Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, April 4, 2011

BUAH LEMBA....

Sekali tengok macam bentuk anak berudu sahaja,gambar di atas sekali saya rakamkan semasa pagi tadi,rakan sekerja yang berikan sekelopak? sejambang?errr sekuntum kot?? tak tahu nak cakap apa bagi menyatakan jodoh bilangan gambar yang paling atas sekali,apa pun gambar di bawah saya dapatkan daripada pencarian di internet dengan memasukkan kata kunci bagi "LEMBA"buah-buah di bawah boleh didapati di dalam bungkusan bunga mayang???maaf sekali lagi tak tahu nak sebut apa...yang pastinya gambar atas sekali adalah sarung di mana buah lemba ini tersembunyi...

Saya sebelum ini difahamkan mengenai buah lemba ini,kata rakan buah ni hanya di dapati di dalam hutan..lokasi kawasan hutan 300 kaki Hutan Simpan Negeri P.Pinang cuma 6 minit sahaja daripada tempat kerja saya,rasanya manis sehingga apabila kita minum air seolah kita meminum air gula...eeemm...alhamdulillah hari ini saya dan rakan-rakan setugas yang lain dapat merasainya sendiri...hanya sebutir sahaja buah yang sebesar mercun bawang...rasa manis sukar dihilangkan walaupun 1.5liter air diteguk..Subhanallah...sila klik sini dan juga sini untuk mengetahui khasiatnya.

No comments: