Buat julung kalinya ujian cw telah diadakan pada tahun 2005, ia telah dikendalikan oleh pihak SKMM dengan kerjasama ATM setelah episod pengambilalihan daripada Jabatan Telekom hampir 7 tahun lamanya.Buat pertama kali itu juga calon-calon telah membuat sungutan/bantahan dan pertikaikan beberapa perkara yang dirasakan sedikit sebanyak dan ini dilihat telah memberikan keselesaan kepada calon-calon cw musim selepas daripada itu, antaranya ialah:
1.Memohon agar tidak mecampuradukan ayat dan nombor,ini berlaku setelah teks atau ayat yang yang dihantar berbunyi seperti berikut: SKMM DENGAN BANTUAN ATM AKAN MENGADAKAN UJIAN KOD MORSE DI CYBER JAYA PADA 30 MAC 2005...............dan seterusnya #$#$%$%$#^^&&.Ini telah dibangkitkan oleh 9M2CIA dan mendapat sokongan daripada semua calon,teks ujian tersebut dibatalkan dan digantikan dengan yang baru.*Jika tiadanya bantahan besar kemungkinan ayat dan nombor akan dimasukkan dalam teks ujian sehingga ke hari ini.
Apa pun sehinggalah ke hari ini punctuation mark seperti garis mereng / dan tanda soal ? masih belum digunakan dalam ujian,untuk tanda coma acap kali dimasukkan pada ujian sebelum ini namun tidak pada sessi ujian baru baru ini.
2.Tone yang tajam dan terdapat echo dibelakangya juga telah mengganggu konsentrasi penerimaan oleh semua calon,semua calon bersetuju supaya tone standard 600hz digunakan.
3.Semasa sessi ujian dijalankan semua calon telah meminta agar aircond dimatikan atau perlahankan kelajuan(motor blower) bunyi dengungan aircond yang kuat turut menggangu konsentrasi pendengaran.
**Semua calon diminta matikan telefon namun apa yang berlaku ialah pihak yang mengawal selia lupa pula nak offkannya.hehehehe.....masuk aja hal ni dah 2 kali sessi penerimaan mengalami gangguan....saya tak pasti sama ada teks tersebut juga dibatalkan atau tidak.
Agak mendukacitakan kerana terdapat calon yang lulus ujian penerimaan gagal di peringkat penghantaran pada sessi kali ini ,maka tercatat dalam sejarah pertama kalinya berlaku.Kepada SKMM dan pegawai ATM ujian ini untuk menaik taraf lesen radio amatur jika lulus dalam penerima ianya tidaklah memberikan pulangan dari segi pangkat,atau kewangan dan sebagainya,adili lah calon ini sebagai pengemar radio amatur bukannya seperti anggota berunifom kelas dua mahupun satu. mungkin perasaan darah gemuruh menyebabkan calon menjadi kekok untuk membuat penghantaran tambahan lagi bila sessi ujian penghantaran ini dibuat dihadapan pegawai tinggi tentera yang berpangkat kapten,mejar dan setarafnya.
Adalah diharapkan pihak SKMM bersifat bertolak ansur untuk memberikan kelonggaran kepada mana-mana calon yang gagal sessi penghantaran untuk melakukan semula ujian pada sessi tersebut (sending)sama seperti mana pihak JPJ mengendalikan sessi ujian
LOCAL TIME GMT +8
Friday, November 13, 2009
Thursday, November 12, 2009
Cabaran dalam komunikasi sebenar cw
Adakah anda pernah mendengar setesen ham berkomunikasi di udara,maksud saya “The real cw communication”penghantaran sebenar iaitu yang menggunakan mode cw “continuous wave”Penghantaran daripada rig atau radio biasa yang dipancarkan audio signal cw terus ke ptt bukanlah dikira sebagai pemancaran signal cw,itu adalah pemancaran tone cw ke mode FM atau dengan nama lainnya Frequency modulation,standard tone yang digunakan dalam peerperiksaan adalah 600hz pendek kata secara ringkasnya adalah mudah bagi kita untuk berlatih dengan membiasakan diri dengan tone berkenaan,soalannya adakah anda benar-benar berupaya untuk menerima signal morse yang dihantar pada tone yang berlainan contohnya 650-1000hz?Melalui pengalaman saya ianya agak kurang menyelesakan,pada peringkat awal, saya masih rasa selesa dengan dengan standard tone semasa berlatih dan seterusnya menghadapi peperiksaan.Oleh yang demikian sentiasalah mendengar pada tone yang tak terikat maksud saya pelbagaikan mendengar signal morse pada tone 600 ke 1000hz.Apabila telah lulus ujian atau peperiksaan bukanlah bermaksud anda telah berjaya dalam menguasai ilmu cw banyak perkara yang anda perlu tingkatkan salah satunya proses kesinambungan pada pembelajaran yang pertama iaitu membiasakan diri dengan tone yang saya nyatakan seperti di atas.Mantapkan latihan kerana dengan itu sahaja anda tidak akan merasa kekok apabila berada di udara . Apabila bunyi tone tidak memenuhi citarasa, anda akan hilang punca dan konsentrasi dan sukar mengikuti sesuatu qso ini ,dan pada ketika itu juga semahu-mahunya anda ingin memaklumkan kepada rakan yang membuat pemancaran supaya pancar dalam standard tone 600hz atau tone yang anda selesa,harus ingat…konsentrasi semasa dalam ujian agak berlainan semasa anda menerima signal yang dipancarkan(real),oleh itu pada peringkat permulaan anda menginginkan sangat suatu signal yang kuat,cantik 599 supaya anda dapat menerima dengan selesa,pada situasi sebegini anda perlu banyak belajar mendengar pemancaran-pemancaran cw yang sebenarnya,jangan harapkan untuk menerima signal yang kuat kerana inilah hakikatnya cw yang sebenarnya.
Pada peringkat asas atau awal untuk menjadi seorang operator cw yang baik tidak semestinya seseorang itu mempunyai kemahiran menerima tinggi 25-30wpm tapi cukuplah sekadar mampu menerima signal yang berskala kecil maksudnya signal yang halus-halus atau signal tenggelam timbul,QSB dan sebagainya,terdapat beberapa program tersedia untuk anda memahirkan diri dengan keadaan ini,ingat!!!tiada jalan pintas….jika anda boleh copy semasa 100% semasa sessi ujian,itu belum bererti yang anda boleh copy 100% signal “cw yang real”lenggok atau lingo sesuatu penghantaran seseorang juga akan mempengaruhi keupayaan anda untuk copy.Seperti kata seorang rakan apa yang anda alami atau tempohi digelanggang ujian hanya sekadar 10% sahaja,baki selebihnya ada diluar sana.
Perbetulkan arah tuju..ingat!!!! bukan peningkatan kelajuan yang penting tapi keupayaan untuk menerima pada situasi yang sebenarnya lebih diutamakan,paling penting “jangan harapkan signal sebersih dan sesunyi ujian di Cyberjaya”berdasarkan pengalaman saya keupayaan menerima laju dapat ditingkatkan dalam qso harian kerana dalam sessi qso tanpa anda sedar dari masa ke semasa anda sebenarnya copy speed yang tak sekata.
Wednesday, November 11, 2009
Antara Gembira dan Sedih
Dua hari yang berlalu genaplah sudah usia anak ketiga saya dikasihi Nursyamimi Syazana menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke tiga (10-11-2009) untuk itu
ianya disambut dengan sederhana,dalam kegembiraan terselit rasa kerinduan buat cahayamata yang sulung saya, 11 tahun kepermergiannya(Mohd Daniel Ashraf)
masih terus segar dalam ingatan (11/11/98-19/11/98 ) bagi memperingati saya menutup seketika blog saya dan dalam pada itu juga saya berikan kesempatan kepada rakan yang tidak menyukai dengan penulisan saya untuk mengeluarkan link ke blog saya.Apa gunanya jika blog saya dilinkkan jika ianya hanya mencetuskan ketidaksukaan atau membangkitkan kemarahan kepada mereka yang hanya melihat daripada sudut yang negatif sahaja.walaupun kehilangan rakan sudah pasti tetapi dari sudut kebenaran
masih terus segar dalam ingatan (11/11/98-19/11/98 ) bagi memperingati saya menutup seketika blog saya dan dalam pada itu juga saya berikan kesempatan kepada rakan yang tidak menyukai dengan penulisan saya untuk mengeluarkan link ke blog saya.Apa gunanya jika blog saya dilinkkan jika ianya hanya mencetuskan ketidaksukaan atau membangkitkan kemarahan kepada mereka yang hanya melihat daripada sudut yang negatif sahaja.walaupun kehilangan rakan sudah pasti tetapi dari sudut kebenaran
pasti saya utamakan
Ya....betul dan setuju dengan kata rakan saya kepada saya "Man,baik tutup sat blog ni ,bagi depa masa ,kalau depa masih suka depa akan linkkan jika tak, depa boleh keluarkan link hang" bak kata perpatah dayung ditangan perahu di tambatan sekiranya mereka masih ingin mengekalkannya pun tiada ada masalah bagi saya,tapi harus dingatkan hanya mereka yang ingin melihatkan kebenaran sahaja dan mempunyai pandangan yang jauh serta tahan emosinya sesuai membaca tulisan-tulisan saya.
Pendirian saya mungkin takkan sama dengan pendirian anda semua,jika pedas masuk aja telinga kanan dan keluarkannya melalui telinga kiri.Saya tidak mengikut lunas-lunas atau etika kewartawaan sebagai blogger saya punyai pendirian yang tersendiri, terpulanglah kepada mereka di sana untuk membuat penilaian,sekiranya sesuatu yang saya perkatakan itu ada kebenarannya maka seharuslah kita memandangnya dengan serius.Tak perlulah anda terus melompat, melenting sekiranya yang salah adalah orang lain,bukan niat untuk membuka pekung yang tersembunyi tetapi hakikatnya jika ianya terus ditutup perkara seumpamanya akan terus berlaku dan berlaku bagai tidak ada bermaruah lagi.
Maaf saya tidak akan berkompromi semua gejala ni mahu pun rakan yang saya kenali.
Adakah anda mahu satu hari nanti callsign yang anda perolehi itu yang akan menjadi duta dikata diperolehi melalui cara yang kurang enak didengar,adakah anda sanggup menghadapi kenyataan sebegini..? tentu tidak..kan?
Persoalannya apakah proses itu masih releven dan boleh diterima oleh kita semua?
sebelum ianya menjadi lebih parah ada baiknya kita mencari jawapan untuk elakan
daripada ianya berlaku dan dengan cara sebegini sahaja tiada proses mendapatkan sesuatu dengan mudah seperti "Rubber Stamping" Adakalanya apabila terlalu menginginkan kejayaan tidak dinafikan kita semua akan terfikir untuk mengambil jalan yang mudah,walaupun pada mulanya anda sedar ianya adalah satu kerja yang salah,saya juga terfikir kucing mana yang tak makan ikan jika diletakan di depan"apa mungkin bila jawapan diberikan anda ingin menolaknya tambahan pula saat itu anda bagaikan hilang punca ingatan,sekiranya anda telah sedar akan kesilapan yang telah
berlaku kembalikan keyakinan dengan membuktikan kepada semua anda sebenarnya mampu untuk mencapai status itu dengan berusaha dan memberikan kejutan bahawa suatu masa nanti kita bisa jumpa di udara.
Sungguhnya tidak ada jalan yang mudah untuk dicapai ,berusaha itulah jalannya.....73
Subscribe to:
Comments (Atom)





