasa kerana tugasan anda sememangnya mencabar dan
banyak pahalanya,pasal teknik CPR terbaru tu terima kasih atas info yang anda berikan.
Post a Comment