Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, March 13, 2011

Selamat Pengantin Baru Sam@9W2OSP

Alhamdullilah hari ini tanggal 13hb March maka lengkaplah sudah majlis perkahwinan 9W2OSP(Norhissham)....Orang yang Suka Penerbangan@Orang Sungai Petani,mengimbau celoteh rakan-rakan setiap pagi di pengulang 9M4RBB soalan bila nak kahwin sudah terjawab akhirnya.Qso dengan beliau saya fikir agak lama juga namun kesempatan untuk eyeball terbatas,namun segala yang dirancang hari ini juga terlaksana juga,petang tadi saya bersama
9W2MSD,9W2MTO,9W2MNP,9W2OSP,9W2ADN,9W2PTO,9W2MYO,dan juga 9W2CSE serta beberapa rakan lagi yang saya tak arif callsignnya telah bergerak dalam konvoi ke Lagenda Height Sungai Petani,saya agak kelewatan bertolak hanya dapat bergerak bersama konvoi takala tiba hampir susur keluar Tol Sungai Petani Utara,konvoi dikepalai oleh 9W2CSE yang mahir jalan sekitar Sungai Petani..

Agak lama juga saya tidak menjejak kaki di Sungai Petani,kalau tidak kerana jemputan dan plan untuk ke sana bersama-sama rakan ham mungkin rasanya tak terlintas untuk sampai di sana.Turut mencuri perhatian saya ialah kelibat Chot bersama teman mesranya....eemm...Sam pun sempat mengusik bila lagi???yalah..bila lagi Chot??
Kedatangan kami pada penghujung majlis...eeem nasib baik pengantin tak minta kami tolong runtuhkan khemah kenduri..walaupun sibuk melayan tetamu yang masih hadir beliau sempat juga...beramah mesra dengan kami semua.

Kepada Sam..."Selamat Pengantin Baru"semoga bahagia hingga ke akhir nyawa..

Photo yang saya sempat saya rakamkan agak kelabu...maaflah sebab tu saja yang mampu saya paparkan
untuk kenangan.

No comments: