Dah lama tak update blog ni...semalam pada awalnya saya dan keluarga merancang nak ke Alor Setar nak pergi ke Pekan Rabu,dah lama tak ke sana,namun selepas melalui kawasan Gurun entah macam mana,terfikir apa salahnya kalau terus ke Padang Besar...eeemmm rancang lain jadi lain,melalui Arau terus ke Kangar melalui jejantas bersebelahannya adalah qth 9M2PZ eemmm...firasat saya menyatakan itu adalah qth Pak Manan....sempat juga qso bersama beliau,maaf Pak Manan dan rakan-rakan saya rushing ke Padang Besar berpandukan arah kepada skrin gps dan melihat arah jalan terpaksa memendekkan qso kita pada ketika itu...maaf bukan kerana tak nak singgah yer...Pak Manan saya dah jauh daripada qth anda pada ketika itu...terus ke Kangar saya terserempak dengan mobile 9W2SHS namun tiada ternampak kelibat beliau....terus ke Padang Besar sekitar 30km lebih....eerrmm tanyalah kepada sesiapa sahaja yang menyukai hobi radio ni...kalau sepanjang perjalanan tentunya pandangan mata tertumpu pada bumbung-bumbung rumah hahahahaha...ternyata pemantauan saya membuahkan hasil,beberapa qth mempunyai antenna ternyata adalah milik rakan ham Perlis..secara jujur saya katakan permandangan sepanjang perjalanan tak meletihkan mata...kehijauan tumbuhan alam sekeliling menyegarkan walaupun dah lama memandu tanpa berhenti...alhamdulillah selepas menyusuri laluan yang amat selesa saya dan keluarga sampai eeem...hanya photo sahaja dapat menceritakan apa yang berlaku....ketibaan pada hari Selasa hari yang tiada bersangkutan dengan cuti hujung minggu atau cuti umum memang amat selesa untuk shopping,errrrr....satu yang saya perasan ialah tiada peniaga yang menjual buah mempelam....asisey...tak dapatlah nak borong,rasanya mungkin kerana peristiwa banjir besar yang melanda kot?Pemantauan saya kini tertumpu pada puncak-puncak bangunan..hehehehehee.....ada satellite disc....C Band...
Yang paling suka harmonic dan xyl....eeemmm...kalau dibandingkan dengan shopping di negeri Cik Siti Wan Kembang pada pertengahan tahun ini,rasanya amat berbaloi saya ke sini lagi...harga memang amat berpatutan,mungkin sebab buyer tak ramai so peniaga tak demand harga sangat...xyl dan harmonic suka sangat makan buah mempelam namun kali ni hajat tak kesampaian....tak nampak pun buah mempelam ni sekitar kompleks bazar tu...banjir...banjir kot buah tu tak leh nak dibawa ke sini....siap shopping berangkat balik semasa dalam perjalanan balik terserempak pula dengan mobile 9W2CAN.....saya terus dan checkin di Federal Hotel...
Semasa sampai sebelah petang family ajak pergi ke pasar malam yang berdekatan,nak mencuba kuih-kuih tempatan,sebelah malam keluar ke The Store,9W2LI call ajak jumpa....tu pun lepas saya tanya kat mana pasar malam yang berdekatan...eemmm tak sangka yang dia call beritahu kat mana pasar malam tu....issshhh nak keluar pergi ahaahhhaaa..takut sesat lah pula..memang ada gps tapi tak selalu guna agak kekok...sebab tu kot kebiasaannya co pilot yang bagi pandu arah...malam Mie datang jemput eemmm...tak sangka Dik Wan (9M2AMZ)pun turut serta...malam tu kita gebang dekat Taman Mewah....thanks Mie belanja kue teow kerang....errrr....daak...kerang tak leh makan...tukar ayam hehehehe..rasa saya dah cukup lama tak jumpa dengan Mie(LI) errr....dekat 10 tahun.
Masa balik kita sempat bergambar kenang-kenangan kat depan hotel...Oh ya Mie saya kenal semasa beliau datang ke Nibong Tebal untuk menduduki peperiksaan RAE,fuhhh!! masa tu bayangkan dia sanggup datang dari Berseri Perlis dengan menunggang motor semata-mata untuk menduduki rae,masa eyeball kita banyak cerita dekat Dik Wan macam mana kami dulu dan kini masih akrab walaupun dulu tu sukar nak jumpa semangat setia kawan kami masih lagi serupa seperti dulu,suatu yang menarik tentang kami ialah saya mengenali adik beliau iaitu 9W2ARZ handle Azman....eeemm...sama namanya seperti nama saya,dan saya punyai adik bernama Azmi..sama nama dengan beliau..hahahahaha...Mie masih aktif sebagai SWL walaupun dah bergelar 9W....malam tu beliau turut membawa radio Sony yang digunakan untuk SWLing...good gob bro...insyaallah kalau panjang umur boleh jumpa lagi...
1 comment:
Bestnya abg man p jln-2...
9w2yzi
mygg2u.blogspot.com
Post a Comment