Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, November 9, 2007

HOMEBREW CARBON MIC/MEMBUAT MIKROFON KARBON










Dengan menggunakan bateri yang dah rosak,anda boleh membuat talian telefon persendirian dengan menggunakan rod karbon yang terdapat dalam bateri,projek yang aku buat ini mampu untuk digunakan untuk talian sepanjang 20meter,sesuai untuk projek pelajar-pelajar sekolah rendah dan anda sendiri pun boleh mencubanya.

kedua-dua karbon yang memegang rod karbon adalah berlubang "tapper" atau dengan bahasa lainnya berbentuk kon,karbon sebatang yang diletakkan di bahagian tengah ditajamkan dikedua-dua bahagian,ia dibuat sedemikian untuk dimuatkan kedalam dua karbon rod pemegang,diletakkan dengan keadaan yang berenggang adalah supaya mudah bergetar apabila kita bercakap menerusinya.Saiz yang pernah aku buat ialah boleh dimuatkan dalam casing jam tangan.Untuk projek yang aku buat ni elok gunakan bateri 9v,set penerima dan pemancar untuk dua hala adalah dalam satu kabel litar sahaja..ini adalah basic telefon yang dicipta oleh Alexander Graham Bell.

Tuesday, November 6, 2007

PENGHARGAAN/PENGIKTIRAFAN DARIPADA 9M2AR




Minggu yang lepas cikgu memaklumkan kepada aku yang t-shirt dan cap dah diposkan sebagai tanda penghargaan ke atas cw aku yang "bolehlahhh",2 hari yang lepas aku menerimanya.Bagaimanapun cikgu memaklumkan yang pihak vendor tidak mengikuti spefikasi yang cikgu arahkan,apa pun aku nak rakamkan jutaan terima kasih kepada cikgu atas pemberian ini,ianya menyemarakkan lagi untuk aku up speed cw aku"harap lepas ni target aku nak sepantas Azlan (9m2agc)"MASTER" level kata cikgu.Cw aku walhalnya tak sepantas mana "ala kadar saja"berkat cikgu yang kerap ajak aku bermain di cw band alhamdulliah rasanya elok sikit daripada dulu-dulu emmm...tapi malangnya masih tak berani nak pergi DX di Cw band.

Kalau berkesempatan rakan-rakan 9M yang baru jangan malu untuk ke cw band,walaupun perlahan tak mengapa kita masih ada cikgu,Pak Eshee,Pak Long Marzuki,Cikgu Mazwan dan lain-lain yang boleh memberikan tunjuk ajar.

PEMBELAJARAN MORSE BERIKUTNYA

Alahamdulillah saya terima respon yang positif di kalangan 9W yang saya rasakan mereka-mereka ini berpotensi bakal memperolehi 9M suatu hari nanti insyallah,semalam sewaktu saya mengemas ruangan bilik radio/stor saya terjumpa beberapa nota catatan sewaktu saya mengorak langkah mempelajari cw asas.

Jika anda teliti kod-kod cw A-Z kita boleh katakan ianya terbahagi kepada 4 bahagian maksudnya saya jelaskan mengikut group seperti berikut:

Group 1 =E T mengandungi 1 karektor "DIT ataupun DAH" "1 DIT ataupun 1 DAH"

Group 2 =A I M N mengandungi 2 karektor "DIT-DIT,DAH-DAH,DAH-DIT,ataupun DIT-DAH"

Group 3 =D G K O R S U W mengandungi 3 karektor "RUJUK CARTA CW".

Group 4=B C F H J L P Q V X Y Z mengandungi 4 karektor "RUJUK CARTA CW"

Anda boleh mempelajari cw melalui group-group ini juga,anda mula kuasai group 1 dahulu kemudian 2,3 dan keempat.

Jika anda mempunyai handphone nokia 3310-3315 terdapat 2 versi messej cw tone yang boleh anda dengari dan pelajari antara yang mudah ialah "SMS dan CONNECTING PEOPLE"
keseluruhannya terdapat 11 kod morse sedia ada dalam tone messej yang boleh anda pelajari/dengari ia hampir 40peratus cw daripada bahagian kod asas.Cw juga dapat anda pelajari dengar melalui repeater id "Tone id" walaupun pendek ia dapat membantu anda dalam sessi mengenal tone.

Antara gandingan kod group pendek lain yang boleh anda dengar ialah dengar seperti saya lampirkan di bawah:

A R
K C
K Y
G Q
R L
G Z
G Q
U F
N K
W P
D X